---> Ads With NuffNang <---

+++ Member of Society +++

s!t! NuR @sY!QiN


---> Ads With Nuffnang <---

Showing posts with label My Family. Show all posts
Showing posts with label My Family. Show all posts

Friday, January 3, 2014

My New Year Story :(

Assalammualaikum...

Tahun baru 2014 mengejutkan Mokcik dengan peristiwa berdarah... Huhuhuuuu

Begini lah al-kesahnye... :(

Pagi @ 7.30am:
Bersiap-siap nak gi koje coz my Big Boss said: MUST WORK ON EVERY BEGINNING OF THE YEAR. Feng shui katanya..huhuhu sape xnak koje; amik lah Annual Leave anda yang pertama.
So, cium dahi kedua-dua puteri kesayangan Mokcik yang dah dok havoc pepagi.
Tapi, rasa berat di hati nak tinggalkan puteri bongsu Mokcik nie. Mokcik cium 2x dahi dia.
As for the day; dorang dok dengan ayah dorang sebab pengasuh ada urusan nak uruskan persekolahan anak2 dia.

Pagi @ 9.00am:
Mula call en.Hubby...TAPI tiada jawapan.
Penat gak lah tekan button dialing tu. Sorang pon tak jawab panggilan.
Biasanye kalo si en.Hubby mandi; si kakak (puteri sulung Mokcik) akan jawab tepon.
Tapi lansung takde sesiapa jawab.
Makcik pon mula lah resah gelisah tak tentu arah.
Pada kebiasaannye; pukul 9pagi...si kecik tu dah menjerit minta bekpes...
So, risau si ayahnye terlelap; Mokcik pon nak call n remind lah.
Disebabkan tiada jawapan; Mokcik mula call mak mertua Mokcik & bertanyakan samada dorang sumer nie dah smpai ke belom.
Malangnya; mak mertua Mokcik pon kata tak kunjung tiba pon dorang nie.
Hurmmmm... :(

Pagi @ 10.00am:
Dapat panggilan daripada no.talian tempatan yang tidak dikenali.
Terdetik pulak dalam hati bertanya: siapa lah guna no.opis call di hari orang sumer cuti nie?
Bila dijawab...ini jawapannya:
Pemanggil: "Ini Pn.Siti Norhayati ke?"
Mokcik: "Yea saya. Sape tu?"
Pemanggil: "Saya buat panggilan daripada Unit Kecemasan Hospital Kajang. Puan diminta datang ke unit ni untuk daftarkan anak Puan yang berada di unit kami."
Mokcik: "Anak? Yang mana satu? Kenapa dengan anak saya?"
Tetiba en.Hubby yang jawab pulak.
En.Hubby: "Ummi, datang sini. Daftar Atiqah. Kepala dia kene meja."
Mokcik: "Hah! Macam mana boleh kena? Padan lah call tak jawab2. Teruk ke? Ok Ummi datang sekarang!"
Terus Mokcik ends call.

Tak sampai 5 minit. Unit Kecemasan hospital tu call semula.
Pemanggil: "Puan, sila bawa bersama MyKid atau Sijil Kelahiran ya untuk daftarkan anak Puan."
Mokcik: "Ok. Saya datang sekarang"

Terus Mokcik bergegas jumpa boss & bagitau anak Mokcik masuk hospital and Mokcik nak EL.

Pagi @ 10.30am:
Setibanya Mokcik diperkarangan hospital.
Mokcik tak nampak anak kecik Mokcik. Mokcik cume nampak anak sulung Mokcik yang dok tunggu depan pintu bilik pengasingan.
Di tangan dia; ada sehelai tuala yang dipenuhi dengan darah beserta baju anak kecik Mokcik.
Ya Allah! Berderau jantung Mokcik. Banyaknya darah!
Tak lama selepas tu, Mokcik nampak anak Mokcik dalam keadaan yang pucat & lemah dipangku oleh ayahnya di atas stretcher. Dia nampak Mokcik; terus dia meraung nangis menjerit macam minta dibelai.
Tak tertahan air mata Mokcik tengok keadaan dia.

Pagi @ 11.00 am:
Doktor menerangkan bahawan anak Mokcik kehilangan banyak darah & perlu dimasukkan darah dengan kadar segera. Ini kerana dia mengalami pendarahan dalaman di bahagian kepala.
Dia perlu menjalani pembedahan & bahagian-bahagian luka perlu dijahit segera untuk menghentikan pendarahan.
Ya Allah! Hanya Allah je yang tahu perasaan Mokcik waktu tu. Doktor bagi Mokcik tandatangan beberapa dokumen sperti pemindahan darah, CT scan, komplikasi pembedahan & borang risiko yang perlu diketahui.

Pagi @ 11.30am:
Doktor menjalankan CT scan untuk melihat keadaan luka di kepala anak Mokcik.
Alhamdulillah tak terkena bahagian otak. 
Namun, pendarahan masih lagi tidak berhenti kerana terkoyak lapisan kulit kedua & terkena sedikit urat kepala.
Doktor bahagian otak menunggu keputusan Doktor bahagian Tulang untuk memeriksa tempurung tengkorak kepala samada terdapat keretakan atau tidak.
Sekali lagi Alhamdulillah tidak ada sebarang keretakan.
Alhamdulillah jugak anak Mokcik tidak mengalami sebarang gegaran (Concussion) ataupon pengsan.

Tengahari @ 12.00 pm:
Setibanya doktor bertugas & doktor Bedah untuk berbincang.
Pemindahan darah (Blood Transfussion) perlu dijalankan dengan segera.
TAPI darah yang diperlukan belum sampai.
Mokcik tanya pada doktor, anak Mokcik darah jenis apa?
Doktor boleh jawab:"Apa jenis darahnya tak penting. Yang penting sekarang, kita nak kena cukupkan 6jam sebab anak Puan dah bersarapan. Dijangka sekitar pukul 3pm baru pembedahan boleh dijalankan. Doktor bahagian bius tak nak ambil risiko kerana dia masih bayi. Dan kita juga tak nak ambil risiko untuk melakukan pembedahan sekarang. Ini kerana kita risau apa yang dia makan akan block paru-paru dia sejurus selepas dibiuskan. Kuantiti makanan yang diambil tu tak penting juga. Sekarang nie risiko adalah 50:50"

Terus berjurai-jurai air mata Mokcik bile dengar perkataan "50:50" tu.

Ya Allah! Engkau selamatkan lah anak ku.

Tengahari @ 12.30pm:
Doktor tak henti-henti mengambil sample darah anak Mokcik.
4 kali ambil, semua dikatakan "tak cantik". Tekanan terlalu low & platelet tak dapat dikira.
Tekanan dari 7 menurun ke 5 --- status kritikal.
Doktor bertugas dah mula marah bertanyakan di mana bekalan darah.

Mokcik tak sanggup tengok anak Mokcik yang dalam keadaan putih lesi kehilangan darah.
Lemah longlai ibarat tidur tidak berjaga. :(

Seluruh ahli keluarga dah datang memberi sokongan.
Mokcik tak menjamah sedikit makanan lansung kerana memikirkan keadaan anak Mokcik tu.
Air mata tak berhenti-henti mengalir.
Mulut tak berhenti-henti berdoa & beristighfar agar menenangkan fikiran.

Tengahari @ 2.30pm:
Bekalan darah sampai.
Badan anak Mokcik dah lebam-lebam di kedua-dua belah kaki kerana dicucuk jarum untuk mengambil sample darah.
Tangan kiri & kanan juga seperti sudah tiada darah lagi untuk mengalir pabila tiub dicucuk untuk lakukan pemindahan darah & masukkan drip.

Tengahari @ 3.00pm:
Anak Mokcik ditolak ke bilik bedah untuk menjalani pembedahan.
Kami sekeluarga berkumpul di hadapan bangunan  bilik bedah untuk menunggu.
Menunggu...dan terus menunggu... :(

Petang @ 4.30pm:
Anak Mokcik telah selamat dibedah & dijahit kepalanya. ALHAMDULILLAH!!!
Dia terus ditolak ke wad kanak-kanak di bahagian pemantauan.
Kelihatan sangat lemah & masih lagi dalam kesan bius.
Mata yang kutu memandang sekeliling mencari orang dikenali.
Tertumpu ke arah Mokcik & mula merengek. Dikuatkan hati ini agar tidak menangis.
Alhamdulillah dia seorang anak yang kuat.
En.Hubby kata anak kami ni lansung tidak menangis pada mula-mula berdarah.
Cuma mula menangis pabila mata dia terasa pedih dibasahi darah.
Sepanjang perjalanan ke hospital pon dia tak menangis.Cume menangis pabila ternampak Mokcik kerna dia sangat manja dengan Mokcik.

Maka bermalam lah Mokcik semalam di hospital kerna menjaga anak Mokcik tu.
Alhamdulillah dia segera sembuh & mempunyai selera untuk menyusu & makan.
Alhamdulillah dengan kuasa Allah yang Maha Melindungi telah melindungi anak Mokcik.

Kerna Zat KurniaanNya; anak Mokcik telah pulih sediakala.
Cuma parut dikedua-dua dahi masih memerlukan masa untuk pulih.
Mungkin takkan hilang 100%. 
Namun, akan jadi samar-samar.

Sekarang ni Mokcik bercuti selama 2 minggu untuk menjaga anak Mokcik.
Mokcik masih lagi trauma nak tinggalkan dia dengan sesiapa termasuk pengasuh dia.
Mokcik nak tengok dia benar-benar pulih dahulu baru lah semangat Mokcik pulih semula.

Alhamdulillah bos Mokcik faham situasi Mokcik & sudi meng"approve"kan cuti Mokcik.

Sekian citer Mokcik.

Yang Trauma:
Aunz

Kat sini Mokcik kepilkan beberapa gambar untuk tatapan semua...

Ini lah meja Coffe Table yg pecah.

Petang di hari pertama pembedahan @ 01/01/2014

Jahitan di 3 bahagian...kesemua 12 jahitan.

Sebelum & Selepas jahitan dibuka (5 hari tempoh diberi untuk membuka jahitan)

Wajah si kecik setelah 1 minggu.










Friday, December 14, 2012

Chicken Pop....C-Pop...

Assalammualaikum...
Hari ni makcik nak share citer tentang cik comei Atiqah.

Nak dipendekkan ceritanya, cik comei Atiqah yang umurnya baru 3 bulan dijangkiti penyakit "Chicken Pop". Kesian Cik Comei Atiqah...tapi alhamdulillah jugak yang dia hanya keluar bubble c-pop tu and takde demam.

Al-kesahnya, dia dah demam all-together dengan si kakak Cik Qiqin minggu lepas.
Tup2 plak, this week muncul pulak bubble c-popnya.

Memula makcik tak perasan lansung yang Cik Comei Atiqah nie kene penyakit c-pop tu coz dia tak demam. Dolu mase makcik kene time belajar U,makcik demam teruk. Bertahan gak lah sampai abis presentation kuliah. Adeh! Tuhan je yang tau mase kepanasan+kemiangan+kegatalan akibat C-pop tu. yang Cik Comei Atiqah ni, makcik perasan masa nak mandikan dia. Ade 1 lepuhan kat tepi pelipat lutut kirinya. Then, makcik teriak kat pakcik untuk confirmation. Ya! Betul! Confirm! Lepuhan tu adalah c-pop...huhuuhu

Then dok periksa bahagian2 badan Cik Comei Atiqah untuk mencari lepuhan c-pop nya...jumpa lagi kat bahagian atas punggung dia. Confirm! Baru nak kuar bubbles yang lain.
Bergegas lah bawak dia gi klinik. 

Yang doktor pulak boley plak tanya makcik balik: "Betul ke ni chicken pop?" Dalam hati makcik:" aku nie dokte or ko yang dokte? Apalah!"
Pehtu, settle sudah..doktor bagi cream sapu.

Then, bila kawan2 & family lain yang tau...adalah beberapa petua yang dikongsi bersama.
So, boley lah korang gunapakai petua-petua nie. Mana lah tau ada plak di antara family/kawan2 terdekat korang terkene plak penyakit c-pop nie...huhuhuhu

Petua-petuanya terbahagi kepada 2; iaitu tradisional & moden...
Tradisional:
1) Daun semambu yang diblend bersama kunyit & beras. Buat macam bedak sejuk. Sapu ke seluruh bahagian badan & anggota yang ada bubble c-pop tu.

2) Minum air kelapa bagi mempercepatkan proses pengeluaran bubble c-pop tu.

3) Mandi dengan air kelapa & bilas dengan air basuhan beras bagi menghilangkan rasa gatal/miang akibat c-pop tu.

4) Rebus daun semambu & mandi dengan air rebusan tu bagi mengurangkan rasa miang/gatal akibat c-pop.

Moden pulak:
1) Sapukan setiap anggota badanyang ada bubble c-pop tu dengan "Calamine Lotion". Losyen nie boleh didapati di farmasi2 berdekatan rumah anda...(chewah! Macam jualan promosi plak...hihihihi)

2) Dapatkan "Zirax Cream" dari ahli farmasi / doktor anda. Krim nie kalo dibeli kat farmasi, kita kene tulis nama coz ianya ubat terkawal. Tapi kalo farmasi tempat korang takde suruh wat gitu, maknanya dia takde wat kawalselia lah.

So, itu lah petua2nya yang nak dikongsi dengan korang. Selamag mencuba!

p/s: daun semambu banyak didapati di kawasan rumah milik kaum India sebab dorang suka tanam pokok nie. 

Tuesday, October 16, 2012

Complaint si Kakak

Assalammualaikum...
Meh nak share cerita complaint si kakak tentang adik dia.

Cerita Pertama...

Bermula lah suatu malam minggu lepas, si adik dok meragam & menangis dari tengahari sampai ler malam. Meragam sebab kembong perut...kesian adik Atiqah.
Disebabkan adik asyik menangis jer, masa Ummi dok sendukkan nasi untuk si kakak Iqin nak makan...tetiba Cik Qiqin bersuara;
Cik Qiqin:"Ummi, Iqin tak nak la bb Atiqah nie. Asyik nangis jer. Ummi pulangkan lah balik bb Atiqah nie. Iqin nak bb lain."
Aku: (Alamak! Toink! Toink! Apa aku nak jawab nie!?) "hmmm..memang lah bb Atiqah asyik nangis, dia kan kecik lagi. Jap lg dia diam lah."
Cik Qiqin: "owh..ok!" (Terus sambung makan)

Cerita Kedua...

Pada suatu petang, aku tengah sibuk memasak kat dapur. So, mintak tolong Cik Qiqin tengok2kan adiknya. Tengah sibuk kat dapur, tetiba si adik menangis. Pehtu,terdengar lah suara kecil + lantang si kakak membebel.
Cik Qiqin:"adik nie menader (mengada) ler. Asyik nangis jer. Asyik nak dukung jer."
Aku: "Iqin, ape mende nyerr tu?"
Cik Qiqin:" adik ni ha. Asyik nangis jer. Bising lah. Ummi nie tak dengar ke adik Atiqah nangis?"
Aku:" ummi dengarnye. Cube iqin pujuk adik bebaik. Mesti adik diam lepas tu."
Cik Qiqin:" ummi bawak lah adik kat dapur."
Aku: (mengalah lah...kang ntah ape 'projek' dia kat adik dia nanti)" yelah, ummi bawak dapur lah"

Itu lah dia complaints dari Cik Qiqin...bagi dia yang berumur 4 tahun nie...adik tu ibarat barang. Boleh di ambil & dipulangkan malah ditukar ganti dengan yang lain.
TAPI...
Kalo ada orang nak amik adik dia...inilah jawapan dia:
"Mana boleh. Itu adik Iqin. Iqin sayang adik Atiqah."

Cuma cara die luahkan kasih sayang dgn cara die terrsendiri.
Setiap kanak2 ada cara yang unik untuk luahkan kasih sayang dia.

Yang pening dgr complaint Cik Qiqin:
Ummi a.k.a Aunz (^^,)

Monday, July 16, 2012

Cerita July 2012

Assalammualaikum...

Dah boleh dikatakan sebulan sekali jerr kot aku meng"update" blog aku nie.
Al-Maklumlah kesempatan untuk meng"update" tu limited sket kerna kesibukan diri ini meng"check-up" & keroje yang dok bertimbun gara2 selalu cuti+mc+cuti+mc...hihihi

Alhamdulillah dah nk masuk 30 minggu dah kandungan aku nie & it is time to berjaga-jaga SEBAB sebelum nie aku ade pre-mature history... so kelahiran pre-mature kali ini ade nisbah 50:50 lah.
Pergerakan dak kecik dalam womb nie makin hari makin aktif. Dok tendang sane sini, dok gegar kiri kanan, dok keras2 (nenek aku kata tu ponggong die dok tonggeng2 sebab nak keselesaan)...

Keadaan kesihatan tu..normal lah kan time2 gni. Kadang2 poning, kadang2 aktif & kadang2 ngengadesss...hahahahaa masih lagi ade rase2 craving for foods yg spesel2 nie.
Baru last week, nak pekene burger bakar...alhamdulillah En.Hubby belikan gak. Ahaks!
Sayang En.Hubby yg dok sabar melayan kerenah isteri tercintunn nie...cheewah!

Tak lama lagi Ramadhan akan kembali...insya'Allah akan terbitnyer kekuatan untuk menghadapi bulan puase nie walaupon dalam keadaan cengginie. Didoakan semoga takde masalah & dikurniakan kesihatan yang baik.

Walau apa pon...ku ucapkan Selamat Berpuase pada sumer Warga Muslimat & Muslimin di Malaysia.
Jangan curik2 buka periuk cari makanan ek! ngehngehngeh... :)

Insya'Allah...klo ade mase terrcurik nnt, aku update lah blog nie...hohohoho

Selamat Berpuasa!

Tuesday, June 5, 2012

Mau cuuuutiiiii!

Assalammualaikum....
Tengok title post pon agak2nyer mesti korang dah dapek agak kan...al-maklum lah sudah pertengahan tahun. So dok planning2 mau cuti panjang lah sebelom den poie "cuti panjang" versi tak buleh dielakkan...hehehehehe

Kebetulan bulan June nie bulan kenduri sepupu den. So, amik peluang lah bercuti panjang. Khamis minggu nie gerak lah kami sumer ke araha UTARA - Kedah...
Peh abeh kenduri tu, kami cadang g Langkawi plak...

Insya'Allah!

Hihihi...Mau cuti sebelum berpantang:

Wednesday, January 18, 2012

Speechless Wednesday Nite...

Assalammualaikum...
Hari ni mood swinging sket nak bercerita sebab batuk+selsema = hidung diblocked dek mukus...hahahaha

So pagi tadi, Cik Qiqin pon tak bersekolah sebab demam+badan panas+batuk = pening kepala. Bile dikejut bangun pagi, Cik Qiqin kata:
"Ummi, Iqin taknak sekolah...taknak mandi...taknak dok dengan nenek. Nak dok dengan ummi jer."

Hmm...kalo die dah kata camtu. Itu tandanya, dia memang tak sehat & taknak dengan orang. Aku pon tak buleh nak amik cuti sebab petang tadi ade visitor from India. So, dengan sepenuh hati memujuk Cik Qiqin agar dok dengan nenek.

Umpannya...hehehehe KFC - Chicken Porridge (Breakfast Meal). Itu menu kesukaan Cik Qiqin bile demam.
Then buat agreement camni:
"Iqin, ummi kene keje. Nanti ummi belikan Iqin bubur KFC ek! Then Iqin dok umah nenek. Petang kite gi jumpe doktor tau."

Akhirnya, persetujuan dicapai. Alhamdulillah!
Memula cembeng gak. Tapi dah dapat KFC - Chicken Porridge, ok lah dia.

Biasa lah kan budak2...ada time manja dia & nak sepenuh perhatian bila sakit.

So, hari nie cume hantar Cik Dina (Sepupu Iqin) jer lah gi sekolah.
Cik Dina pon dok tanya2 kenape Iqin tak sekolah.
Jawapan: Demam.

Sekian sahaja cerita hari ni...makan obat pasni nie...then ZzzZzzzZzzzz....

Hukhukhukhuk:

Tuesday, January 10, 2012

Hari ke-5 Sekolah...

Assalammualaikum...

Hari ni nak bercerita tentang hari ke-5 persekolahan Cik Qiqin.

Mungkin dah hari-hari bersemangat bangun pagi untuk ke sekolah...hari ni ada mood swing sket.

Penat lah agaknya tu.

Pagi-pagi lagi mood swing dah timbul...nangis & cembeng (ala..style mulut senget ke bawah tu :( ..hihiihi ). Nak dimandikan, digosok gigi kan, dipakaikan kasut...then nak bawak soft-toy monyet kesayangan pulak ke sekolah.

Siap bawak masuk dalam kereta sekali. Tunjuk dengan sepupu die (Cik Dina). Soft-toy tu dibelikan oleh ayah dia sewaktu kami bercuti ke Sabah dulu.

Sampai je kat sekolah...bile ditegah dek cikgu & aku supaya tak bring-along soft-toy tu...Cik Qiqin terus merajuk tak nak sekolah & tak nak turun dari kereta...
adoiyai!!! puas pujuk...hohohoho

Akhirnya, mau gak dia turun setelah didukung oleh aku.
Nasib baik cikgu dia jenis lemah-lembut & penyabar...so pas dukung bagi cikgu plak.

Tapi muke tetap sedey jer...hikhikhik

Agak-agak lepas warm-up sket dengan kengkawan...ok lah kot mood swinging dia tu... (^^,)

Puas pujuk nie:

Monday, January 9, 2012

Desktop Cik Qiqin

Assalammualaikum...

Memang dah lama set niat nak belikan alat elektronik bantuan pembelajaran untuk Cik Qiqin. Cume tunggu mase yang seswai je untuk menunaikannya.

So, last Sunday...we all (aku+En.Hubby+Cik Qiqin) jejalan ke Mid Valley then singgah ke Toys "R" Us.
Dah tiba masanya untuk menunaikan hajat nak belikan mainan elektronic pembelajaran untuk Cik Qiqin.

Yelah kan..dia dah sekolah.
Sebelum sekolah, asyik hafal huruf & nombor (versi Bahasa, English & Jawa).
So sekarang ni dah masenye untuk die kenal huruf & nombor plak.

Bukan sebelum nie takde ajar, cume Cik Qiqin nie jenis cepat jemu & kadang-kadang mudah keliru sebab bentuk nombor & huruf tu selalu dicampuradukkan.

Akhirnya, dari nak beli laptop for kids...tukar sket belikan desktop yang siap dgn tetikusnya..hihihi
Baru nampak mcm komputer betul..hahaha kire menarik minat die lah.

Memula Cik Qiqin nie merajuk jugak lah kat kedai tu sebab desktop tu warna biru...bukan pink.
Hihihiihi faveret warna dia pink.

Akhirnya, bile test bagi die tengok kat situ. Baru lah die excited & persetujuan dicapai...hahahaa

Inilah die desktopnya...bolehlah digunapakai untuk budak umur 4 tahun...
Image Source: Google Image --- memang serupa mcm desktop Cik Qiqin.

Summary:

* 30 interactive learning activities, including language, math, logic, games, keyboard typing and music.
 * large LCD screen with fun animations
 * adjustable-height keyboard
 * auto shut-off feature
 Desktop computer uses 3 "AA" batteries.

Harga?...hihihihi

Nak beli desktop jugak:




Friday, January 6, 2012

Rutin Harian - Dah Berubah..

Assalammualaikum...

Sekarang rutin harian aku & Cik Qiqin dah berubah sejak Cik Qiqin masuk sekolah.

Sebelum nie, kami (mak & anak) dibenarkan sesuka hati untuk:
1) Tido Lewat (sebok main game & tengok tv).
Ummi main game kat FB, Cik Qiqin tgk tv...hihihi

2) Main game & GG die (soft-toy giraffe versi kecil & besau). Ni applicable aktiviti utk Cik Qiqin yang berimaginasi tinggi.

3) Tengok TV sepanjang mase (drama & channel Astro Ceria) -- citer faveret Cik Qiqin: Detective Conan, Hikayat Putera Shazlan, then some Malay Dramas.

4) Bangun lewat (kebiasaan pukul 10.00 - 11.00 AM baru celik mata). Ni pun applicable utk Cik Qiqin...
Ummi gi keje antar Cik Qiqin ke rumah pengasuh pon, die buleh sambung tido lagi.

5) Tunggu ayah balik keje smpai tengah malam (nak borak dengan ayah).
Cik Qiqin suke bercerite dengan ayah ape aktiviti harian die.

6) Cik Qiqin susah nak mandi pagi..katanya sejukkk..hohoho tak buleh dielakkan. Suke nangis time suruh mandi.

So, sejak Cik Qiqin dah start bersekolah ni...aktiviti a.k.a rutin kat atas tu kene berubah.
Demi kebaikan bersama (eEeceehh...hihihi)

Sekarang nie, kene latih Cik Qiqin untuk rutin baru:
1) Bangun awal --- siap g sekolah.
2) Limit time main & tengok TV...disiplin...disiplin...
3) Tido awal...aktiviti up to 10.00 PM sahaja.
4) Kalo nak borak dengan ayah, kalo ayah balik lewat...call-up jerr...
5) Mandi pagi...tetap air paip..takde water-heater. Masyukkkk sejuk...baru lah segar..hihihi

Bagi aku, sama jer kot!?
Hahahaha mungkin kene tukar sket jer...kurengkan main game kat FB.
Lagipun, walaupun tido lewat macam mana pun..aku tetap kene bangun awal sebab ada aktiviti pagi (rutin rumah) aku kene siapkan. (Hahahaha ayat cover-diri nie).

Apepun, ini untuk kebaikan sumer...
So no cry cry early morning...hihihihi

Ummi:

Thursday, January 5, 2012

02nd Day Cik Qiqin @ School

Assalammualaikum...

Semalam riuh mulut kecil Cik Qiqin bercerita tentang pengalaman di sekolah barunya. Belajar Alif Ba Ta...kemudian menyanyi...exercise...macam-macam lagi lah...seronok jer dengar Cik Qiqin bercerita dengan ayat tunggang-terbalik...hahahaha

Today is the 02nd day Cik Qiqin menjejak kaki ke sekolah. Bezanya hari ni Cik Qiqin siap pakai uniform yg pihak sekolah bagi.

Oleh sebab uniform baru dapat semalam, ummi kene meng"adjust" sket uniform baru Cik Qiqin...hahahaha walaupun size "S" tapi tetap labuh+besar bagi Cik Qiqin yang version comei. (^^,)

Pagi tadi Cik Qiqin bersiap sendiri dengan uniform barunya. Seronok jer tengok dia dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru.

Bangga pun ade jugak sebab dengan umur+badan yang kecik tu, seolah-olah itu bukan penghalang bagi Cik Qiqin untuk berdikari.
Ini lah wajah ceria Cik Qiqin yang bersemangat nak gi sekolah pagi tadi...


Semoga SEMANGAT BELAJAR Cik Qiqin berterusan... Amin!

Ummi:

Wednesday, January 4, 2012

01st Day @ Skool...

Assalammualaikum & Salam Tahun Baru 2012 buat semua...(^^,)


Lama dah tinggalkan blog ni xupdate2...bile aktif update, aktif sgt.
Tapi bile  tak aktif...senyap jer..hihihi


So dimulakan dengan tajuk post tahun baru 2012 nie pasal Cik Qiqin dah masuk sekolah. Sekolah Tadika PASTI As-Syakirin untuk permulaan asas budak-budak umur 4 tahun.


Cik Qiqin sangat excited bile dengar nak ke sekolah.
Siap mulut dia membebel...nanti nak belajar Quran, nak ngaji..nak main dengan kawan...macam-macam lagi ler.

Pagi2 hari ni dia dah bangun, siap mandi & berus gigi.
Then pakai baju kurung & tudung yang digandingkan dengan kasut hitam polkadotnya. 
Sungguh ayu jer cik adik manis nie.
Ini lah gaya Cik Qiqin yg siapsedia nak g sekolah.
Uniform tak dapat lagi sebab takde size Cik Qiqin.

Ummi yang dok risau pesan macam2 kat Cik Qiqin.
Tapi Cik Qiqin steady jer. Macam dah bersedia & boleh berdikari.

Tapi 1 jer soalan yang Ummi tak boleh nak tahan gelak dengan Cik Qiqin.
Ummi cakap kat dia: "kalo nak buang air besar...bagitau cikgu tau. Jangan diam jer."
Cik Qiqin tanya: "Nanti Iqin tanya, cikgu marah nanti. Macam mana?"
Ummi: "Takde cikgu nak marah derr...kalo tak cakap baru cikgu marah."
Cik Qiqin: "ok".
 
Waktu hantar Cik Qiqin ke Tadika tu, dia tak menangis & boleh berkomunikasi dengan baik dengan cikgu dia. Ummi je dok risau..hahahahhaa
 
Sewaktu ummi lambai nak gi keje...Cik Qiqin dengan senang hati kata: "Bye..bye..Ummi..See you!"
 
Semangat dia! Tu dia...
 
Semoga semangat tu berterusan...Ummi sentiasa doakan kejayaan anak-anak ummi dunia & Akhirat...walaupun dalam usia yang sangat muda.
 
Ummi:

Thursday, September 8, 2011

Raya 2011

Assalammualaikum...
Selamat...selamat...Selamat Hari Raya!

Meh nak story sket tentang raya family aku tahun nie.

Tahun nie tema baju raya kami sekeluarga (En.Suami+Aku+Cik Qiqin) ialah colour Purple a.k.a Ungu.

Rasanya ramai jugak orang2 lain pilih warna nie sebagai tema dorang tahun nie coz ada ramai gak kengkawan yang share2 kata yang tahun nie tema dorang Purple (Ungu)...

Xpe2..yang penting... MERIAH...hihihi

Tahun nie turn beraya di sebelah family aku dulu..next year plak sebelah family En.Suami...sistem bergilir..baru lah adil... (^^,)

Sejak Cik Qiqin dah pandai bercakap (also berleter), so raya tahun nie meriah lah sikit melayan kerenah die untuk pilih baju raya. Masa test baju, soalan pertama nie:
"Umi, comel x?"

Semestinya aku jawab comel lah kan..sebab memang comei...hihihi seronok tengok die pakai tudung & baju kurung. Then jalan terkedek2 smbil pegang kain..hihihi

Masa raya pertama tu, dia seronok pakai tudung.
Memang xtanggal kecuali time kat rumah.
Alhamdulillah..moga2 berterusan..insya'Allah...

Ni lah gambar the latest kami...thanks to sepupu aku...


Atas nie: Aku...Cik Qiqin...& En.Suami


Atas ni plak...Anak Sepupu aku Alif (Anak kepada Pn.Beba+En.Anas) &...yang seronok pegang duit raya tu...sape lagi kalo bukan Cik Qiqin...


Yang seronok Beraya:

Monday, September 5, 2011

Pengaruh iklan TV --- Cik Qiqin ---

Assalammualaikum wbt...


Selamat Hari Raya lagi sekali....raya kan sebulan..hihihihi


Ni nak share 1 iklan yang cukup mempengaruhi minda si kecik kat umah tu...
hurmmm...sape lagi kalo bukan Cik Siti Nur Asyiqin yang leter tu... (^^,)


Rase2nya korang mesti ade tengok or terrtengok iklan ASB / PNB tu...alah yang ade budak reramai raya ke rumah Adibah Noor tu...


Nak tau part mana yang mempengaruhi minda Cik Qiqin nie...ha!part yang akhir tu.

Kan masa akhir iklan tu budak pakai baju melayu warna biru tu ada terima duit raya dari Adibah Noor (berlakon sebagai mak yang berpakat dengan anak dia suruh ajak kawan2 anak dia datang beraya ke rumah).


Mase terima tu budak tu cakap: "Seringgit jer mak!?"
Adibah Noor cakap: "Simpannn...(Sambil senyum)"


Ha!bab tu lah cik Qiqin selalu sebut kat orang bile dapat duit raya (walaupun lebih RM 1.00)...
Kadang2 dia sambunglah cakap "simpann.."tu...
Kadang2 dia tak sambung...

Bila dia tak sambung tu...
Huhuhu honestly say lah kadang2 rase segan gak bile anak cakap gitu walaupun budak...
Yelah...mana taknya segan;
mana yang tengok iklan tu, faham lah mana die dapat ayat tu..mana yang tak tengok? huhuhu mesti pikir yang bukan-bukan...huhuhu

Memanglah faham motif iklan tu...simpan duit tu walaupun dapat RM 1.00 jer...

Tapi nak buat macam mana kan...terrlekat plak ayat tu kat minda si kecik tu...sabarrr ajer lah...(^^,)

Mana yang tak tengok iklan tu...tengok-tengoklah kat bawah nie link YouTube nya...



Yang xtau nak wat ape:

Tuesday, February 22, 2011

Seceria & Seselamba Cik Qiqin

Hait! Assalammualaikum...
Sudah lama tidak meng'update' blog yang hampir nk bersawang nie. Huhuhu semenjak Astro B'yond telah di'install'...so mengadap tv ajer lah...kikiki

Sebenarnya nak wat 1 entry post bergambar "Seceria & Seselamba Cik Qiqin". 
Tapi kene tunggu lah sedara Khairi emailkan gambar2 Cik Qiqin.
Gambar candid Cik Qiqin yang diambil+di'edit' oleh Sedara Khairi (kenalan baru) di Alamanda, Putrajaya.

Al-kesahnya, kami g makan kat food court Alamanda, Putrajaya...sesaje jejalan setelah kebosanan di rumah.

So masa tengah makan tu, belakang tempat kami tu ada budak2 bujang (yelah kot bujang...hihihi) yg tgh makan.
Cik Qiqin nie sekarang kan "Mesra Alam" sket.Kami xsedar pun dorg candid gambar anak kami.

Nampak je org yg die berminat nk kawan...xkesah lah kecik ker besau ker...die sengih2+senyum2...Hohohoho

Dalam mase Cik Qiqin dok sengih2 + senyum2 tu, dak2 blakang kami tu snap pix Cik Qiqin.

Abis jer dak2 "jurugambar" tu makan, dorg pun approached en.suami...Sedara Khairi pas email & kad die.

So, ini lah hasil2 gambar candid dak2 Grafik tu:






Terima Kasih kepada Sedara Khairi kerna sudi mengambil gambar anak kami yg bermacam ragam time makan.

Tuesday, January 25, 2011

Bile ASTRO tiada...

Dah 2 Hari melepek+melepak kan diri kat rumah baru....pengakuan dari hati --- sangat2 lah boring SEBAB ASTRO bolom dipindahkan lagi.

Nak layan game dalam FB pun bosan gak...
coz budak kicil (Qiqin) tu cakap: "mi..nak men...nak men..."
(di"translatekan": "Umi, nak main...nak main"...)
Ntah ape die tekan kat pad laptop tu pun aku xtau...bantai lah..
asalkan die xmerajuk...
biarkan ajer lah...
hihihi tp shutdown laptop dulu lah.

Minah kicil ini sekarang sangatlah kuat merajuk...
Bile merajuk jer, terus tarik moncong.
(bak kata ayah die: buleh sangkut hanger...kikiki)..
bukan tarik moncong jer, dia akan kata: "xnak kawan..."
Layan ajer lah...(^^,)
Biler die cool down, die akan cari semula...xlama tu der...

So berbalik pada citer, BILE ASTRO XDE...
Eh! itu bukan penamat...sekarang nie kan teknologi makin canggih...
So kami sekeluarga layan "TonTon"...kire tengok TV lah tu.
cume bezanya...back to the future lah...
Cerita2nya & berita semua bak kata kasarnya: "dah basi"..
(cerite2 episod lepas & news semalam punyer)
tapi...layan jer lah episod2 cerita yg terlepas nk tgk.

Tp malam semalam kami layan "Upin & Ipin 2010"...
Cik Qiqin tengok dgn penuh kusyuk ---almaklum lah cerite favourite die.

So, itulah citer kami setelah 2 hari bermalam di rumah baru...

Notakaki:
Cepat lah abg Astro pasang Astro nie...bosan nih!
Kuikuikui...

Wednesday, January 19, 2011

Mood: Berpindah Rumah...

Masa yang ditunggu-tunggu telah menjelang tiba ---- PINDAH RUMAH...I like!Setelah 2 tahun menginap di rumah sewa, sudah tiba masanya kami berpindah ke rumah sendiri. 
Alhamdulillah ada rumah sendiri.
So senang sikit & boleh bajet. (^^,)

Buat masa ni kami perlahan2 masukkan barang ke rumah baru...
nak masukkan barang2 sekaligus???
fuhhhh! xmau lah!
Penat...huhuhu so slow-slow dulu lah ek...

Oleh itu, sekian sahaja post den wat hari ini...
Sehingga kite ber"posting" lagi di masa2 tertentu (kalo xbz...)
Chow!

Wednesday, December 29, 2010

Budak Comei Demam

Anda mesti kenal budak di bawah nie kan?
Hihihi
Post arini adalah mengenai budak di bawah nie.
Dah 2 hari demam...
TAPI demam yg spesel skit:
Demam pada waktu malam je.
So, biler malam...
mmg xbuleh nk tido lah sebab die merengek2 & badan panas then muntah.
Kesian dia.

Semoga dia cepat sembuh
&
kembali ceria plus berleter balik macam biase.

Wednesday, November 3, 2010

Happy Birthday to My Beloved Baby

Hari ni birthday anakku yg sulung - Cik Siti Nur Asyiqin.
Dah 2 tahun dah die.
Rase cam kejap jer.
Lip lap lip lap...dah 2 tahun rupenye..kikiki
Ummi mendoakan:
Kesejahteraan hidup,
Kesihatan yang baik,
Keberkatan Hidup
&
Dilindungi & Dirahmati olehNya.
~ Amin ~

Mom Bloggers Planet

Where Moms Unite

~ Shinjiru Malaysia ~