---> Ads With NuffNang <---

+++ Member of Society +++

s!t! NuR @sY!QiN


---> Ads With Nuffnang <---

Showing posts with label General. Show all posts
Showing posts with label General. Show all posts

Monday, December 30, 2013

GoodBye 2013...Welcome 2014

Assalammualaikum & Salam Sejahtera...
Sudah berkurun rasenye mokcik xmenghadap & meng"update" blog Mokcik yang kusut serabai nie.

Huhuhuhuuu sejak Mokcik semakin hari semakin busy nie dgn koje2 opis & koje2 uruskan anak-anak yang kian mencabar & menguji kesabaran nie...xde koje lah Mokcik nak menghadap blog lagi...huhuhuuuu

Kadang2 terlintas gak di hati nak close terusssss jer blog nie...tapiiiiii
Rase sayang lerrrr pulok. :{
Yelah ape ke idoknyer; walaupon jarang2 Mokcik update citerrr..tp kat sini le rasenye  mokcik lebey privacy berbanding dengan "muke buku" tu..hihihihi

Tapi ape pon...walaupon jarang update, content citer yg Mokcik tulis tu; bile dibace semula...gelihati gak...kadang2 mcm terrrsegan sndiri pon ade gak..ngehngehngeh

Apepon adenye...Mokcik mengucapkan selamat datang tahun 2014 & selamat dalam kenangan tahun 2013 ;)

Peace yo!!!

Dari Mokcik Aunz

Saturday, July 20, 2013

Menjelang Ramadhan...

Assalammualaikum....
Menjelang Ramadhan dah nie.
Agak lama lerr Makcik takde wat ape-ape post kat blog nie.

Ni pon takde idea nak tulis apa..hahhahaaa

Apepun, Selamat menjalani ibadah puasa.

Semoga bulan Ramadhan yang mulia nie dapat dimanfaatkan dengan baik.

Insya'Allah ;)

Happy Puasa from Mokcik ;)

Thursday, May 9, 2013

Only in Malaysia ;)

Assalammualaikum...

Today Mokcik want to share with U a nice quote Mokcik gets from my Malaysian frenz.

Eventhough it is sound like a simple quotes BUT it had the deepest meaning which can be understand by Malaysian....not necessarily you need to be one of the races who own the language...

These kind of words usually used by Mokcik whilst working as in Mokcik's office have a different kind of races & religions.

But it won't differentiate us as WE ARE MALAYSIAN!

Aside from speaks in Malay & English language; Mokcik also learn to speak in Mandarin which used by Chinese  as well as Tamil which used by Indian.

Even it is only few words learned; but it is enjoyable & they also proud of Mokcik which can try to speak in their languages.

Last but not least; please get the fully understanding on below picture.

Love it...like it... Understand it...u won't regret to spend your precious time to read it!

Monday, May 6, 2013

PRU 13 - Keputusan

Assalammualaikum...
Bagi sesiapa yang terrrlepas nak tau sape menang & siapa kalah dalam PRU13 kali ini. Boleh lah rujuk kat link di bawah...Sumber Kosmo @ 6hb Mei 2013.

Malam tadi mokcik nak tunggu pon, lama bebenor abes kira undi nya...
So, apalagi...makcik pon g lah beradu dulu...ZZzZzzZzzzzzz.... ;)

Apepon & sesiapa pon yang menang...jangan cakap lah makcik tak kesah. 
Makcik kesah. 
Cume makcik mendoakan saudara2 seIslam makcik turut menjaga keamanan & kesejahteraan yang diperolehi dari hasil perjuangan generasi terdahulu.

Kenang-kenangkan lah perjuangan & jasa mereka yang bersusah payah untuk melihat keamanan & kesejahteraan hidup bakal anak cucu cicit mereka pada masa akan datang.

Oleh itu, jangan lah kita terleka & terlena dengan keselesaan yang ada sekarang nie. Kite kene tetap berusaha mengekalkan & mempertingkatkan lagi ukhuwah yang dibina.

Insya'Allah...bersatu kita teguh, bercerai kita roboh...

Ahaks! Dah macam parti politik pulak dah...hahahahahahaha

Last but not least... Ini adalah keputusan Pilihanraya Malaysia bagi tahun 2013.

Just click the link ya! ;D

Kosmo! Online - Negara

Sunday, May 5, 2013

PRU13 - Hari Mengundi 5 Mei 2013

Assalammualaikum...
Today is the election day...most of Malaysian citizens who eligible for voting come out for voting their selected political party.

Whoah! Tetiba speaking pulok mokcik kat sini...hahahhahaa ini semua poyo! ;)

Mokcik SUDAH! Hahahahaa itu lah yang rata-rata dipostkan di FB oleh rakan-rakan FB mokcik arini. Tak lupa jugak dipostkan bersama-sama gambar jari memasing yang telah diwarnakan dakwat biru. Mokcik pon wat gak...hahahahhahaaa

Sekitar pukul 10 pagi lagi makcik dah sampai ke tempat ngundi kawasan makcik. Kul 11 pagi baru boleh dibenarkan masuk untuk mengundi... Punyer lah ramai orang beratur...so, dah bermandikan peluh dok beratur di bawah sinaran matahari...sinaran...cheewah!

Mokcik bawak gak anak2 ke tempat mengundi, tapi En.Hubby yang jaga coz tempat mengundi kami adalah berlainan. So, first place was my area lah sebab just nearby only. Hahahaa rojak sudah!

Sampai terrlelap lah anak mokcik yang bongsu tu coz menunggu umminyerr tak sudah lagi.

Selesai sudah makcik mengundi, kami bergerak ke lokasi seterusnya bagi menunaikan amanah yang diberi. Kali ni, giliran En.Hubby pulak untuk beratur & membuang undi. ;D

So, sekitar jam 2 petang; selesai lah urusan kami menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi.

Komen tentang parti politik?
Mokcik tak nak lah komen...makcik nak blog makcik nie BEBAS dari unsur politik.
Bukan takut atau risau dihentam...tapi makcik nak korang tau yang makcik sukakan keamanan dan ketelusan...
Makcik pernah study pasal politik mase "U" dulu....so, tak nak lah...banyak sangat cabangnye.

Pasal politik nie, biarlah orang yang bertanggungjawab uruskan... ;p

Apepon keputusannya; semoga ia mendapat keamanan & kesejahteraan bukan sahaja bagi yang beragama Islam...tapi untuk semua kaum jugak. Amin..amin...amin.... ;)




Google pon support to promote Malaysian General Election...

Peace yo! Khas dari makcik selepas mengundi.
Ini lah "hasil" yang diperolehi selepas mengundi. ;p 

Saturday, May 4, 2013

PRU13

Assalammualaikum...

Kali nie nak story pasal PilihanRaya Malaysia 2013.

Rata-rata semua dah tau tarikh mengundi akan diadakan pada 5hb Mei 2013 iaitu hari Ahad ini. So mari lah beramai-ramai menunaikan tanggungjawab & amanah untuk memilih ahli-ahli pemimpin yang beriman, berhemah, bertanggungjawab, berkaliber dan berr...berr...berrr... Bla..bla..bla...BLah... ;D

Mokcik pon akan turut mengundi gak...hohohoho konpius jap nak pilih parti mana....
Ahaks! Yg penting ---> UNDI ADALAH RAHSIA!

Hahahahahaha rahsia ker? Wallahualam... ;p

Kalo nak dibandingkan Pilihanraya tahun nie dengan 5 tahun yang lepas; pada pendapat mokcik lah kan...tahun nie agak mencabar banyak ( bukan sedikit ek...) sebab tahun nie mokcik nampak cara berkempen setiap parti ade kelainan sedikit & too extreme (omputeh cakap)...

Sebagai contoh salah satunya adalah terlalu banyak bendera dipacak, digantung, diikat, ditampal & disepahkan di merata-rata tempat. Ada yang kecik, ada yang besau, ada yang panjang & ada yang lebar...then ada jugak sesetengah parti menunjukkan creativity memasing macam wat kereta kebal lah, buat meriam cannon ball lah...buat roket pun ada.

Tapi tu di kawasan tempat mokcik lah. Tempat korang, mokcik tak tau lah kan...hihihi ;)

Ada 1 part yang mokcik kureng sket lah bab-bab bendera nie.
Ada sesetengah parti nie yang tak fikir keselamatan orang lain / pengguna jalan raya. Main pacak ikot sedap dorang jerrr...

Sebab ape?

Sebab dok cacak bendera kat traffic light...gangguan pada penglihatan pemandu nak tengok kaler lampu tu hijau ke...merah ke...ataupon kuning.
Kacau...kacau...ish..ish..ish...

Pembaziran pun ya jugak...cacak..pacak banyak2. Then alih2, jadi sampah.
TAPI....bagi pekebun-pekebun buah-buahan mungkin boleh amik inisiatif untuk menggunapakai bendera2 parti politik nie...buat balut buah cempedak ke...pisang ke...nangka ke...
Biarlah buah-buahan tu berpolitik pulak lepas pilihanraya nie...hahahaha
Then bagi pemilik gerai, boleh lah wat kain buruk atau alas meja...boleh jugak wat sebagai pengelap pinggan+meja...hihihi

Tu bab bendera...bab sms pon banyak lah jugak...
Rasenya sejak akhir bulan April sehingga lah sekarang nie...mokcik dok dapat sms promo mengundi jer...smpai penuh kuota inbox mokcik dibuatnya....hahahhaa bunyi mcm banyak jerr kan!? Takde lah gitu pon...saje bikin havoc sekejap.
Kalo dikirakan...ada lah dekat 100 sms kot.

Ada gak yang sms SENGAJA mokcik reply untuk menyakat.
Tapi takde pon dorang reply sms mokcik tu...hahahahhaaa saje jerrrr wat gitu coz kadang-kadang terima sms gitu time bekerja...otak tengah sengal sekejap, so saje nak relaxkan otak... Itulah cara berhibur dengan kreatif...hahahahahhaa

So, disini ada beberapa tips lah sebelum mengundi yang boleh digunapakai:
1) Disarankan check maklumat diri kita di laman web SPR: daftarj.spr.gov.my
2) Pastikan maklumat yang tertera adalah betul & tepat.
3) Sewaktu berada di tempat mengundi, PASTIKAN tiada sesiapa dibenarkan mencalit dakwat di jari kita SEBELUM kita mengundi.
4) Periksa maklumat diri di kaunter adalah benar & tepat sebelum membuang undi.
5) Pastikan kertas undi yang diterima bersih & bebas dari segi kotoran & kecacatan. Kalo tak, akan dikira sebagai undi rosak.
6) Sewaktu memangkah parti yang dipilih, kita buat dalam keadaan yang cermat & berhati-hati supaya tidak dikategorikan sebagai undi rosak.

Itu lah dia tips dari mokcik.
Apepon adanya.. SELAMAT MENGUNDI mokcik ucapkan untuk korang semua...

Fikir-fikir...tanda-tanda...n calit-calit...

p/s:
Calit-calit tu merujuk kepada calit dakwat di jari bagi sesape dah abes ngundi...bukan sebelum mengundi... ;)
Pssstt...agak2 sape menang??? Tunggguuuuuu....kikikikiki

Wednesday, April 24, 2013

Polis & Pencuri

POLIS ENTRY ONE TO JAGA,
POLIS MATI, PENCURI JAGA...

Itulah entry untukhari ini.

Mood: sengal seliuh coz xde idea sudahhhh... Otak kepenatan menyelesaikan problem department lain... huhUhUuuHuUjHuHuU

Monday, April 22, 2013

Entry Pertama 2013

Assalammualaikum... Inilah entry pertama mokcik wat tahun 2013 nie.

Melelas mokcik nak wat entry new year pada 01.01.2013 disebabkan mokcik teramatlah bz... Al-maklum lah setelah "ditambah" dengan "ahli" baru dalam family. Alhamdulillah dah genap 7 bulan si kecil tu.

Berat pown semakin bertambah...semakin lasak a.k.a active-fast....hahahahaa

Si kakak pulak masih lagi menyambung pengajian die "universiti PASTI" untuk 5 tahun pulak.

Pejam celik pejam celik...sekejap jerr rasenya mase berlalu dengan kesibukan bekerja, mengurus anak2, aktiviti di rumah & mengurus keluarga. Alhamdulillah diberikanNya kekuatan yang tidak terhingga olehNya untuk buat semua tu.

Bak kata pengasuh anak2 mokcik: " anak2 membesar atas jalan"....hahahahahaha

Mana taknyer...pagi 7.30AM dah check-out dari rumah untuk hantar si kakak gi sekolah...then drop-point sterusnya ke rumah pengasuh...then baru lah g keje...

End of the day; kul 6:00 PM pulak check-out dari tempat keje (paling lewat pon kul 7:00PM)...amik anak2 then terus balik...

Duduk rehat jap, terus mandi+solat...then kul 8:00PM start masak untuk dinner (kalo en.Hubby balik awal...mesti nak dinner di rumah)...kalo En.Hubby xbalik makan...so mokcik ada peluang nak DiEt lerrr...ahaks!
Si kakak dah makan di rumah pengasuh...paling kuat pon klo lapar, dia akan makan biskut dengan MiLo...si adik...belom pandai makan lagi...susu jer lah menu utama die. ;)

So itu lah dia cara-cara "membesarkan" anak atas jalan...hahahahaha

So, wait lah for the next entry ya! 

P/S:
Tak lama lagi mengundi...
Fikir2...renung2...pilih2... ;D


Wednesday, July 18, 2012

Keperluan Vs Kehendak

Assalammualaikum...
Lately ade issue pasal pelajar akan dibenarkan membawa henpon ke sekolah. So, ada pihak mempertikaikan di mana kewajaran kebenaran pasal tu?

Relate to my post today...ade gak lah pasal gadgets terkini dengan budak2 especially my beloved daughter lah - Cik Qiqin.

Cik Qiqin ni dok ralat mau iPad...dok hari2 menyebut & mintak ummi belikan (xnak plak mintak dgn ayah...hohoho)...and hari2 aku dok bagi alasan: "Insya'Allah...nnt ummi belikan ek...janji Iqin rajin belajar & rajin g sekolah... :)" (ayat pancing nie...)

Cik Qiqin start "terrpengaruh" dengan iPad sebab tengok sepupu + abg sepupu + adek sepupu + anak kawan ayah die dok main dengan iPad bile g mana2...dok berkepit dengan iPad...tak kesah lah samada main game atau dok ngadap application for learning yg di"install" dek mak+ayah dorang.

So, dipendekkan cerita ---> Alasan (ayat pancing) tu dah expired & tak buleh digunapakai lagi dah...hohohoho
Finally, aku mengalah demi Cik Qiqin... sayang anak lerr katakan... hiihihihi :)

Sebenarnya, bile dok pikir2 pro+cons die...ade kebaikannya jugak bile dibelikan bende alah tu...macam:
1) Die akan dok diam2 & tak menyelongkar seluruh rumah dgn alasan: "Iqin tolong Ummi kemas rumah"....hohoho terima kasih!

2) Biarkan Cik Qiqin be-up-to-date dengan gadget terkini...so xdelah die keciciran + blurrr.

3) Keseimbangan dalam pembelajaran secara manual & penggunaan teknologi...xsemestinya gune iPad tu main game jer.

TAPI yang pentingnya: kite lah sebagai ibubapa untuk kawal anak2 kite dalam penggunaan gadget canggih nie.

Macam bawak henpon ke sekolah tu..bagi aku ade gak kewajarannya sebab skang nie susah nk cari public phone yang elok..then nak gune telefon kat sekolah pon, susah jugak sebab kadang2 cikgu / kerani sekolah nie cerewet sket... (dolu pernah merase time sekolah...kene sound dgn cikgu mase nk gune tepon coz nak tepon nenek aku sebab takde orang nak amik balik sekolah petang. Cikgu sound: nanti kene mintak nenek awak bayar bil tepon...)

Pehtu, kalo ade yang mengatakan bab anak2 muda dok bercintun bile buleh bawak henpon nie...dah tak releven lah alasan tu sebab dolu2 takde henpon pon, boleh ajer budak2 skolah nie nak bercintun.

CUME pihak sekolah kene bagi & ketatkan lagi garispanduan mengenai masa penggunaan yang dibenarkan & cara penggunaan dengan betul...
Contohnya macam hanya boleh guna time rehat & balik...waktu dalam kelas / sesi pembelajaran; suh pelajar switch-off phone.
Bukan letak silent-mode k..sebab dorang masih lagi buleh sms...paling kuat pon...time masuk kelas --- suh lah cikgu kumpulkan henpon dorang dalam bakul sebelum start kelas.

So, that's my point of view lah antara kehendak vs keperluan gadget terkini nie...selari dengan arus pembangunan...kite kene gak membangunkan minda+diri kite supaya tak ketinggalan.

Nanti takdelah orang point kite: "ketinggalan zaman lah budak nie"...hihihihi

Yang dok ralat download application dalam iPad Cik Qiqin:

Tuesday, November 22, 2011

AuuuUUuuMMmmmm....

Assalammualaikum & Salam Sejahtera to ALL MALAYSIAN!

Tengok tajuk post arini pon korang mesti dah agak ape isi posting arini...hihihihi rata-rata mana-mana blog arini semua ada wat posting tentang kemenangan Malaysia ke atas Indonesia dalam perlawanan bola sepak SEA Games malam tadi...

Aku pon dok menunggu berdebar-debar bila lah Malaysia nie nak sumbat GOL lagi satu ni bile kedudukan terikat 1-1 sama.

Sambil tu melayan FB lah...ramai gak pengulas sukan dok posting-posting perkembangan perlawanan malam tadi TERrrrMasUk lah aku..hihihihi

Akhirnya KEMENANGAN berpihak kepada MALAYSIA dalam tendangan penalti 4-3...
YESSS! akhirnya...aku ske...aku ske...
sampai anak aku pon cakap kat ayah die: "Ayah, tepuk lah tangan"... (^^,)

Terbenam sudah keEGOan Indonesia. Takde lagi suara-suara sumbang mengutuk & memperkecilkan KEKUATAN HARIMAU MALAYA....AuuUuuuuUUUUmmMmmmm....

Lagu NEGARAKU berkumandangan di akhir majlis.
Walaupun tiada sorakan gah di bumi Indonesia.
Namu SORAKAN GAH di bumi MALAYSIA mampu menggegarkan bumi Indonesia...WoooOOOhOOOooooo!

Semoga Pasukan Harimau Malaya terus mempertahankan KEJUARAAN mereka!

Picture Credit To: Utusan Malaysia


Syabas HARIMAU MALAYA!

Yang turut mengaUUuuMMmmm:
  (^^,)

Wednesday, November 16, 2011

No Idea

Lately I have no idea what to write about in my blog...no idea what i'm doing with my live...no idea on what i am doing with my work...also do not have any idea at all on what i am doing right now...
These might caused from my live have too much stress...too much matters to be think of...too  much things that cannot be shared of...

But the truth is the true...I have no idea...
Lalala...
No idea:

Monday, April 25, 2011

Kisah Hari Ini...25/04/2011

Hari ini aku bangun seawal pagi - 05:00 AM.
Bersiap-siap nak g meeting / briefing customer kat Premiere Hotal Bukit Tinggi, Klang.
Pelikkan kenapa bangun awal sangat?
hehehe ni namanya kecelaruan untuk mengelakkan kecelaruan yang lain...x faham?
Maksudnya bersedia awal untuk keluar awal-awal sebelum stucked in da jammed kat beberapa tempat yang amat dikenalpasti akan kebarangkalian jammed nya...

Seawal 5:00 pagi dah bangun...mandi...siap-siap barang2 sendiri & cik Qiqin.

Kul 5:30 AM, gerak dari rumah. Hantar Cik Qiqin yang masih lena diulit mimpi & berbalut selimut ke umah nanny dia.

Then bermulalah perjalanan menuju ke destinasi - Premiere Hotel Bukit Tinggi, Klang - ada briefing pasal bahan2 kimia terlarang (REACH - Regulation on Registration, Evaluation, Authorisation and Restriction of Chemicals) oleh pihak Panasonic Asia untuk supplier2 dorang.


Nak citer sket...
Klo dah dok under Jepang nie...memang time management strict betui...bagi tea break 15 minutes jer. Hmm kalo tak masuk lagi lepas 15 minutes tu, speakernya keluar dari sambil bawa pen marker yang size besar tu dgn gelas hotel...ketuk2 ibarat loceng suh participants masuk...



Kat atas tu gambar2 yang di snap ketika boring dengar dorang wat opening speech...


Ini lah dia muka boring+ngantok aku...wakakakakaka....

Kat bawah nie lunch treat aku arini adalah kat McD Puchong mase on the way balik... (^^,)


Double Cheese Burger+Medium French Fries+Milo Ice (Without Ice)...yummy..yummy...

Selesai makan, sambung perjalanan balik ke ofis plak...
Sampai opis semula kul 1:30 PM...sambung keje sambil nguap2...sampai lah kul 06:00PM...
cha alif ba wau ta...hohohoho

Yang Mengantuk...hwahohohoho:

Friday, April 15, 2011

Cable Car Genting Jatuh? Betul ker???

Assalammualaikum...


Aku rase korang mesti tkejutzut biler baca tajuk post aku nih...sebenarnya bukan nak kejutkan atau nak takut2kan korang...tapi nk share 1 story lah kat korang.
Baru2 nie banyak email atau dlm FB kawan2 kata "Cable Car Genting Jatuh"...
dan banyak persoalan kenapa berita tidak diwar2kan dalam media semasa. Ada plak siap posting gambar yg sama dlm blog sesetengah kengkawan tu.


Sebenarnya, klo diikutkan cerita sebenar bergambar tu...tu cume spekulasi yg dibuat dari sekeping gambar sahaja.
Bak kata orang; "Gambar akan memberi seribu cerita...bgantung pada pandangan seseorang".


So nak mengarut panjang2 kang, korang bosan lah plak...meh nak share STORY SEBENARnya.


Sebenarnya, gambar di bawah ni bukanlah gambar Cable Car Genting yang dikatakan terjatuh.
Tapi sebenarnya gambar peralatan pihak BOMBA untuk tujuan menyelamat seorang lelaki yang cuba bunuh diri.
Sekali pandang, memang nampk macam Cable Car.


Next picture, kalo diteliti betul kat dalam bulatan tu. Ada kelibat manusia kan?
Orang tu sebenarnya cuba nak bunuh diri.
So alat yang kat bawah tadi (seperti gambar atas) sebenarnya untuk menyambut lelaki yang cuba bunuh diri tu.


Last picture adalah aktiviti pujuk-memujuk oleh anggota penyelamat untuk mengelakkan lelaki (Lai) tersebut terjun...






Berita ni adalah sebenaranya cerita lama yang berlaku pada April 2008. Selebihnya, korang boleh baca kat The Star: sini...

So, moral of the story...
Sebelum percaya sesuatu...better siasat lah dulu...

Yang kene conned gak...

Wednesday, February 2, 2011

农历新年快乐 (Nónglì xīnnián kuàilè)

Kepada Rakan-Rakan yg Menyambut Tahun Baru Cina
(Tahun Arnab tahun 2011 nie)....
Kesempatan ini, sy ingin mengucapkan
"xīnnián kuàilè"
a.k.a
Gong Xi Fa Cai...

May all the Prosperous be with you!

Ikhlas dr:

Friday, January 7, 2011

Gurauan Yg Melampau...Sadis! *18SG*

Dinasihatkan bahawasanya post ini hanya untuk mereka yg dikategorikan:
1) Takde sakit jantung
2) Kuat semangat
3) Bukan Mengandung
4) Kuat Minda
5) Tidak Mudah terkejut
6) Tidak mempunyai apa2 masalah yg berkaitan dgn jantung.

Risiko tengok video dibawah adalah tanggungjawab sendiri klo berani nk tengok...bg aku mmg lah xde ape2 sgt...tp takut kalo2 ade plak teringin sgt nk tgk...

Video ni jgn lah korang tiru ek!
Ini dibawah kategori gurauan yg melampau yg boleh menyebabkan kematian.
So, guys out there...please think of it before u do it k!



Adios!

Saturday, January 1, 2011

2011

Maybe it was not too late for me to wish a
"Happy New Year 2011"
to all my friends out there.

Time is like a river...
U can't touch the same water twice as the river shall keep flowing.
The water that passed shall not be passed again.
Therefore, enjoy each and every moment that u have.
Take a good care of anyone is precious to you.
Loving your family better than ever.
Forget the past, start a new page.
Leave the tears, remember the joy.
Now 2010 is over and 2011 is starting.
Wish u all the best in this new year.
May all the prosperous, peacefullness, greatness & blessing
be with you at every each moment you through.

Monday, December 6, 2010

Maal Hijrah 1432

Salam Maal Hijrah 1432 diucapkan kepada semua umat Islam yg berada disegenap pelusuk dunia. Hari ni bersamaan 29 Zulhijjah 1431H, adalah hari terakhir kita dalam tahun ini dan esok kita akan mengorak langkah ke Tahun Baru Islam bersamaan Muharram 1432H dengan azam baru & semangat perubahan ke arah yang lebih baik.

Adalah digalakkan agar membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun.Semoga kita semua sentiasa dibawah lindungan-NYA.
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam padasetahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membacadoa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini,Syaitan berkata :
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah
telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

Insya'Allah...(^^,)

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalammualaikum...
Dikesempatan ini ingin aku & keluarga ingin mengucapkan
"Selamat Hari Raya Aidilfitri"
wat semua kawan2.
Mohon diampunkan segala dosa+kesalahan+kesilapan yg dibuat....
...0 - 0 lah ek...
Kepada sesape yg balik kampung tu,
xkesah samada jauh ke...dekat ke...
berhati2 selalu & pandu dgn cermat dan secara bhemah.
Agak2 ngantuk tu, bebawak lah berehat & tidur kejap.
Biar lambat...asalkan selamat.
Apepun...
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri wat Semua!!!


Friday, August 13, 2010

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1431

-----> ASSALAMUALAIKUM SEMUA <-----
Rasenyer belum terlewat utk saya sekeluarga mengucapkan selamat berpuasa d bulan Ramadhan yang mulia ini , saya terlebih dahulu ingin memohon ampun dan maaf………
jika saya ada berbuat kesalahan, samada yg saya sedari ataupun tidak sedari…..,
jika saya ada menyakiti hati di antara anda semua….,
dan sekiranya saya ada terlanjur kata atau terkasar bahasa bila berbicara,
dan mohon halalkan semuanya samada yang termakan & terminum,
Saya juga telah memaafkan saudara saudari dan telah menghalalkan segalanya.
Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, dan semoga segala amalan kita akan diterima oleh Nya
InsyaAllah…. Amin…
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK


Mom Bloggers Planet

Where Moms Unite

~ Shinjiru Malaysia ~