---> Ads With NuffNang <---

+++ Member of Society +++

s!t! NuR @sY!QiN


---> Ads With Nuffnang <---

Showing posts with label Jalan-Jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-Jalan. Show all posts

Thursday, May 2, 2013

Water World i-City Shah Alam

Assalammualaikum...

Hujung bulan April sehingga hujung bulan May adalah merupakan bulan jalan-jalan bagi makcik sekeluarga...family trip keluarga sebelah en.Hubby.

Misi kali ini adalah mandi sampai kecut & sunburn pulak....hahahaha
Destinasinya adalah Water World i-City Shah Alam.

Kali nie kami bermalam di HomeStay En.Apan & Pn.Ruby...hahahaa itu rumah adik ipar & biras mokcik lah...dorang dok kat flat yang bersebelahan i-City Water World...so jalan kaki pon sampai darrrr. ;D

Sehari awal kami dah booking tiket online...yang dikenali sebagai "i-ticket".
Kalo sesapa nak pergi, disarankan booking aje ticket online coz memang jauuuuuhhhh lagi murah dari beli tiket di kaunter.

Kenapa? Kenapa? Sebab....

Tak tau lah makcik kenapa...hehehehehee

Tapi yang pasti, memang lagi murah & tidak perlu beratur panjang.

Cube bandingkan ek...tiket online berharga sekitar RM10 / RM15 / RM20 (bergantung pada hari yang korang pilih lah...boleh check kat online) yang dibandingkan di kaunter RM40 untuk seorang.
Maximum per booking adalah untuk 10 pax/orang. Minimum 1 pax/orang.
Kalo korang pakat reramai pegi lebih dari 10 orang, boleh lah buat beberapa kali.

So, pikir-fikir lah sendiri ek kenapa murah online lagi...hihihihi ;p

Cume tiket online, korang DIWAJIBKAN print-out booking & payment slip ya!
Coz korang kene bawak 2 bende nie ke kaunter untuk tebus "jam tangan" untuk masuk ke kawasan WaterWorld.
Sampai di kaunter, "ketua" booked tiket kene tulis nama, ic no., contact no. & tandatangan di atas printed copy korang tu bagi menebus "jam tangan" masuk tu.

"Jam tangan" tu mokcik tak tau apa nak dipanggilkan...panggil watch sebab memang sebijik rupe watch...and berwarna kuning...Yang bezanya takde jarum masa & nomornya.
Kegunaanya adalah di"scan" pada entrance sebagai pas laluan masuk.

Then, dorang jugak akan bagi korang maybe 1 atau 2 watch yang bertanda pangkah untuk top-up bagi membeli makanan/pelampung/cenderahati kat dalam tu. Duit tidak akan digunakan sebagai pertukaran KECUALI top-up amount watch korang tu.

Di dalam ada locker untuk simpan barang...dan penguncinya pulak pon merupakan watch yang berwarna merah...konsep scan & unlock...hahahah canggih tak!? ;)

So, dah tak payah risau nak selit kunci locker kat mana-mana...

Terdapat juga kemudahan lain seperti:
1) Surau bagi pengunjung beragama Islam,
2) Premis makanan & ruang rehat
3) Tandas mandi / bilas

Apa yang seronok dalam tu ialah:
1) Kolam Terapi Air
-- makcik yang pepandai bagi nama tu coz kolam tu ade 3 bahagian yang ibarat mesin pengurut.
-- Bahagian pertama digelarkan Giant Shower coz mengeluarkan air shower yang mempunyai tekanan yang kuat...bile kene bahagian badan belakang ibarat ditumbuk2 oleh tukang urut.
-- Bahagian kedua ialah sesi mengurut pinggang & keting a.k.a betis coz pancutan air di bahagian tersebut apabila duduk di batu tangga kolam tersebut.
-- Bahagian ketiga ialah ibarat kerusi mengurut "rest N go" yang korang masuk duit RM5 kat shopping kompleks tu...air akan dipancut le seluruh bahagian belakang badan iaitu dari bahagian atas sehinggalah ke bahagian kaki...

2) Kolam kanak-kanak bertemakan Aladdin
-- Macam biasa ada slide/gelongsor
-- Ada bucket besar yang bile dipenuhi air akan sendirinya tertuang

3) Tornado Slide
-- Paling adventure sekali
-- sesape nak terase terrrseetooop napas & nak wat senyuman paling ketatttt sekali, boley pegi mencuba..hahahahahaha

4) Water Slide
-- alah gelongsor meluncur gune pelampung besau tu

5) Sunny beach
-- berombak ala2 tepian pantai

And....banyak lagi lah..tak tertulis makcik kat sini ;)

Disarankan pegi sendiri & nikmati sendiri ek...

Pendek kata; sampai sunburn lah makcik anak-beranak mandi kat situ.
Terasa lah seperti berada di tepian pantai.
Cume di lautan chlorine instead of lautan masin....hahhaahhaaa

Wafa Homestay Cameron Highland

Assalammualaikum...
Kali nie mokcik nak cerita mengenai percutian mokcik sekeluarga di Cameron Highland plak...

Sebenarnya percutian nie sebelum makcik sekeluarga gi Port Dickson. Seminggu sebelom tu lah.

19hb hingga 21hb...ni pon salah satu percutian main redah jerrr. ;D
Cume bezanya homestay dapat ditempah sehari awal lah...

Percutian di Cameron Highland, kami memilih untuk bermalam di homestay sebab mak mertua ku memilih untuk memasak sayur2 segar...hahaha makanan panas time sejuk-sejuk adalah yang TERBAEEEEKKKK!
Buat air kopi panas TAPI asap jerrr lebey...suhunya sejuk suam-suam...hahahhahaa layannnn lah gak dengan suasana suhu semulajadi yang nyaman & sejuk tu.

Kali ini kami menginap di Wafa Homestay...http://wafa-homestay.blogspot.com/

Kedudukannya tak jauh dari pekan Tanah Rata & perjalanan ke Brinchang lebih kurang dari 15minit kalau kurang kenderaan.

Dari segi tempat penginapan pulak...here is my point-of-view:
1) Kedudukan homestay dengan pekan
-- Lebih kurang 5 minit dari pekan Tanah Rata & 15 minit ke Brinchang dengan menaiki kenderaan...tidak digalakkan berjalan kaki coz jalan agak sunyi lah.

2) Keadaan Homestay
-- Keseluruhannya selesa & baik.
-- Mempunyai 3 bilik tidur, 2 bilik mandi, dapur memasak & ruang tamu+beranda.
-- Bilik mandi dilengkapi dengan heater (alat mandian air panas)
-- 2 bilik tidur mempunyai katik Queen Size & 1 bilik tidur mempunyai banyak tilam single (boleh lah untuk 8 orang tidur), disiapkan dengan comforter/toto/selimut tebal.
-- Mempunyai tunjuk arah kiblat beserta sejadah.
-- Bahagian dapur pulak; dilengkapi cerek air, kuali memasak, peralatan memasak, rice cooker, pinggan & sudu+garfu.
-- Ruang tamu pulak ada set meja makan, peti ais, set sofa & tv berserta channel Astro.
-- Tiada kipas siling ( invisible kipas...hahahhahaa)

3) Harga penginapan untuk 1 malam adalah RM250/semalam...bagi makcik, itu the best kalo dibandingkan dengan keselesaan tempat tu...keluarga makcik pon suke.
Lain kali kalo datang pon, maybe menginap kat situ lagi...
We aim the place already lah... ;D

Cume ada beberapa perkara lah yang kureng sket lah yang lain dari yang ditunjukkan dalam blog pemilik homestay tersebut...tp kalu takdepon takpe rasenya bagi yang bermalam untuk tempoh 1 malam sahaja...macam:
1) Tempat penyidai pakaian / tuala
2) Penyangkut baju (Hanger)
3) Mesin basuh (cadangan makcik lerrr sbb kami stay 3 hari 2 malam)
4) Tempat letak kasut
5) Set peralatan mandi sperti diperlihatkan di dalam blog
6) Set teh /kopi
7) Kipas angin
8) Selipar rumah (tapak kaki sejuk pijak bahagian dapur coz takde carpet)

Namun, benda2 yang takde tu tak menjadi penghalang bagi kami untuk ENJOY & run-off our stress...hahahahaaa stress lah sangat ek... ;p

Sepanjang kat Cameron Highland nie...macam2 lah gak aktiviti kami.
Diantaranya gi ladang strawberi, petik strawberi & makan fresh2 hasil petik sendiri (merasa gak petik strawberi), then beli sayur2 fresh, cendawan2 fresh ( whoah! Geram tengok sayur2 fresh ni...rase nak borong semuanya! ), then gi ladang Mr.Teh Boh, beli teh & nikmati teh di atas sinun & merayau ke pasar malam...hahaha layannn je disapa angin sepoi-sepoi yang nyaman...

Walaupon bunyinye macam tak banyak...yang paling seronok is spending your time with your family! Mengikat & menguatkan lagi ukhuwah kekeluargaan...





nie gambo membelakangi bahagian dapur...ignorekan sahaja muka si comei nie...hahahahaha



nie gambo membelakangi bahagian ruang tamu...ignorekan sekali lagi muka si comei nie...hahahahaha



nie pulak gambo mase on the way ke Boh Plantation...

Banyak lagi gambo, mokcik post kat FB mokcik lah... ;)


Monday, April 29, 2013

Mayang Sari Port Dickson

Assalammualaikum...
Hari ni mokcik nak citer tentang percutian makcik sekeluarga ke Port Dickson pada Sabtu lepas...

Satu percutiannya yang boleh dikategorikan percutian yang sangat teruk! Wawawawaaaaaa nyesal...nyesal...tapi apakan daya...sudah terrrbabit.

Ape cerita nye???

Al-kesahnya en.hubby dah malas nak g cari hotel lain coz ni dinamakan percutian "main redah" ajer coz tanpa wat booking tempat penginapan. Mentang-mentang lah dekat. So, tak kesah lerr kalo tak jadi bermalam di Port Dickson.
So, En.Hubby terussss aje booked bilik di Mayang Sari Hotel & Resort.

Kalo diikutkan kedudukan hotel nie memang strategik. Berdekatan dengan laut & pasar malam. Dan kalo dari segi luar bangunan, memang cantik & nampak kemas.
TETAPI semua itu hanya indah rupa dari khabar...huhuhuhuhu

Sewa 1 malam adalah RM 280 untuk 1 apartment 2 bilik. Sayangnya tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan & privacy. Kenapa? Kenapa?

Sebab....
1) Tingkap daun di bahagian dapur yang terletak di pintu depan rumah rosak. Boleh dibuka dari luar sebab tiada pengunci.

2) Bidai tingkap yang "transparent"... Bamboo blinds yang halus tetapi jarang-jarang. So orang luar boleh nampak orang dalam....orang dalam boleh nampak orang luar.

3) Pintu yang sangat2 ketat untuk dibuka & ditutup. En.Hubby terpaksa menendang bahagian bawah kaki pintu untuk buka & tutup pintu. ( kesian en.hubby...sakit kaki dia.)

4) Bilik tidak diselenggara dengan baik.
--- Keadaan langsir yang kotor & tidak diganti dengan baru.
--- Air-cond yang tidak di servis...air menitik ke lantai.
--- TV rosak...suara kejap ada kejap takde...then channel kejap2 hilang dengan sendirinya...
--- Then lift yang rosak...terpaksa mendaki tangga ke tingkat 5..huhuhu

Bile complaint...katanya takde bilik kosong lagi untuk ditempatkan semula & berjanji untuk hantar maintenance untuk tengok bahagian yang rosak...

So kami gi ler jalan-jalan ke pasar malam...
Balik jer, en.Hubby terus tanya lagi sekali progressnya...hurmmm jawapannya: maaf maintenance tak keje malam...and bilik lain takde.
Aik! Tadi cakap lain, sekarang cakap lain pulak...

Hurmmmm...disebabkan aspek keselamatan; mokcik & En.Hubby terpaksa bergilir-gilir berjaga malam. Jadi lah kami guard tak bergaji demi anak-anak. Adoiyai!

Selamat lah hanya bermalam untuk 1 malam...kalo takkkk....mau mokcik & en.Hubby mengamok tak cukup tido. Huhuhuhuhuuuuuu...

Last but not least; mokcik ni suka bace rules & regulations yang biasanya tempat penginapan akan tampal di belakang pintu utama...ada 1 rules yang kurang mokcik minat yang tertulis lebih kurang maknanya begini:
"Tetamu hendaklah memastikan sampah hendaklah dikemaskan & dibuang. Memastikan dapur bersih. Kalo tak, ade caj tambahan sebagai denda"

Hallo!!!kami datang untuk bercuti..bukannya nak jadi tukang kemas & pengawal keselamatan.

Kalo ada pihak Mayang Sari terrrbaca blog-postaku nie.... Tolong lah upkeep & upgrade ape2 yang patut...

TAPI yang pastinya ---> kami TAKKAN MENGINAP lagi di sana!

Serik! Serik!

Yang bestnya...HANYA swimming pool yang luas...

Itu aje lah...




Thursday, June 7, 2012

Yeah! Vacation Mood....

Assalammualaikum...
Sekarang telah bermulanya VACATION MOOD...
So mood koje pon dah starting goyah...kemalasan nak mengadap PC yg indah kat opis tadi pon dah samar-samar ibarat orang nak pitam. Al-Maklum lah half-day leave arini..afternoon dah CAaaAbBBoooTttttt!
Hihihihi ngengadesss mood wat keje dah sampai.

Untuk beberapa hari nie TAKKAN ade post-blog yang baru (iNi Kenyataan yang TAK BOLEY BLAH! Macam lah hari-hari daku update blog nie...hahahahaha)

Kami akan memulakan perjalanan ke arah UTARA malam nie lepas Isyak...
Dalam planning MakLang aku, sesampai jer kami ke KEDAH -- kami akan menyinggah ke suatu tempat (aku pon lupe namanyer...hihihi lepas balik dari sinun, aku update blog & citer kat korang lah ek!)...
Then majlis NIKAH sepupu aku - En.BOeM bOyEm akan diadakan selepas Solat Jumaat & pada malam hari plak Majlis Khatam Al-Quran...
Persandingan dijadualkan pada hari Sabtu...ngehngehngeh...

Lepas jer dorang sanding; aku + en.Hubby + Cik Qiqin + Mak Aku = berangkat ke Pulau Langkawi...HERE WE COME!!!!

So...NEXT post shall be BY NEXT Week...
Insya'Allah! (^^,)

LalaLAlalaALAi...SeMpOi MoOd:

Monday, February 6, 2012

Penutupan Ampang Look-Up Point.

Assalammualaikum...
Melepas kami sekeluarga nak naik Bukit Ampang yang diwar-warkan sebagai tempat yang baeeek nak tengok keindahan kota Metropolitan Kuala Lumpur di waktu malam.


Selama ni cume dok dengar cerita kawan-kawan yang pernah pergi. Tempat lepak yang best & seronok sebab keindahan alam di malam hari...selain menikmati keindahan Kuala Lumpur...tidak dilupakan juge "keindahan" makanannya...hikhikhik gomok den!


Baru planning dengan En.Hubby nak gi situ lepas kenduri kawen member Ahad lalu...


Tapi, malangnya...hukhukhuk
MPKj (Majlis Perbandaran Kajang) telah memutuskan untuk menutup kawasan Ampang Look-Up Point kerana:
1) Pihak pengusaha menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian cerun yang melampau (extensive construction).
2) Boleh memberi ancaman kepada keselamatan pengunjung.
3) Boleh menyebabkan tanah runtuh.
4) Sebahagian pengusaha tidak mendapatkan kelulusan beroperasi.
5) Tiada Sijil Layak Menduduk (CF).
6) Pengusaha premis gagal mengemukan pelan pengubahsuaian bangunan.


** Selebihnya...boleh korang rujuk disini ek: "Notis MPKj - Penutupan ALOP"


So, tengok2 dalam google lah...ade sorang blogger nie ade nice pictures to share...


Thanks & credit to VKeong: "Ampang Look-Up Point"
"Hi VKeong, I share your blogs & information ya!..."


Thanks!


Melepas aku:

Thursday, June 9, 2011

Day 3: Sabah --- Sesi Petang ---

Assalammualaikum...
Sambungan cerita "Hari ke-3: Jalan-Jalan di Sabah"...HOWEVER, ni sesi petang...wahhh! sehari suntuk berjalan-jalan di Sabah.

Dari Ranau kami meneruskan perjalanan menuju ke destinasi utama: Kolam Air Panas Poring & kaki Gunung Kinabalu.

Destinasi pertama ialah Kolam Air Panas Poring. Sebelum g rendam kaki dalam air panas...kami g "mengembara" ke Canopy Walk...fuhhh! letih...al-maklum lah badan dah "comei"..hihihi rase2nya lepas canopy walk tu, ade turun sket kot...hohohohohho mimpi!
Canopy Walk ni terletak di bahagian belakang Kolam Air Panas Poring. Menurut kata husband kepada sepupu aku, dulu jarak perjalanan dari pintu masuk Canopy Walk tu ke akhir adalah lebih panjang sedikit dari jarak baru nie.

Tapi bagi sesiapa yang gayat / takut tinggi & cepat letih, dinasihatkan xperlu paksa diri coz jambatan gantung yang sedia ada agak tinggi dan perjalanan agak jauh kerana ada aktiviti mendaki jugak lah.
Kalau nak mencuba juga, apa salahnya. Cuma perlu berehat lah setiap 5 / 10 minit perjalanan & yang penting...sila bawa bekalan air mineral.
Setelah penat berjalan menyusuri denai-denai hutan & jambatan gantung di Canopy Walk, kami menuju ke Kolam Air Panas pulak.

Di kolam air panas ni, terdapat 2 bahagian iaitu bahagian terbuka & tertutup. Bagi sesiapa yang nak private / berseronok bersama keluarga, boleh lah memilih pondok yang disediakan.
Cik Qiqin lah yang paling seronok sekali mandi sebab dapat mandi air kolam. Pendek kata enjoy lah die dgn En.Hubby bersama-sama sepupu die --- Alif.
Aku dan yang lain-lain cume rendam kaki jer...hahahaha
Note: Bergambar dengan pasangan pelancong yang peramah.

Note: Bergambar di hadapan jambatan Sungai Mamut yang "under construction"...

Budak-budak ceria yang seronok bermain selepas "pekena" kolam air panas.

Atas inilah gambar-gambar di Canopy Walk & Kolam Air Panas Poring.

Seterusnya, kite bergerak ke kaki Gunung Kinabalu plak...bukan Puncak ek..kaki dulu..hehehe puncak dah naik dulu dah...
Rindu plak dgn dak2 Res-Q JPA UiTM...wahahwahwhahwahahah

Tapi dari segi mata kasar aku lah...dah byk gak berubah berbanding dulu mase aku g dgn Team Res-Q, JPA UiTM. Rindu gak kat tupai-tupai yg bulat minta makan time stop di perhentian di dalam hutan menuju ke puncak...(macam lagu AF lah plak..hehehe).

Selesai sudah hari yang ke-3 di Sabah...
Seronok & a little bit adventure lah.

P/S:
Pening aku dengan perjalanan hari tu...balik jer rumah, terus muntah-muntah & demam sekejap...huhuhuhu al-maklum lah lama xjalan lengkang-lengkok macam gitu...hohohoho

Yang Seronok tapi Demam:

Wednesday, June 8, 2011

Day 3 di Sabah --- SeSi PaGi ---

Assalammualaikum...
Ini lah die continue story "Jejalan ke Sabah" - Episode 3...
hahahaha bak kata ade yg komen kata blog aku nie diary kenit...

Hari ke-3 di Sabah ni ade 2 sesi: "Jalan2 sesi pagi & Jalan2 sesi Petang". So untuk hari ini, kite citer pasal jalan-jalan sesi pagi.

Sesi pagi hari ke-3 di Sabah bermula dgn perjalanan ke Ranau..pening giler terumbang-ambing dok dalam kete sebab jalan yang melengkang-lengkok macam ular kene palu. Aku plak dok belakang sekali dalam 4 Wheel tu...
hohoho pening-pening...sebelum sampai ke Ranau, kami singgah sebentar di Restoran Nabalu.

Sangat2 lah sejuk, nyesal xbawak baju panas...hohoho air teh susu yg baru smpai sekejap jer dah sejuk...bukan sejuk sebab hujan...tapi sebab tiupan angin...fuhhhh masyuk nak lelap.

Meh layan gambar kat Restoran Nabalu...
P/S: Tu sepupu aku tengah menikmati udara yg nyaman...layannn Beb!

Then, selepas menjamu selera. Kami meneruskan perjalanan & singgah sebentar di Ranau...
Actually destinasi utama kami adalah g ke Poring & ke kaki Gunung Kinabalu...


Kat atas nie gambar-gambar "singgah sebentar di Ranau"
Sempatlah mak mertuaku beli pisang goreng panas sebagai bekalan sepanjang perjalanan yang "agak" jauh lagi tu...

So --- End of Day 3: Sesi Pagi ---

Yang sejuk time tu:

Monday, June 6, 2011

Jejalan d Sabah - Day 2

Assalammualaikum...
Meh sambung cerita Day 1 di Sabah...

Day 2 di Sabah pun xde buat ape2 sgt coz nak tunggu ibu mertuaku yang flightnyer petang pada 22/06/2011 coz nanti jalan2 tanpa die, xseronok pulak..hehehehe

So Day 2 pun xde aktiviti sangat...bangun pagi, sepupu ajak g breakfast kat restoran yang dorang selalu breakfast (kat ape nama kedai tu..aku dah lupe. Tapi yang pastinya --- Kedai Mamak..hihihihi).

After breakfast, kami g jalan-jalan kat "Pasar Gaya" (<<<--- Eja ikut bunyinya...ntah betul ntah tidak..hhohoho)
Kat atas nie bergambar di hadapan Pondok Rehat lah...
"Walai Koubasanan" namanya..
maybe lah maksud die: Balai Kebosanan...hohohoho

Yang ni plak kat depan pintu Gerbang Pasar Gaya...
Dak lelaki yang aku dukung tu lah En.Alif yang comei...
"Hi! Alif...Shaba here...hehehehe"

Gambar2 kat bawah nie plak "lawatan" kami ke Pasar Gaya..
macam2 ada jual kat situ...hewan peliharaan pun ada jugak macam ikan, kucing, anjing, kura-kura & macam2 lagi lah...

Antara barang-barang yang dijual di pasar tersebut.

Kat atas nie gambar Cik Qiqin dengan sepupunya Alif & Pak Long Anas...

Setelah penat buat "lawatan" di Pasar Gaya..kami pun menuju pulang ke rumah...dalam waktu tengahari tu singgah sebentar di pasar basah---- nak beli ketam & udang yang segar2 & besar2...
Yummy...masak udang sambal & ketam masak gulai cili api...

Habis sudah hari ke-2 di Sabah.
Nanti sambung cerita hari ke-3 plak...(^^,)

Yang Seronok:

Tuesday, May 31, 2011

Jejalan Di Sabah - Day 1

Assalammualaikum...
Lama bercuti rasenye sengal sket otak ni nak berfikir..hahaha
Selalunya laju jer nak taip....
Al-maklum lah mood cuti2 Malaysia tu masih lagi terasa.
Penat xhilang lagi weh! Hihihihi

So, meh nak share sket citer tentang SABAH nie.
Kami gi sana selama 5 hari 4 malam & menginap di Teratak Sepupu Ku - Pn.Habibah & En.Anas...xlupa jugak my sweet little nephew: En.Alif yang comei (Hi Alif! Shaba here...nickname yg diberi oleh En.Alif sewaktu di Sabah...hohohoho)

Flight dari LCCT - KK mengambil mase 2 jam 30 minit (pendek kata 2 jam stongah lah). Flight dari LCCT kul 10:30AM and smpai KK Airport kul 12PM lebih sket sebab delayed coz of winding time..lebih kureng lah bahasa org "langit" nie.

Sesampai jer kat airport...Sepupu aku mai datang amik kami...
Wah!Seronok dapat jejak kan kaki ke Sabah (nie 02nd time lah bagi aku & 01st time bagi en.Hubby & Cik Qiqin).

Ha?Ape dia? Cik Qiqin atas flight..macam mana?
Dia xtakut...hmmm 15 minit pertama; budak baik yang dok diam2...
15 minit kemudian..jeng...jeng...jeng...tunggu green light jer org tepi & belakang senyum kat dia.
TAPI Selamat xde yang layan dia sebab org keliling tidooooOoo. Klo tidak..huhuhuhu habislah...macam bas/komuter die buatnya. Itu pun sebab disekat oleh en.Hubby...hohohoho

01st day xde aktiviti sangat lah...sampai2 jer terus balik rumah sepupu aku kat Inanam (betul ke?hehehe aku ingat2 lupe nie).
Balik umah, rehat kejap then bersihkan diri & wat ape2 yang patut.
Pehtu malam g dinner kat "The Chicken Rice Shop" kat salah satu shopping complex kat Sabah tu.

Last but not least jejalan kejap, then terus balik rumah...

01st impression compared to previous years...cepat betul bangunan2 shopping complex nie naek...dulu seingat aku cume ade 1 atau 2 jer shopping complex, then Pasar Phillipine tu...
Ape lah aku nie...mesti lah semakin membangun kan?
Go...go..go.. Sabah!

End of Day 1 di Sabah...

Opps...ade lagi day yang seterusnya...to be continued...hehehhee
macam citer drama lah plak...

Yang Syiok!

Thursday, May 19, 2011

1 MoRe d@y tO gOoooooo...Yee3Haaa!

Assalammualaikum...
Maleh nak tulis bebanyak..hehehe tengah MooD EnJoY!

Hihihihi...
TAPI yang penting..1 more day to go...

 
Nak start packing2 ape2 yang patut...

Then...fly...fLy...FLY....to Sabah...hohohoo

Credit Pictures to: GooGle

Yang tEnGah eXc!t3d & GuL!ng2:

Saturday, January 8, 2011

Zoo Negara - 25.12.2010

Supposed post ni dbuat tahun lepas...hehehe baru je lepas 2010.
Kami ke Zoo Negara pada 25/12/2010 (Cuti Krismas).
Sesaje jejalan bawak anak-anak yang tengah nak belajar macam2 nie.
So jom cuci-cuci mata tengok aksi-aksi si kecil ni.Hihihihi


Cik Qiqin berposing sakan dengan topi barunya.
Kaler tu dia yg pilih sendiri.
Dh pakai...sudahnya xmau tanggal.
(Smpai lah arini, ke hulu hilir dgn topinya...kikiki)

Inilah muka-muka yg join Le Tour Zoo Negara...wakakakaa


Baru setengah jalan...perut memasing dh nyanyi lagu keroncong. So singgah makan kat "The Wild". Dulunya restoran MarryBrown klo xsilap aku lah. Food? Boley lah...Hohohoho

Ini adalah Cik Qiqin yg dh xmau lepaskan Tele-Tubbies (<---- Betui ker daku eja ni...hentam sajelah)

Kat atas ni plak, aksi2 hewan yg berposing kerna tau akan dimuat-turunkan ke blog utk tatapan sumer...hihihihi (pepandai jer wat spek-ku-basi sndiri)

Wednesday, December 15, 2010

Fraser Hill - 12.12.2010

Satu lagi percutian yang tidak dirancang pada 12/12/2010:
- berkunjung ke Fraser Hill, Pahang...
Walaupun seketika cuma (chewah!ayat xhingat...kuikuikui)
Macam g Genting pada 11/12/2010 gak jalan ceritanya;
pada asalnya g kenduri...cume yang lainnya, nie g kenduri pertunangan sepupu kepada En.Suami kat Kg.Gali, Pahang.
On d way balik, En.Suami ajak g Fraser Hill...so, g lah...
kali ni mak mertuaku & anak buah-Atiq join da grup...
Cuacanya takdelah sesejuk Genting Highland or Cameron...tp angin sepoi-sepoi yang meniup tu membuat badan jadi dingin & mata tu sayup je nk tido....

Hah! Lupe plak nk bgtau...
Klo nk g ke Fraser Hill...kat sane ade set timing nak go up & went down:
Go up: Jam-jam Ganjil
Went Down: Jam-jam Genap

Yang kat atas ni kat The Paddock Fraser's Hill:
--- Kawasan Kuda & Memanah ---
Sempatlah merasa naik kuda...walaupun org yg jaga kuda tu kata kuda yg aku+Cik Qiqin naik tu bad mood hari tu & baru je lepas gigit orang sebab orang tu sentuh dia..
Fuh!Selamat xkena gigit...kuikuikui kalo x, kenangan digigit kuda..awwww!

Harga tiket:RM4.00/Kanak-kanak yg cecah kaki kat paddle kuda&
RM5.00/bagi Dewasa+Kanak2 yg kaki xcecah paddle kuda tu.
Yang kat atas ni plak bergambar kat depan Puncak Inn.
Tgk lah Cik Qiqin & En.Atiq berposing sakan...hihihii
Cik Qiqin tu sebenarnya dh kepenatan, tu yg muke serius jer...tp still lg bersemangat nak berposing.
Layannnn! (^^,)

Tuesday, December 14, 2010

Genting Highland - 11.12.2010

Sabtu lepas bersamaan 11th Dec 2010 g Genting Highland.
Sebenarnya tu perjalanan yang tidak dirancang.

Perancangan asal ialah g kenduri umah member - En.Umar
(tp bukan die yg kawen...adik dia --- Biler lg nk kenduri en.Bundle a.k.a Umar? kuikuikui)
Then, time on d way balik tu...
En.Suami bertanya: Nak g Genting x? Saje jalan2...
Apelagi,
Pn.Isteri pun berkata: apa salahnya..ade masa lagi...(Dalam hati: yea..yea...)

Ada amik beberapa gambar yang antara clear & kureng clear sebab tangan En.Suami menggigil kesejukan...
Hohohoho...

Mom Bloggers Planet

Where Moms Unite

~ Shinjiru Malaysia ~