---> Ads With NuffNang <---

+++ Member of Society +++

s!t! NuR @sY!QiN


---> Ads With Nuffnang <---

Showing posts with label Input. Show all posts
Showing posts with label Input. Show all posts

Sunday, November 25, 2012

Go Beranang Go...My HomeTown..Yeah!

Assalammualikum...
Meh nak kongsi kesah tempat makcik membesar...
Memang tidak dinafikan ramai tak tau ade tempat yang dinamakan "Beranang".
Itulah tempat makcik dibesarkan & tempat keje makcik sekarang.
Boleh dikatakan lah yang makcik nie tak keluar lah dari kawasan Selangor...dari sekolah rendah sampai la ke universiti...semua di Selangor. Tempat keje skang pon kat Selangor gak...hahahahaa memang anak sejati Selangor lah makcik nie...nikah pon dengan orang Selangor..anak2 lahir pon kat Selangor...yeah! Selangor!

Dah melalut dah nie...hihihi

Sebenarnya nak share 1 artikel yg makcik terrbaca kat Metro Ahad arini...
Ade gak dorang nak "memperkenalkan" hometown makcik - Beranang.
Memang tak dinafikan tak ramai tau kat mana Beranang tu. and ramai gak yang confuse Beranang nie di Negeri Sembilan atau di Selangor?
Dolu2 mase sekolah..makcik suke cakap gini:
"Sarapan di Selangor, Lunch di Negeri Sembilan & Dinner di sempadan..."
Nape?
Coz Beranang betul2 terletak di border Negeri Sembilan & Selangor.

Meh kongsi artikel Metro Ahad arini:
http://www.hmetro.com.my/articles/Berenanguntukselamatkandiri/Article/





Monday, January 24, 2011

Mencari arah Qiblat?

Salam...aku nk share 1 info bagi mereka yg nak mencari arah Qiblat.

Info ni sangat berguna untuk dikongsi bersama...
kan aku sekeluarga dh pindah rumah. So di tempat baru ni, kami was-was dengan arah Qiblat.

Dulu masa atok+nenek aku pindah rumah, dorang panggil ustaz tolong bagitau mana arah Qiblat. Ustaz tu ada alat petunjuk khas menentukan arah Qiblat.

Dipendekkan cerita, mana aku nak cari ustaz yg ada alat tu? So aku pun gune lah cara manual:
1) Tengok mana arah matahari terbenam
2) Gune kompas cari mana arah utara & wat pengiraan longtitud+latitud (kata pendek Koordinat)

Dulu masa paklang aku pindah, kalo xsilap aku die ade kompas petunjuk arah Qiblat. Tapi sekarang dah hilang lah...xpe2 banyak lagi cara.

Tengah2 surf cari petunjuk...alhamdulillah diberiNya petunjuk.
Ada 1 website nie namanya : Qibla Locator
Qibla Locator ini adalah alat tercanggih ala-ala GPS System yg sediadipakai masa kini untuk mencari arah jalan.

Camner nak gune? Begini caranya:
1) Memula macam biasa...g lah ke website: Qibla Locator

2) Then ikut step seperti kat dlm gambar bawah ni;



3) Selepas korang locate, korang teliti betul2 kedudukan rumah korang.
Last but not least, inilah hasilnya arah petunjuk Qiblat rumah kami:



Aku rasa ada diantara korang yang was-was tentang kesahihan arah Qiblat dari Qibla Locator ni. Macam soalan lazim yg selalu org tanya: FAQ

Memula aku macam korang gak.
Then aku try locate untuk rumah nenek+atok aku.
Memang betul...then aku try lagi sekali locate untuk arah ofis aku.
Pun memang betul...so setelah 2 kali aku cube untuk tempat2 yg memang tentu arah Qiblatnya...so ianya boleh digunapakai.

Xsalah mencuba klo korang tau banyak lagi tempat2 lain yg korang confirm arah Qiblatnya.

Insya'Allah!

Cuba lah ek... (^^,)

Note:
Kalo korang rase ade yg pelik time korang locate tu...info lah kat aku ek!
Mana lah tau...bende nie salah ker...

...Wallahualam...

Tuesday, January 11, 2011

Facebook NOT shutting Down...

Ingat post aku semalam mengenai Facebook akan shutdown forever on 15th March?
Ha! itu semua adalah khabar angin semata-mata yg dsebarkan untuk membuat gimik yang terhebat kepada semua pemegang akaun Facebook di serata dunia.
Terkejut x?

Mana yg main percaya jer...mmg lah terkejut.
Mana yg jd "inspektor" mesti siasat dulu samada betui atau x...kikiki

Khabar angin ini dimulakan oleh website "Weekly World News" (alah yg aku bg website linknya semalam tu) direject oleh pihak Facebook atas sebab cerita-cerita dalam link tersebut mengarut & tidak masuk akal.

Salah satu contoh citer yg ngarut ialah:
"Makhluk Aisng akan menyerang Bumi pada tahun 2011"
wakakaka lawak + memang mengarut tahap gaban!
Klo korang nk baca yg lagi ngarut & xmasuk akal punyer citer (pendek kata pembohongan secara terang2)...korang klik lah kat nama website atas tu...aku dh link direct...(^^,)

Gara-gara permohonan direject oleh pihak Facebook, website tersebut menyebarkan khabar angin mengatakan Facebook akan shutdown forever on 15th March... Dengan mnyebarkan khabar angin tersebut, secara tidak lansung akan menaikkan ranking link tersebut di website search engine.

Menurut kakitangan Facebook...dorang ni xde menerima ape2 memo mengenai perkara tersebut. Dan x ke gilo nk shutdown Facebook yg merupakan sumber pendapatan yg paling lumayan sekali....berbillion-billion...Lu pikir lah sendiri (pinjam ayat Nabil) klo shutdown forever...

Cerita selebihnya...korang boleh lah search kat Google ker...Yahoo ker...ape2 webiste search engine. Korang akan dapati berlambak2 blogsite, website etc yg menerangkan pasal khabar angin nie...salah satu website yg korang boleh view adalah kat "CNN Com"...

So, moral of the story...mana2pun ade org dengki...then klo dengar suatu cerita tu...better siasat dulu k...(^^,)

Adios!

Sunday, January 9, 2011

Facebook Will End on March 15th...Ok ker?

Salam...aku percaya korang sumer mesti memiliki akaun Facebook kan? Dah dengar news terbaru? Mesti ade yg belum kan? Meh nk share...

Aku terbaca dlm "Weekly World News .Com"...katanya pengasas Facebook dh terlalu stress dgn Facebook sebab ianya dh berada diluar kawalan. Dengan mengendalikan Facebook, hidup Zuckerberg dh menjadi terlalu stress & hidupnya kucar kacir.

Walaupun terlalu sukar nk membuat keputusan tetapi die percaya bahawa para pengguna tidak akan kecewa dengan keputusan beliau...Zuckerberg tetap membuat keputusan untuk delete Facebook forever. Tarikh yg dicadangkn adalah 15 March 2011.

So dinasihatkan kepada para pengguna Facebook agar men"download" sumer gambar2 yg ada atau mnyalin contact2 kawan2 sumer sebelum 15 March 2011.
Kalo tidak...maklumat yg korang upload dalam Facebook akan dibuang selama-lamanya.
So, selebihnya korang boleh baca kat sini: End of Facebook (klik aje)...


Thursday, December 9, 2010

Wanita & Unsur Alam

Nak share 1 email yg diforwardkan oleh rakan aku kat korang sumer...

Penentuan unsur seseorang ditentukan oleh anak yang keberapa dalam keluarga:-
a) TANAH- anak pertama, kelima, kesembilan.
b) AIR - kedua, keenam, kesepuluh
c) API - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) ANGIN- keempat, kelapan, keduabelas

WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang.
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2) Mengambil berat.
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan.
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis.
6) Mudah menangis.

WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan.
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik.
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga.
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu.
6) Berwaspada selalu.

WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan.
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah.

Note:
Sejauh mana kebenarannya...wallahualam!
So renung2kan lah diri sndiri & wat lah penilaian sndiri ek...(^^,)

Sunday, May 2, 2010

Suamiku & Tasik Kenyir = Kelah

Sudah pasti korang pernah dengar nama "Tasik Kenyir" yg boleh dikatakan tersohor dikalangan kaki2 pancing kan? Terutama bila musim2 ikan Kelah yg tengah banyak tu.

Meh nak share something dgn para pembaca yg dihargai selalu..hehehe

Tasik Kenyir merupakan tasik buatan. Bukan tasik original. Ianya terjadi kerana ianya sebenarnya adalah sebuah tapak takungan air...pendek kata empangan...omputih kata "Dam" lah. Nama "Kenyir" diadaptasi dari sebuah nama sungai yg turut mengalir ke tasik tersebut - Sungai Kenyir. Keluasan tasik ini adalah lebih kurang sama dgn Singapura (whoaa!sgt lah luas kan?).Tasik Kenyir juga merupakan tapak pra-sejarah zaman Neolitik...dpendekkan cerita lg, ianya sesuai untuk dijadikan tempat beriadah serta tempat untuk sesape yg ada masalah jiwa. Tenang, indah, damai, menarik, aman & cantik dikelilingi alam flora & fauna yg tiada tandingannya.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh lah layari websitenya d : Kenyir Lake
Berbalik pada tajuk asal post aku...suami aku & d geng gi ke situ coz tengah musim kelah dan memang tujuan dorang untuk memancing ikan kelah. Dorang g selama 3hari 2 malam.

Menurut suamiku, mula2 mereka akan menaiki bothouse dari jeti sehingga ke hulu sungai yg terletak kira-kira 4 jam perjalanan. Kemudian mereka menaiki bot kecil d hulu sungai untuk ke kawasan bahagian pendalaman yg memakan masa 1/2 jam. Tapi xhabis kat situ jer...mereka terpaksa berjalan kaki merentas hutan selama 2jam untuk sampai ke kawasan memancing/tapak perkhemahan. Penat TAPI menyeronokkan.

Kat sini aku ade post kan beberapa gambar menarik utk tatapan mata korang...enjoy ek!


Thursday, April 29, 2010

Gerabak Komuter Khas Utk Wanita...

Mesti korang dah dengar berita semalam kan mengenai tajuk kat atas tu...
"Gerabak Komuter Khas untuk Wanita"
Seronok kan? Hehehee
Maknanya kita xperlu lagi bersesak-sesak lagi dgn kaum lelaki serta takut dengan kes2 meraba secara xsedar nie.
Nape aku cakap secara xsedar..hmm sebab bile bersesak-sesak dgn kaum lelaki nie...bergesel2 tu perkara biasa lah.Memang xdapat dielakkan. Tapi ade plak yg mengambil kesempatan nk meraba orang. Nak tuduh nnt, memang xde bukti sebab keadaan yg sesak kan?
Ini juga memberi keselesaan kepada penumpang wanita yg bsendirian serta bagi wanita yg mengandung.
Pelancaran coach khas untuk wanita ni bermula semalam.
Macam mana nak kenalpasti gerabak khas ni...ianya terletak di tengah2 di antara ketiga-tiga gerabak. Ianya juga ditandakan dengan pelekat khas di tingkap, pintu & dalam gerabak tersebut. Pink kaler gitu....hehehehe
Untuk maklumat lanjut..korang boleh baca kat sini: Utusan Malaysia (klik je)
So, elok lah pihak KTMB amik inisiatif nie.
Boleh mempertingkatkan lagi keselematan & keselesaaan penumpang2 wanita nie.

P/S:
Sebenarnya gerabak khas untuk wanita bukan perkara baru.
Di India, ianya telah dilancarkan pada tahun 1992 - diberi nama "Ladies Special Train".

Friday, August 21, 2009

Informative...Long Vacation.

Assalammualaikum...arini aku dapat email best dari akak aku...
very informative & penuh dgn sinis...tapi menarik & logik...

Penyimpan Mohor2 Besaq...Yang Besaq2 Kepala dgn ini mengisyhtiharkan bahawa PUBLIC HOLIDAYS untuk semua ...

untuk Sebulan (No Overtime!! and No Replacement!!! ). Maka Dgn ini ingin diberikan sedikit Pesanan kepada MANUSIA :
kalau dok beratur panjang di Kedai Mamak di waktu puncak -Bukan yang suruh!!!

Kalau ada Runner dok tolong beli Bekalan - Dia takdak kena mengena dgn !!!
Kalau tak reti2 nak buat amal ibadat - Bukan
yang dok bagi hampa MALAS tau!!
Kalau dok pakai terdedah sana-sini - Bukan
yang suruh dan bukan yang suruh tengok..!!
Kalau dok pi berkepit sana-sini dgn marka siang
malam - Bukan yang bagi line!!
Kalau dok Boros sangat shopping Raya - Bukan yang suruh!!
Kalau dok tak habis2 mengata orang - Bukan yang bagi idea!!
Kalau tak habis2 dok berdengki kat orang - Memang bukan
yang dok cucuk!!


Maka MANUSIA, ambillah peluang ini untuk UPGRADE kan Diri anda, KENALI lah Diri Anda, BERBUAT BAIK lah dan SUCI kanlah Diri Anda.

Kumpulkanlah Pahala sebanyak mungkin..........

Renungkanlah..

Adakah masa ini yang paling sesuai untuk BERUBAH atau Anda masih Menunggu!!!!....Tunggu Sapa lagi....


Jangan lupa Bayar Zakat Fitrah tau!!!..... Ada juga yg dok merungut Zakat mahal .....Ini pun takdak kena mengena
dgn tau!!..

Tolonglah Manusia ooiii........Kalau Semua dah Beriman dan ikut Jalan yang Benar...kami punya kerja pun kurangla sikit....Kamipun dah letih Overtime....

Akhir kata - SELAMAT BERPUASA Dan BERIBADAT .........................
We Will be Back to Office after Ramadhan ....he..he......

Mom Bloggers Planet

Where Moms Unite

~ Shinjiru Malaysia ~