Assalammualaikum...
Mokcik nak share story pasal "kejadian pandangan serong" yang berlaku kat Makcik last week.
Al-kesahnya berkaitan dengan parti politik yang tak sudah-sudah lagi abes ceritanya...huhuhuhuhu bile ler nak selesai nie?
Favourite colour Mokcik semenjak sekolah sampai jadi mak budak nie hanyalah warna HITAM & HIJAU. Dan ini TIDAK ADA KENE-MENGENA DENGAN MANA-MANA PARTI POLITIK. DITEGASKAN SEKALI lagi MEMANG TAKDE KAITAN LANSUNG!!!!
Hhuhhuhuuuhuhuu sedey Mokcik!
Pendek kata; pakai BIRU / MERAH / PINK dikatakan UMNO.
Pakai HIJAU dikatakan PAS,
Pakai BIRU LAUT dikatakan PKR
Bila pakai KUNING pulak dikatakan BERSIH a.k.a DAP.
HITAM lak dikatakan pengikut Ambiga coz sokong Black-Out 505....
Adeh! Susah betui lah sekarang nie.
Nak dijadikan ceritanya...Makcik ke pasar malam Khamis lepas lepas balik keje. KEBETULAN Makcik berpakaian serba HITAM. Dari seluar, baju & tudung. Selipar pon hitam gak campor kaler dengan pink, then ade bunga matahari kecil kat bahagian atas....hihihihi
Sebenarnya dah memang tau yang malam sebelomnya ade perhimpunan di Kelana Jaya tu. cume Mokcik tak sangka lerr "bakal" dikaitkan dengan pakaian Mokcik keesokkan harinya.
Sambung semula ek....
Sepanjang Makcik di Pasar Malam tu (berseorangan sebelom amik anak-anak)....sepanjang tu orang-orang dok pandang Mokcik atas bawah...atas bawah... Memula memang lah Mokcik fikir;"ada yang pelik ker orang-orang dok pandang2 aku nie"....
Maka terbongkar lah pabila Mokcik singgah kat gerai nasi bubur yang biasenya Mokcik singgah tiap-tiap pasar malam...budak tu tegur Mokcik: " join ke malam tadi?"
Makcik: "join? Join apa?"
Budak Gerai:"Alah akak nie...join yang dok heboh-heboh tu kat Kelana Jaya."
Makcik:"Ehhhhh....xde lah. Nape pulak tanya gitu?"
Budak Gerai:"takdelah..ingatkan akak join. Tetiba plak akak pakai hitam atas bawah..hehehehehe"
Makcik:"Ooooowh! Ingatkan apa tadi...takdelah memang ske kaler Hitam. Tak pikir lah nak dikaitkan dengan tuttttt!"
Budak Gerai:"Hahahahaha kak! Sory lah ek....salah faham..."
Makcik:"xpe...xpe...heheheheh"
Gitu lah adanya...
Warna pakaian sudah jadik satu isu.... ;)
Hahahahahaahaha sengal lah!!!!