---> Ads With NuffNang <---

+++ Member of Society +++

s!t! NuR @sY!QiN


---> Ads With Nuffnang <---

Showing posts with label Macam2 Ada.... Show all posts
Showing posts with label Macam2 Ada.... Show all posts

Saturday, May 25, 2013

Kepala Tertusuk Gunting :(

Assalammualaikum...

Hari nie Mokcik nak share citer paling sadis yang terjadi kat sorang budak 2 tahun...Disebabkan mak bapak dia bergaduh; anak yang jadi mangsa.Huhuhuhuhuuuuuu...

Meh baca petikan dari Kosmo!:

MIRI – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun menjadi mangsa pertelingkahan ibu bapanya apabila kepala tertikam dengan gunting sedalam tiga sentimeter di rumah mereka di Jalan Tanjung, di sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 1 pagi itu, ibu mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an sedang bertengkar dengan suaminya akibat masalah rumah tangga sebelum dia mengambil sebilah gunting.
Bagaimanapun, cubaan wanita itu untuk menyerang suaminya berakhir dengan dia tertikam kepala anaknya sendiri yang kebetulan bermain di situ.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, tikaman tersebut menyebabkan gunting itu tertusuk sedalam tiga sentimeter di kepala mangsa.
Artikel Penuh: "Kepala Anak Tertikam Gunting Ketika Ibu Bapa Bergaduh"

Ibu Prihatin:

Friday, May 17, 2013

HotLink Vs Maxis

Assalammualaikum...
Tersebut lah al-kesahnya tentang pembantu rumah jiran Mokcik. 
Maid tu seorang warganegara Vietnam. Namanya Ah Tien...Cik Qiqin anak Mokcik yang sulung panggil maid tu "Aunty Latihan" coz dia kata nama aunty tu macam bunyi perkataan "latihan"...adeh! Ank Mokcik sorang nie... ;o)

Jiran Mokcik tu berbangsa India. Dengarnya seorang pengarah drama. Pernah buat penggambaran bab ragut kat depan rumah Makcik untuk salah satu drama Tamil dia. Mokcik tak pernah lah bertegur dengan dia. Mokcik cume pernah bertegur dengan mak mertua & isteri dia je. 

Berbalik semula pasal maid dorang nie. Rajin suh Mokcik atau Pokcik belikan top-up Hotlink coz nak tepon ke Vietnam...bercakap dengan anak-anak dia. Dia rindu anak-anak dia. Dalam masa 5 tahun keje kat Malaysia, sekali je dia balik. Pastu tak pernah balik demi mencari rezeki untuk anak-anak dia...sedih gak dengar kisah dia rindu kat anak-anak dia. Bila dia nampak anak Mokcik yang kecik nie, dia mesti cerita pasal anak-anak dia terutama yang kecik sekali berumur 5 tahun.

Nak dijadikan cerita; dalam 2 hari lepas, dia mintak Makcik belikan top-up Hotlink macam biasa RM50  tetapi dibahagikan kepada top-up RM10 - 5 keping. So, Makcik belikan lah kat 7-Eleven. Kan kat 7-E tu top-up printed macam resit tu. Then cume mentioned Maxis instead of HotLink. Pastu on the top, ade logo lain...

So, Makcik ingatkan dia dah guna lah. 
Tup-tup pagi tadi dia muncul depan rumah Mokcik and claimed yang top-up Makcik belikan tu bukan Hotlink punye tapi Maxis punya.
Adeh! Parah Mokcik terangkan yang Hotlink & Maxis adalah 1 bende yang sama. Cume bezanya nama je. Puaslah gak yakinkan dia. 

Dah lah bahasa cakap macam "ayam & itik".... Hahahahaha lawak je.
Finally dia faham jugak bila Mokcik tunjukkan cara-cara nak top-up & mana satu no.top-up...
Rupa-rupanya dia top-up guna no.siri receipt top-up tu... ;p

Sudahnya arini, Mokcik g belikan dia top-up Maxis yang betul-betul Hotlink!
Hahahahahaa

Mesti korang tertanya-tanya kan kenapa tak disuruh majikan dia je yang belikan?
Pernah Makcik tanya dulu...jawabnya:"Mem ask u to help to buy. Mem don't go out to buy"
So faham lah Mokcik. Mem dia mem besar...takkan nak belikan top-up untuk maid yerr tak!?
Apa-apa saja lah. Yang penting tengok muka dia bersinar-sinar lepas terima reload ticket tu.

Yours Maxis & HotLink Buyer:
Aunz

Monday, May 13, 2013

Pramugari "Cantik" AirAsia

Assalammualaikum...

Hari ni Mokcik nak share citer hot AirAsia...


Ada pramugari Hot, Cantik, Menarik & DeBooommm AirAsia...



Ini lah dia Sir Richard Branson yang kalah betting dengan Tony Fernandez...

So, selebihnya korang boleh baca disini: "Pramugari Bermisai!"


Thursday, April 25, 2013

Fenomena Gwiyomi

Assalammualaikum...

Baca tajuk jer mesti orang dah dapat agak ape mokcik nak cerita kali nie...

Kalo dolu femes dengan Oppa Gangnam style yang tarian ala-ala kuda (ku gagah berlari...hahahaha)

Then diikuti pulak dengan Harlem Shake...tarian ala-ala goyang porut yang tak seberapa.

Tak lama kendian pulak terkeluar pulak fenomena Sayang Shae Versi Bobo Style...lenggok kepala ke kiri dan ke kanan pulak...gerak mulot ala-ala kiut miut kot!? Hihihi

La nie pulok..fenomena Gwiyomi...ala2 aksi comei lerr gituuu... Comel ker?
Meh tengok kat sini aksi comeinya... ;D

"Gwiyomi Paling Comei!?"

Friday, November 18, 2011

Susuk Kuat Beribadat

Assalammualaikum...
Meh nak share ape aku baca kat newspaper arini coz ade satu artikel menarik yang terpanggil nak share dengan pembaca sumer.

Memang lah orang akan kata kadang2 kita akan ambil mudah perkara-perkara tertentu pabila kurangnya ilmu di dada dan tidak membuat rujukan kat orang2 yang betul2 faham mengenai ilmu agama...bak kata pendeknya guru yang mursyid lah.

Dalam myMetro - Berita Utama ada memaparkan mengenai seorang lelaki yang mengamalkan pemakaian SUSUK tapi bukan untuk kecantikan...hanya untuk KUAT BERIBADAH.

First time aku dengar susuk jenis nie. Sebelum nie selalu dengar pasal susuk yang digunapakai hanya untuk kecantikan.

Lelaki tersebut berumur 34 tahun. Niat asalnya untuk mendalami ilmu agama dan melakukan ibadat. TAPI cara yang digunakan ialah dengan memakai susuk yang diberikan oleh seseorang yang digelar sebagai "ustaz" di Kelantan.

Kalo lelaki tu dengar azan, ade satu suara akan berbisik kat telinga dia --- suruh segera bersolat.
Tapi kalo xcepat2 menunaikan solat...badan lelaki tu akan terasa kepanasan.

So, selebihnya korang boleh lah baca kat sini: Tubuh Panas Dengar Azan

Moralnya:
Setiap perkara ada peraturannya.
Begitu juga kalo nak belajar, kene ikut peraturan dan cara yang betul terutama hal-hal berkaitan agama.
Niat yang baik dengan cara yang salah, ibadat kita akan diterima ker???

Bukan kita untuk menilai kebaikan & keburukan seseorang di mata Allah swt...
Wallahualam...

Biar Allah menentukannya...kita sebagai manusia hanya boleh mengambil perkara yang berlaku sebagai iktibar & tauladan kepada diri.

Yang tengah Improve Diri:

Sunday, May 15, 2011

Pictures Intepretation

Lets the pictures do the intepretations...




Note:
Pictures source --- credit to Google...

Yang Sengal Seliuh yang nak kene Siku:

Saturday, May 14, 2011

Blogger Not In Service

Dalam 2 hari yang lepas..konon2nyer nak update lah blog yang makin bersawang nie..then tetiba plak xbuleh log-in sebab blogger tgh wat system maintenance. So xdapat lah nak update ape2 yg patut...hehehe
(alasan xkonkrit sungguh...kikiki)...




Yang Macam-Macam Ragam:

Tuesday, April 19, 2011

Lain Yg Dibeli...Lain Yg Dapat...Huhuhuhu

Assalammualaikum Semua...

Ni nak share 1 cerita haru tapi kelakar...
Apa yang haru sangat tu??? Hmmm...lain barang yg dipesan...lain barang yang aku dapat.
Ape barang yang dibeli? Ha...baju tidur anak aku...

Apa barang yang dapat? hahahahahahaa gelak dulu...
Barang2nya adalah....jeng...jeng...jeng...
lotion susu d'laguna& paling besh punyer adalah "JAMU DARA SEMULA"....2 botol plak tu...lawak betui...
Tergelak besar aku & kengkawan opis bile buka package Pos Laju tu...

So dah bagitau pada tuankedai Pn.Ena...dia akan check dgn Pos Malaysia...

Harap-harap buley la dapatkan semula barang2 aku tu dari Pos Malaysia.

Kalo x, haru daku nak mjawab soalan dari mulut si kecil:
"Ummi dah belikan baju Iqin...ummi mana?"

 

Friday, April 8, 2011

Telur Tipu…Kite kene tipu?

Sebenarnya benda ni dah lama ada dah kat Negara China sejak 5 – 6 tahun yang lepas.
Namun, segelintir peniaga Negara China dah tak amalkan sebab bahan2 yang digunakan nak wat telur tipu ni dah naik harga.
So dorang berbalik semula ke ayam…alam semulajadi.
Tapi xsemua lah…segelintir sahaja.


Di Malaysia, benda ni benda baru lah…baru perasan setelah tangkapan & rampasan yang dibuat oleh pihak Bahagian Penguat Kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri Pulau Pinang…baru lah tergempar & terkejut rakyat Malaysia mengenai pendedahan adanya telur tiruan…hohohoho


So selepas nie, kene berhati2 lah pada sape2 yang minat makan telur tu.
Apakata lepas nie ramai2 cari telur ayam kampong…for sure naik harga punyer.
Xpun beramai-ramai lah kita ternak ayam…come back to nature.


Korang boleh search kat google atau youtube klo korang nak tahu cara2 nak produce telur tiruan nie…tapi diingatkan bahawa ramuan2 yang digunakan akan mendatangkan mudarat kepada manusia.


Contohnya kat:
1) Weird Asia
2) Kaitor Word






















































Psstt…
Sebenarnya kan…bukan telur tiruan aje yang dorang ni buat…anggur pun ade gak…dan juga makanan2 yang lain.




Moga2 keluarga aku xtermakan lah telur2 tiruan nie…mintak dijauhkan…amin!

Credit to: Picture from Weird Asia...

Yang Bukan Tiruan:

Thursday, December 23, 2010

Mood Of d Week

Since last week...almost 2 weeks daku dijangkiti batuk.
Batuk ni membuatkan daku sakit kepala sebab teran sgt tekak tu time batuk.
Klo xteran sgt, tekak daku cam xbest jer...gatal jer...(buleh pulak kan!? hihihi)
Tapi nk wat camner kan..hehehe (alasan)

Dah p klinik...TAPI obat tu cam xok jer.
Dh telan sampai habis...tp still lg batuk.
Demam plak dtg time malam jer...Huhuhuu

korang ade saranan yg bernas x nk menghilangkan batuk ni dgn cepat?
Daku dh try macam-macam petua...
contohnya:
Minum air asam jawa,
Perah limau kat tekak,
Makan ubat sakit tekak....& mcm2 lg lah..
TAPI xde pun perubahan gak..huhuuhu
Klo korang ade saranan / tips yg bernas, meh lah share dgn daku ek!
(^^,)

Wednesday, October 27, 2010

Paul - Octopus dah mati...Hohoho

Ingat lg Paul si Sotong Kurita yang meramal sape pemenang piala dunia awal tahun dulu...
Ha dh smpai mase Paul tu berhijrah ke dunia lain plak...
Khabar mengatakan Paul ni dalam mase beberapa hari ni;
dikatakan kurang aktif & kurang selera makan.

Ada spekulasi mengatakan Paul ni diracun...sebenarnya x.
Dia mati dalam keadaan semulajdi.
Umur die dh 2 tahun 10 bulan manakala jangka hayat normal bagi sotong kurita ialah 3 tahun. Kena lah tu... ajal dah sampai...

So lepas nie, dorang nk cari pengganti Paul plak...mungkin kura-kura?
entah lah..
ape2 pun Paul memang menjadi tajuk berita hanget mase piala dunia awal tahun dulu.

Rest In Peace Paul!
HoHoHo

Friday, October 8, 2010

Penangan Faceook...Ayyo!

Dalam beberapa hari nie macam2 hal berlaku gara-gara laman sosial Facebook...tapi boleh dikatakan kesemuanya negatif belaka.

Sebenarnya nak disalahkan creator FB nie, xboleh jugak sebab keutamaan creator ni for sure lah nak untung...tp yang salahnya ialah para penggunanya.

Para pengguna yang terlalu fanatik untuk mengutuk & yang berfikiran negatif.
Kes-kes yang berlaku adalah kes salahlaku dimana terjadinya penipuan identiti, pergaduhan & juga pembunuhan.

Semalam jer dalam akhbar ada memaparkan kisah 3 beranak dibelasah gara-gara kenalan baru si adik dalam FB.
Si adik g jumpa kenalan barunya iaitu seorang perempuan..xpasal2 kene belasah dgn si pakwe perempuan tu sebab salahfaham. Si pakwe ni ingat si kenalan baru makwe inilah yang sent sms2 berbaur lucah kat makwe dia. Yg xbestnya, si abang, si bapa & anggota polis yang buat rondaan pun turut dibelasah oleh si pakwe & d geng. Yang turut membelasah termasuklah orang awam yang dok makan kat gerai tu join sekaki (kureng kan..bukan nk tolong, tp join "pesta" plak).Teruk jugalah mamat tu kene belasah.
Berita selanjutnya, korang boleh baca kat sini: Jerat Kenalan FB

Itu baru kes pertama. Kes yang kedua plak;
Dari sahabat baik automatik jadi musuh. Rakan baik tikam rakan baik sebab tak tahan kene kutuk dalam FB. Amende lah ni...nak kutuk pun, xpayah lah nak siarkan 1 dunia. Selama ni xde FB, boleh plak jadi sahabat baik...aik!bile ade FB, terus jadi musuh.
Sampai kritikal lah sahabat tu...selamat sempat diselamatkan, hmmm klo x hukum mati mandatori lah jawabnya...nak baca ke? baca kat sini: Tikam Perut Rakan Akibat FB (Tajuk aku tukar..panjang sgt..ihihi)

Sebenarnya FB bukan semua negatif.
Ada yang positif. Contohnya seperti berniaga on-line (tapi yang betul2 berniaga lah bukannya yang tipu2 tu), mengeratkan silaturrahim yang terpisah, meramaikan rakan baru dan juga tempat berkongsi idea.
Tapi bile ada yang salahgunanya, tu lah yang jadi negatif.

Sama-sama lah kita berfikir ek sebelum melakukan sesuatu.

Wallahualam...

Thursday, October 7, 2010

McDonald...Halal ker?

Mungkin ada yg tertanya2 kenapa post ini dibuat..sedangkan semua org amat menggemari produk makanan segera keluaran McDonald nie...


Baru2 ni aku ade terima 1 cerita lah pasal keraguan status "HALAL" makanan McD ni secara lisan. Desas-desus mengatakan makanan di restoran makanan segera ini adalah tidak halal kerana makanan keluarannya berunsurkan sumber yang tidak halal (faham2 aje lah unsur ape....)


Bukannya apa...yelah kita kene fikir positif & negatif khabar angin tersebut.

Positifnya: kemungkinan desas-desus itu benar...dan jika benar. Seelok-eloknya dielakkan daripada memakannya.

Negatifnya: Khabar angin ni kekadang sengaja diwar-warkan kerana taktik untuk menjatuhkan martabat perniagaan tersebut.


Boleh dkatakan 100% peratus rakyat Malaysia menggemari makanan dari restoran makanan segera tersebut termasuklah aku sendiri (xpayah cakap orang lain lah kan..hihihhi)


So, sumber rujukan aku melalui laman web "Halal Malaysia" (Klik aje) dan mendapati kesemua status produk keluaran restoran tersebut mempunyai sijil halal yang sah serta diperakui oleh Pihak JAKIM sendiri. Dalam website tersebut, tersenarai produk-produk yang diiktiraf halal oleh JAKIM.


Sebelum kita membuat apa2 spekulasi, seeloknya siasat terlebih dahulu.


Mungkin ada yang tidak setuju dengan post aku ni & masih ragu-ragu dengan kesahihan kerana faktor2 spekulasi & pemikiran kreatif...Tapi terpulang lah ek...

Mari lah sama-sama fikirkan.


Wallahualam...


Wednesday, October 6, 2010

Facebook --- Trashed...

Dengar jer tajuk...korang mesti dah agak kan?
Hehehehe

Sekarang nie bukan sahaja kebanyakan jabatan kerajaan yang trashed FB nie time waktu bekerja..malahan kebanyakan syarikat swasta pun sama termasuklah akunyer kompeni.

d reason is:
"Had caused poor work ethics among d staff & poor performance as d employees are extremely addicted to the social networking especially FB. This had caused a misused of facility provided by the company"

Itu lah adanya...bagi aku: sama jer...ada ker xde ker FB ni...
klo penyakit "M" tu dah membesar dalam diri tu, xde maknenyer gak...betul x? hihihihi

So, kawan2...mari lah kite sedar2 sket ek..keje banyak ni..
Huhuhuhu
Mungkin cam bebagus jer nak nasihat orang kan!?
Bukan pesan kat org jer..pesan gak kat diri ni..
Bak kata pepatah yg xpernah patah:
Sambil menyelam sambil minum air
TAPI
jgn terlebih minum air, nnt kene penyakit kembong / mabong pulak.
kuikuikui
Klo kompeni dh bg kemudahan tu, pepandai lah gune ek...
jgn ade yang melampau terlampau, maka tu lah jadinya.
Malas nk cakap banyak, kang lagi ramai yang sakit hati meruntun jiwa.
Wakakakaka..sendiri mau ingat lah beb!

Tuesday, August 24, 2010

B.O.R.I.N.G

S.P.E.E.C.H.L.E.S.S
B.U.T
T.R.U.L.Y F.R.O.M T.H.E H.E.A.R.T
----> B.O.R.I.N.G <----


Tuesday, August 3, 2010

Buaya d Port Dickson???

Cam terperanjat jer kan biler dengar ada BUAYA kat Port Dickson..tempat yg terkenal dengan pantai & tempat beriadah yg paling femes lah...ramai org g sane wat aktiviti perkelahan atau pun honeymadu...

Sebelum2 nie ade gak pernah dengar desas-desus org jumpe haiwan reptilia tu...tapi masa tu xde bukti sahih lg...

Sehingga lah tengahari semalam 3 pekerja binaan yg tgh syok memancing terjumpe bangkai buaya tembaga betina yg beratnya lebih kurang 1 Tan ditemui terapung-apung di perairan Tanjung Agas berdekatan dengan pantai Ixora Permai.

Pada permulaan dorg ingt kayu yg terapung...sekali diamati rupe2nye bangkai buaya..selapas diyakini haiwan tersebut sudah pun mati, dorg pun beranikan diri tarik bawa ke pantai.

Dpercayai buaya tembaga betina tersebut mati akibat tembakan sebab ada luka kesan ditembak di badannya.

Lepas ni nk g Port Dickson ker?
Huhuhu xtau lah lagi...seram plak biler baca KOSMO pg td...

Monday, August 2, 2010

Design Template Blog...

Aku bercadang2 nk ubah template blog yg sedia ada nie...tp tgh pening nk gne design mcm mana & nk wat camne sbb tgk coding htnl tu...dh serabut otak aku dh...huhuhuhu

Nk gne templates yg sedia ada utk blogger nie...memang lah ada...
Tapi...hehehe
xde yg menarik perhatian.
So hari ni aku ubah lah sket2 laman blog aku yg 1 lg khas utk bisnes online aku.
Sebenarnye dh 2 - 3 kali aku mngubahnyer...
Tapi..
cam ade yg xkene jer...huhuhuhu

So, maybe ni last aku ubah kot!?
Ntah lah...hehehe
So ini lah hasilnyer...

Friday, July 30, 2010

Ayam den Lapeh (Traditional Minang)

Aku rase korg mesti penah dongar lagu ni kan:
Tp ni Versi Orang Puteh Nyanyi..Buleh lah (^^,)
Jom layan..hihihi



Tajuk: Lagu Rakyat - Ayam Den Lapeh (A Hadi)
Luruihlah jalan payakumbuah
Babelok jalan kayu jati
Dima ati indak karusuah
Ayam den lapeh ai ai
Ayam den lapeh
Mendaki jalan padangsikek
Basimpang jalan ka biaro
Di ma ati indak kamaupek
Awak takicuah ai ai
Ayam den lapeh
Sikucapang sikucapeh
Saikua tabang saikua lapeh
Tabanglah juo nan karimbo
Oilah malang juo
Pagaruyuang batusangka
Tampek bajalan urang baso
Duduak tamanuang tiok sabanta
Oi takana juo ai ai
Ayam den lapeh

Tuesday, July 27, 2010

Extreme kah Gaya Tido Anakku???

Last Saturday, Cik Qiqin kite ni dibawa jalan2 naik motor oleh ayahnye.
Dek kerana sedap tiupan sang angin...cik Qiqin nie pun terlelap tanpa disedari oleh ayahnya. Tau2 jer dah senyap & lentok.
Mungkin sebab terlalu penat bmain kat umah Nanny die lah tu.
Ske tahan mata dr tidur,sekali ditiup bayu angin yg sejuk & nyaman, xbuleh lah tu nk tahan ngantuk tu...hmmm ape lagi, lelap lah si kecil nie.
ZzzzzZZzzzz....
So after smpai umah...
Uminyer sempat lah snap 1 gambo Cik Qiqin lalok atas motor...hihihihi
Gni lah gaya kategori extreme Cik Qiqin tido kat atas motor:

Mom Bloggers Planet

Where Moms Unite

~ Shinjiru Malaysia ~