---> Ads With NuffNang <---

+++ Member of Society +++

s!t! NuR @sY!QiN


---> Ads With Nuffnang <---

Saturday, May 4, 2013

PRU13

Assalammualaikum...

Kali nie nak story pasal PilihanRaya Malaysia 2013.

Rata-rata semua dah tau tarikh mengundi akan diadakan pada 5hb Mei 2013 iaitu hari Ahad ini. So mari lah beramai-ramai menunaikan tanggungjawab & amanah untuk memilih ahli-ahli pemimpin yang beriman, berhemah, bertanggungjawab, berkaliber dan berr...berr...berrr... Bla..bla..bla...BLah... ;D

Mokcik pon akan turut mengundi gak...hohohoho konpius jap nak pilih parti mana....
Ahaks! Yg penting ---> UNDI ADALAH RAHSIA!

Hahahahahaha rahsia ker? Wallahualam... ;p

Kalo nak dibandingkan Pilihanraya tahun nie dengan 5 tahun yang lepas; pada pendapat mokcik lah kan...tahun nie agak mencabar banyak ( bukan sedikit ek...) sebab tahun nie mokcik nampak cara berkempen setiap parti ade kelainan sedikit & too extreme (omputeh cakap)...

Sebagai contoh salah satunya adalah terlalu banyak bendera dipacak, digantung, diikat, ditampal & disepahkan di merata-rata tempat. Ada yang kecik, ada yang besau, ada yang panjang & ada yang lebar...then ada jugak sesetengah parti menunjukkan creativity memasing macam wat kereta kebal lah, buat meriam cannon ball lah...buat roket pun ada.

Tapi tu di kawasan tempat mokcik lah. Tempat korang, mokcik tak tau lah kan...hihihi ;)

Ada 1 part yang mokcik kureng sket lah bab-bab bendera nie.
Ada sesetengah parti nie yang tak fikir keselamatan orang lain / pengguna jalan raya. Main pacak ikot sedap dorang jerrr...

Sebab ape?

Sebab dok cacak bendera kat traffic light...gangguan pada penglihatan pemandu nak tengok kaler lampu tu hijau ke...merah ke...ataupon kuning.
Kacau...kacau...ish..ish..ish...

Pembaziran pun ya jugak...cacak..pacak banyak2. Then alih2, jadi sampah.
TAPI....bagi pekebun-pekebun buah-buahan mungkin boleh amik inisiatif untuk menggunapakai bendera2 parti politik nie...buat balut buah cempedak ke...pisang ke...nangka ke...
Biarlah buah-buahan tu berpolitik pulak lepas pilihanraya nie...hahahaha
Then bagi pemilik gerai, boleh lah wat kain buruk atau alas meja...boleh jugak wat sebagai pengelap pinggan+meja...hihihi

Tu bab bendera...bab sms pon banyak lah jugak...
Rasenya sejak akhir bulan April sehingga lah sekarang nie...mokcik dok dapat sms promo mengundi jer...smpai penuh kuota inbox mokcik dibuatnya....hahahhaa bunyi mcm banyak jerr kan!? Takde lah gitu pon...saje bikin havoc sekejap.
Kalo dikirakan...ada lah dekat 100 sms kot.

Ada gak yang sms SENGAJA mokcik reply untuk menyakat.
Tapi takde pon dorang reply sms mokcik tu...hahahahhaaa saje jerrrr wat gitu coz kadang-kadang terima sms gitu time bekerja...otak tengah sengal sekejap, so saje nak relaxkan otak... Itulah cara berhibur dengan kreatif...hahahahahhaa

So, disini ada beberapa tips lah sebelum mengundi yang boleh digunapakai:
1) Disarankan check maklumat diri kita di laman web SPR: daftarj.spr.gov.my
2) Pastikan maklumat yang tertera adalah betul & tepat.
3) Sewaktu berada di tempat mengundi, PASTIKAN tiada sesiapa dibenarkan mencalit dakwat di jari kita SEBELUM kita mengundi.
4) Periksa maklumat diri di kaunter adalah benar & tepat sebelum membuang undi.
5) Pastikan kertas undi yang diterima bersih & bebas dari segi kotoran & kecacatan. Kalo tak, akan dikira sebagai undi rosak.
6) Sewaktu memangkah parti yang dipilih, kita buat dalam keadaan yang cermat & berhati-hati supaya tidak dikategorikan sebagai undi rosak.

Itu lah dia tips dari mokcik.
Apepon adanya.. SELAMAT MENGUNDI mokcik ucapkan untuk korang semua...

Fikir-fikir...tanda-tanda...n calit-calit...

p/s:
Calit-calit tu merujuk kepada calit dakwat di jari bagi sesape dah abes ngundi...bukan sebelum mengundi... ;)
Pssstt...agak2 sape menang??? Tunggguuuuuu....kikikikiki

No comments:

Mom Bloggers Planet

Where Moms Unite

~ Shinjiru Malaysia ~