---> Ads With NuffNang <---

+++ Member of Society +++

s!t! NuR @sY!QiN


---> Ads With Nuffnang <---

Tuesday, November 27, 2012

PantangLarang Kaum India - Susu Ibu

Assalammualaikum...
Nie mokcik nak share 1 pantang larang kaum mengenai susu ibu.

Napo pulak tetibo jo mokcik buko citor nie...ha! Ni sobab eh:
" Dimulakan dengan al-kesahnya makcik baru mule keje setelah 2 bulan berpantang selepas melahirkan anak. Disebabkan makcik nie memang fully breast feed anak sejak anak pertama dulu, so makcik memang akan memerah and menyimpan stok for future.
Alhamdulilah makcik dikurniakan susu yang banyak, so daripada membazir membuang macam tu saje, makcik merajinkan diri untuk memerah susu terrmasuk semasa waktu rehat tengahari bila dah mule bekerja.

So, dipendekkan cerita. Hari ni, makcik ditegur dek tea lady kat ofis makcik. Aunty tu berketurunan India. Sewaktu selesai perah susu (Alhamdulillah dapat lah 8 aunz hasil perahan tengahari tadi)...makcik turun la ke pantry coz nak masukkan susu ke dalam freezer sambil tunggu time balik. Cuma bezanya, hari nie makcik packing botol dalam plastik transparent. Selalunya dalam plastik bwarna, so orang takkan perasan lah yang tu botol susu mengandungi hasil perahan. Selepas selesai "misi" kat pantry, makcik sambung semula keje. 

Tetiba aunty Tea Lady tu datang kat makcik & ajak ke bilik kosong kat opis makcik tu. Aunty tu cakap:" kalo kami, orang India mau simpan susu...kene sorok2 & jangan bagi orang lelaki nampak. Kalo orang lelaki nampak & tegur; tak kesah lah samada dalam hati atau cakap...susu kita orang pompuan akan jadi sikit. Lama2 habis."

Makcik terkejut gak aunty tu tegur makcik pasal tu..ingatkan apa ler tadi. Then, makcik cuma cakap yang next time, makcik bawa bekas bertutup lah."

Bagi makcik kan...susu kita banyak atau sedikit adalah bergantung pada cara pemakanan kita sendiri. Then, kekerapan kita memerah susu bagi merangsang kelenjar susu. Selain daripada tu, selalu lah berdoa pada Allah swt agar diperbanyakkan susu kita.

Alhamdulillah ! Masa anak pertama, makcik berjaya fully breast feed sampai umur anak makcik 2 tahun setengah...tanpa menggunakan susu formula lansung. Alhamdulillah jugak jimat duit, tak payah beli susu formula.

Anyway, makcik respect lah kat aunty tu coz tegur makcik dengan cara yang berhemah sekali...hehehehe Itu hanyalah pantang larang kaum dia. Bagi makcik...takde apa-apa lah. Sekadar pantang larang jer. Mungkin tu cara dia orang... (^^,)

Sekian cerita hari ini...

Sunday, November 25, 2012

Go Beranang Go...My HomeTown..Yeah!

Assalammualikum...
Meh nak kongsi kesah tempat makcik membesar...
Memang tidak dinafikan ramai tak tau ade tempat yang dinamakan "Beranang".
Itulah tempat makcik dibesarkan & tempat keje makcik sekarang.
Boleh dikatakan lah yang makcik nie tak keluar lah dari kawasan Selangor...dari sekolah rendah sampai la ke universiti...semua di Selangor. Tempat keje skang pon kat Selangor gak...hahahahaa memang anak sejati Selangor lah makcik nie...nikah pon dengan orang Selangor..anak2 lahir pon kat Selangor...yeah! Selangor!

Dah melalut dah nie...hihihi

Sebenarnya nak share 1 artikel yg makcik terrbaca kat Metro Ahad arini...
Ade gak dorang nak "memperkenalkan" hometown makcik - Beranang.
Memang tak dinafikan tak ramai tau kat mana Beranang tu. and ramai gak yang confuse Beranang nie di Negeri Sembilan atau di Selangor?
Dolu2 mase sekolah..makcik suke cakap gini:
"Sarapan di Selangor, Lunch di Negeri Sembilan & Dinner di sempadan..."
Nape?
Coz Beranang betul2 terletak di border Negeri Sembilan & Selangor.

Meh kongsi artikel Metro Ahad arini:
http://www.hmetro.com.my/articles/Berenanguntukselamatkandiri/Article/





Sudah tukar lah tu!

Assalammualaikum...
Asyik ketinggalan ker skang nie nak update blog kesayangan nie. Pernah gak terlintas nak close terus jer blog nie...tapi rase macam xsyiok jer coz kat sini lerr buley merapu ikut suke ati makcik...hahahahaha

Boley gak kalo nak merapu kat "muke buku".... Tapi macam limited sgt coz tak boley nak merapu pepanjang...hihihihi

So, dah nak hujung bulan November 2012, baru lerr terhegeh-hegeh makcik nak update citer...hehehehe al-maklum lah skang nie makcik bertambah busy coz ada new-comer dalam family makcik. Ada baby nie, masa jadi tak menentu coz baby nie ada timing dia sendiri...kalo tak dilayan kang, whoahhhh mau bingit 1 rumah kedengaran "nyanyian merdu" dia kang...hahahahaha

Makcik plak baru start keje 6hb Nov; masuk2 keje jerr...macam2 bende nak kena update & refresh otak semula dgn formula2 & rekod2 yang makcik jaga selama 7 tahun keje situ. Memula macam tensen gak lah coz nak catch-up semula memori...tapi berkat kesabaran...alhamdulillah 2 hari settle semua...

Bila dah start keje nie...makcik tak sabar2 nak balik rumah cepat2...punch-out on time...hahahaa rindu kat anak2 makcik yg comei2 tu...rase hilang penat keje bile dgn kerenah dorang.

Gitu lah adenye life baru makcik nie...kene susun semula rutin harian Vs rutin keje. Chaiyok! Chaiyok! Untuk makcik...

Dari Mem Besau:

Mom Bloggers Planet

Where Moms Unite

~ Shinjiru Malaysia ~