---> Ads With NuffNang <---

+++ Member of Society +++

s!t! NuR @sY!QiN


---> Ads With Nuffnang <---

Thursday, May 2, 2013

Wafa Homestay Cameron Highland

Assalammualaikum...
Kali nie mokcik nak cerita mengenai percutian mokcik sekeluarga di Cameron Highland plak...

Sebenarnya percutian nie sebelum makcik sekeluarga gi Port Dickson. Seminggu sebelom tu lah.

19hb hingga 21hb...ni pon salah satu percutian main redah jerrr. ;D
Cume bezanya homestay dapat ditempah sehari awal lah...

Percutian di Cameron Highland, kami memilih untuk bermalam di homestay sebab mak mertua ku memilih untuk memasak sayur2 segar...hahaha makanan panas time sejuk-sejuk adalah yang TERBAEEEEKKKK!
Buat air kopi panas TAPI asap jerrr lebey...suhunya sejuk suam-suam...hahahhahaa layannnn lah gak dengan suasana suhu semulajadi yang nyaman & sejuk tu.

Kali ini kami menginap di Wafa Homestay...http://wafa-homestay.blogspot.com/

Kedudukannya tak jauh dari pekan Tanah Rata & perjalanan ke Brinchang lebih kurang dari 15minit kalau kurang kenderaan.

Dari segi tempat penginapan pulak...here is my point-of-view:
1) Kedudukan homestay dengan pekan
-- Lebih kurang 5 minit dari pekan Tanah Rata & 15 minit ke Brinchang dengan menaiki kenderaan...tidak digalakkan berjalan kaki coz jalan agak sunyi lah.

2) Keadaan Homestay
-- Keseluruhannya selesa & baik.
-- Mempunyai 3 bilik tidur, 2 bilik mandi, dapur memasak & ruang tamu+beranda.
-- Bilik mandi dilengkapi dengan heater (alat mandian air panas)
-- 2 bilik tidur mempunyai katik Queen Size & 1 bilik tidur mempunyai banyak tilam single (boleh lah untuk 8 orang tidur), disiapkan dengan comforter/toto/selimut tebal.
-- Mempunyai tunjuk arah kiblat beserta sejadah.
-- Bahagian dapur pulak; dilengkapi cerek air, kuali memasak, peralatan memasak, rice cooker, pinggan & sudu+garfu.
-- Ruang tamu pulak ada set meja makan, peti ais, set sofa & tv berserta channel Astro.
-- Tiada kipas siling ( invisible kipas...hahahhahaa)

3) Harga penginapan untuk 1 malam adalah RM250/semalam...bagi makcik, itu the best kalo dibandingkan dengan keselesaan tempat tu...keluarga makcik pon suke.
Lain kali kalo datang pon, maybe menginap kat situ lagi...
We aim the place already lah... ;D

Cume ada beberapa perkara lah yang kureng sket lah yang lain dari yang ditunjukkan dalam blog pemilik homestay tersebut...tp kalu takdepon takpe rasenya bagi yang bermalam untuk tempoh 1 malam sahaja...macam:
1) Tempat penyidai pakaian / tuala
2) Penyangkut baju (Hanger)
3) Mesin basuh (cadangan makcik lerrr sbb kami stay 3 hari 2 malam)
4) Tempat letak kasut
5) Set peralatan mandi sperti diperlihatkan di dalam blog
6) Set teh /kopi
7) Kipas angin
8) Selipar rumah (tapak kaki sejuk pijak bahagian dapur coz takde carpet)

Namun, benda2 yang takde tu tak menjadi penghalang bagi kami untuk ENJOY & run-off our stress...hahahahaaa stress lah sangat ek... ;p

Sepanjang kat Cameron Highland nie...macam2 lah gak aktiviti kami.
Diantaranya gi ladang strawberi, petik strawberi & makan fresh2 hasil petik sendiri (merasa gak petik strawberi), then beli sayur2 fresh, cendawan2 fresh ( whoah! Geram tengok sayur2 fresh ni...rase nak borong semuanya! ), then gi ladang Mr.Teh Boh, beli teh & nikmati teh di atas sinun & merayau ke pasar malam...hahaha layannn je disapa angin sepoi-sepoi yang nyaman...

Walaupon bunyinye macam tak banyak...yang paling seronok is spending your time with your family! Mengikat & menguatkan lagi ukhuwah kekeluargaan...





nie gambo membelakangi bahagian dapur...ignorekan sahaja muka si comei nie...hahahahaha



nie gambo membelakangi bahagian ruang tamu...ignorekan sekali lagi muka si comei nie...hahahahaha



nie pulak gambo mase on the way ke Boh Plantation...

Banyak lagi gambo, mokcik post kat FB mokcik lah... ;)


2 comments:

Wafa Homestay said...

Salam Puan,

Saya dari Wafa Homestay. Izinkan saya memberi maklum balas terhadap komentar puan terhadap wafa homestay. Sebenarnya, gambar dari homestay di atas bukanlah wafa homestay. Pada tarikh berkenaan, homestay kami turut dibooking oleh customer yang lain, jadi saya percaya Puan Hawa telah memberikan puan homestay pemilik lain untuk puan menginap. Maafkan kami jika jangkaan yang puan sepatutnya terima tidak memenuhi ekspektasi kerana ini bukanlah homestay kami.

Walaubagaimanapun, saya amat berharap agar jika ada kelapangan dan rezeki, puan berhubunglah dengan saya bagi merasai sendiri pengalaman menginap di wafa homestay. Saya boleh dihubungi di talian:

019-363 8023 - Sharifah.

Terima kasih puan.

Yang benar,
Puan Sharifah Wafa
Pemilik Wafa Homestay
Cameron Highlands

Aunz said...

Salam Puan Sharifah...
Xpe, xmenjadi masalah untuk tinggalkan "jejak" disini.
Owh yg tempat kami tinggal tu bukan Homestay milik Puan lah. Kami takde diberitahu pon.

Tapi xpe, xmenjadi masalah bagi kami.
Yang penting kami selesa sepanjang menginap disitu.
Insya'Allah kami akan menghubungi Puan jikalau kami merancang percutian ke sana lagi.

Terima kasih. ;)

Mom Bloggers Planet

Where Moms Unite

~ Shinjiru Malaysia ~