---> Ads With NuffNang <---

+++ Member of Society +++

s!t! NuR @sY!QiN


---> Ads With Nuffnang <---

Monday, December 30, 2013

GoodBye 2013...Welcome 2014

Assalammualaikum & Salam Sejahtera...
Sudah berkurun rasenye mokcik xmenghadap & meng"update" blog Mokcik yang kusut serabai nie.

Huhuhuhuuu sejak Mokcik semakin hari semakin busy nie dgn koje2 opis & koje2 uruskan anak-anak yang kian mencabar & menguji kesabaran nie...xde koje lah Mokcik nak menghadap blog lagi...huhuhuuuu

Kadang2 terlintas gak di hati nak close terusssss jer blog nie...tapiiiiii
Rase sayang lerrrr pulok. :{
Yelah ape ke idoknyer; walaupon jarang2 Mokcik update citerrr..tp kat sini le rasenye  mokcik lebey privacy berbanding dengan "muke buku" tu..hihihihi

Tapi ape pon...walaupon jarang update, content citer yg Mokcik tulis tu; bile dibace semula...gelihati gak...kadang2 mcm terrrsegan sndiri pon ade gak..ngehngehngeh

Apepon adenye...Mokcik mengucapkan selamat datang tahun 2014 & selamat dalam kenangan tahun 2013 ;)

Peace yo!!!

Dari Mokcik Aunz

Sunday, August 18, 2013

Selamat Hari Raya

Assalammualaikum...

Disini Mokcik rasa takkk terrrlambat rasenya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada rakan-rakan blogger & pembaca blog sekalian.

Lately Mokcik busy dengan anak2 serta keroje yang bertimbun. Ade kesempatan plak, digunakan untuk berehat & menghabiskan rutin rumah yang hari2 tak pernah habis.
Al-maklum lah ade anak2 yang masih kecil nie, dok ligat sane sini....hahahhaa baru dikemas, xsampai 5 minit...punggoh! ;p

Waktu pejabat plak...memang busy lah memanjang coz assistant Mokcik dah resign..huhuhuhuk!
So, Mokcik dok jadi lipas kudung & tak menang tangan la wat keroje.
Dapat assistant baru...baru 3 hari...dah caboootttt!
Pasal ape? Xtau lah.
Ni dok tunggu assistant baru masok besok...
Harap2 bertahan lah dia...insya'Allah!

Anyway...SELAMAT HARI RAYA wat semua! ;)

Yang masih beraya sakan:


Saturday, July 20, 2013

Menjelang Ramadhan...

Assalammualaikum....
Menjelang Ramadhan dah nie.
Agak lama lerr Makcik takde wat ape-ape post kat blog nie.

Ni pon takde idea nak tulis apa..hahhahaaa

Apepun, Selamat menjalani ibadah puasa.

Semoga bulan Ramadhan yang mulia nie dapat dimanfaatkan dengan baik.

Insya'Allah ;)

Happy Puasa from Mokcik ;)

Saturday, May 25, 2013

Kepala Tertusuk Gunting :(

Assalammualaikum...

Hari nie Mokcik nak share citer paling sadis yang terjadi kat sorang budak 2 tahun...Disebabkan mak bapak dia bergaduh; anak yang jadi mangsa.Huhuhuhuhuuuuuu...

Meh baca petikan dari Kosmo!:

MIRI – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun menjadi mangsa pertelingkahan ibu bapanya apabila kepala tertikam dengan gunting sedalam tiga sentimeter di rumah mereka di Jalan Tanjung, di sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 1 pagi itu, ibu mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an sedang bertengkar dengan suaminya akibat masalah rumah tangga sebelum dia mengambil sebilah gunting.
Bagaimanapun, cubaan wanita itu untuk menyerang suaminya berakhir dengan dia tertikam kepala anaknya sendiri yang kebetulan bermain di situ.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, tikaman tersebut menyebabkan gunting itu tertusuk sedalam tiga sentimeter di kepala mangsa.
Artikel Penuh: "Kepala Anak Tertikam Gunting Ketika Ibu Bapa Bergaduh"

Ibu Prihatin:

Happy Birthday to Me!

Assalammualaikum...

Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerna zatNya memberi peluang kepada Makcik untuk bernafas sehingga ke hari ini. Atas keberkatan & kerahmatanNya juga Makcik bersyukur dapat menikmati apa yang didapati pada hari ini.

Makcik memanjatkan penuh kesyukuran yang tidak terhingga kerna dikurniakan 2 orang puteri yang comel dan seorang suami yang menyayangi Makcik seadanya.

Alhamdulillah...syukur Ya Allah!

Makcik dah masuk ke Group 30an...hahahhaa tapi perangai...macam gitu jugak lerrr. Gile sengal macam budak-budak remaja pon ade...(<----- statement perasaaan mudo)

Apepon...syukur...syukur...syukur alhamdulillah! ;)

Speechless:
Aunz

Friday, May 17, 2013

HotLink Vs Maxis

Assalammualaikum...
Tersebut lah al-kesahnya tentang pembantu rumah jiran Mokcik. 
Maid tu seorang warganegara Vietnam. Namanya Ah Tien...Cik Qiqin anak Mokcik yang sulung panggil maid tu "Aunty Latihan" coz dia kata nama aunty tu macam bunyi perkataan "latihan"...adeh! Ank Mokcik sorang nie... ;o)

Jiran Mokcik tu berbangsa India. Dengarnya seorang pengarah drama. Pernah buat penggambaran bab ragut kat depan rumah Makcik untuk salah satu drama Tamil dia. Mokcik tak pernah lah bertegur dengan dia. Mokcik cume pernah bertegur dengan mak mertua & isteri dia je. 

Berbalik semula pasal maid dorang nie. Rajin suh Mokcik atau Pokcik belikan top-up Hotlink coz nak tepon ke Vietnam...bercakap dengan anak-anak dia. Dia rindu anak-anak dia. Dalam masa 5 tahun keje kat Malaysia, sekali je dia balik. Pastu tak pernah balik demi mencari rezeki untuk anak-anak dia...sedih gak dengar kisah dia rindu kat anak-anak dia. Bila dia nampak anak Mokcik yang kecik nie, dia mesti cerita pasal anak-anak dia terutama yang kecik sekali berumur 5 tahun.

Nak dijadikan cerita; dalam 2 hari lepas, dia mintak Makcik belikan top-up Hotlink macam biasa RM50  tetapi dibahagikan kepada top-up RM10 - 5 keping. So, Makcik belikan lah kat 7-Eleven. Kan kat 7-E tu top-up printed macam resit tu. Then cume mentioned Maxis instead of HotLink. Pastu on the top, ade logo lain...

So, Makcik ingatkan dia dah guna lah. 
Tup-tup pagi tadi dia muncul depan rumah Mokcik and claimed yang top-up Makcik belikan tu bukan Hotlink punye tapi Maxis punya.
Adeh! Parah Mokcik terangkan yang Hotlink & Maxis adalah 1 bende yang sama. Cume bezanya nama je. Puaslah gak yakinkan dia. 

Dah lah bahasa cakap macam "ayam & itik".... Hahahahaha lawak je.
Finally dia faham jugak bila Mokcik tunjukkan cara-cara nak top-up & mana satu no.top-up...
Rupa-rupanya dia top-up guna no.siri receipt top-up tu... ;p

Sudahnya arini, Mokcik g belikan dia top-up Maxis yang betul-betul Hotlink!
Hahahahahaa

Mesti korang tertanya-tanya kan kenapa tak disuruh majikan dia je yang belikan?
Pernah Makcik tanya dulu...jawabnya:"Mem ask u to help to buy. Mem don't go out to buy"
So faham lah Mokcik. Mem dia mem besar...takkan nak belikan top-up untuk maid yerr tak!?
Apa-apa saja lah. Yang penting tengok muka dia bersinar-sinar lepas terima reload ticket tu.

Yours Maxis & HotLink Buyer:
Aunz

Monday, May 13, 2013

Pramugari "Cantik" AirAsia

Assalammualaikum...

Hari ni Mokcik nak share citer hot AirAsia...


Ada pramugari Hot, Cantik, Menarik & DeBooommm AirAsia...



Ini lah dia Sir Richard Branson yang kalah betting dengan Tony Fernandez...

So, selebihnya korang boleh baca disini: "Pramugari Bermisai!"


Saturday, May 11, 2013

Ada apa dengan W.A.R.N.A?

Assalammualaikum...

Mokcik nak share story pasal "kejadian pandangan serong" yang berlaku kat Makcik last week.

Al-kesahnya berkaitan dengan parti politik yang tak sudah-sudah lagi abes ceritanya...huhuhuhuhu bile ler nak selesai nie?

Favourite colour Mokcik semenjak sekolah sampai jadi mak budak nie hanyalah warna HITAM & HIJAU. Dan ini TIDAK ADA KENE-MENGENA DENGAN MANA-MANA PARTI POLITIK. DITEGASKAN SEKALI lagi MEMANG TAKDE KAITAN LANSUNG!!!!

Hhuhhuhuuuhuhuu sedey Mokcik!

Pendek kata; pakai BIRU / MERAH / PINK dikatakan UMNO.
Pakai HIJAU dikatakan PAS,
Pakai BIRU LAUT dikatakan PKR
Bila pakai KUNING pulak dikatakan BERSIH a.k.a DAP.
HITAM lak dikatakan pengikut Ambiga coz sokong Black-Out 505....

Adeh! Susah betui lah sekarang nie.

Nak dijadikan ceritanya...Makcik ke pasar malam Khamis lepas lepas balik keje. KEBETULAN Makcik berpakaian serba HITAM. Dari seluar, baju & tudung. Selipar pon hitam gak campor kaler dengan pink, then ade bunga matahari kecil kat bahagian atas....hihihihi

Sebenarnya dah memang tau yang malam sebelomnya ade perhimpunan di Kelana Jaya tu. cume Mokcik tak sangka lerr "bakal" dikaitkan dengan pakaian Mokcik keesokkan harinya.

Sambung semula ek....

Sepanjang Makcik di Pasar Malam tu (berseorangan sebelom amik anak-anak)....sepanjang tu orang-orang dok pandang Mokcik atas bawah...atas bawah... Memula memang lah Mokcik fikir;"ada yang pelik ker orang-orang dok pandang2 aku nie"....

Maka terbongkar lah pabila Mokcik singgah kat gerai nasi bubur yang biasenya Mokcik singgah tiap-tiap pasar malam...budak tu tegur Mokcik: " join ke malam tadi?" 

Makcik: "join? Join apa?"
Budak Gerai:"Alah akak nie...join yang dok heboh-heboh tu kat Kelana Jaya."
Makcik:"Ehhhhh....xde lah. Nape pulak tanya gitu?"
Budak Gerai:"takdelah..ingatkan akak join. Tetiba plak akak pakai hitam atas bawah..hehehehehe"
Makcik:"Ooooowh! Ingatkan apa tadi...takdelah memang ske kaler Hitam. Tak pikir lah nak dikaitkan dengan tuttttt!"
Budak Gerai:"Hahahahaha kak! Sory lah ek....salah faham..."
Makcik:"xpe...xpe...heheheheh"

Gitu lah adanya...

Warna pakaian sudah jadik satu isu.... ;)

Hahahahahaahaha sengal lah!!!!

Thursday, May 9, 2013

Only in Malaysia ;)

Assalammualaikum...

Today Mokcik want to share with U a nice quote Mokcik gets from my Malaysian frenz.

Eventhough it is sound like a simple quotes BUT it had the deepest meaning which can be understand by Malaysian....not necessarily you need to be one of the races who own the language...

These kind of words usually used by Mokcik whilst working as in Mokcik's office have a different kind of races & religions.

But it won't differentiate us as WE ARE MALAYSIAN!

Aside from speaks in Malay & English language; Mokcik also learn to speak in Mandarin which used by Chinese  as well as Tamil which used by Indian.

Even it is only few words learned; but it is enjoyable & they also proud of Mokcik which can try to speak in their languages.

Last but not least; please get the fully understanding on below picture.

Love it...like it... Understand it...u won't regret to spend your precious time to read it!

Tuesday, May 7, 2013

PRU 13 - Situasi Sekarang

Assalammualaikum...

La nie mokcik nak habaq mai pasai kejadian-kejadian yang berlaku selepah Pilihanraya Malaysia aritu.

Mokcik cukop tak berkenan dengan perangai-perangai hangpa suma yang dok canang sana, canang sini, dok gadoh sana, gadoh sini...ish....ish..ish... Tak patut...tak patut...

Sepatutnya hangpa & depa suma terima dengan redha atas ketentuanNya. Suma ada hikmah disebalik kejadian. Mungkin belom masanya lagi hajat hangpa & depa tercapai. Mungkin ada yang masih perlu ditunjukkan olehNya kepada hangpa & depa.

Awatnya hangpa kuat sangat melatah benda yang boleh dibawa berunding. Awatnya hangpa ketegag sangat? Hangpa suma bukannya orang tak pandai. Hangpa suma hebat-hebat belaka. Tapi sayang naaaa....hangpa tak reti hargai akai yang Allah bagi. Akai ada ka?

Rata-rata mokcik dok tengok kat FB; teman-teman mokcik dok bertekak & bertegang urat sesama Islam tu. Astagfirullah al azim....Nauzubillah!

Mokcik mohon lah kat suma teman-teman mokcik, jangan lah wat lagu gitu. Kita dok Malaysia dah lama dah. Kita dah hidup bermasyarakat dengan kaum lain sejak azali lagi. Tak buleh lagi ka bertolak ansur? Abes suma mau tolak-tolak saja ka?

Mokcik kesian kat generasi akan datang.... :(

Malaysia ni kecik saja. Tak perlu benci-benci.
Pi mai pi mai, tang tu jugak tersembui muka hangpa bertembung dengan muka seteru hangpa.
Huk aloh! Mana mau lari lagi?

Kot pi sembunyi pon, jumpa jugak.
Pi "nyorok" lagi baguih lah...

Last sekali mokcik nak habaq mai, mokcik bukan orang utara naa..
Tapi mokcik suka menjadi rakyat Malaysia.

Sebab ada banyak dialek, banyak bahasa, banyak budaya, banyak kaum, banyak pantang larang, banyak agama, banyak petua, banyak jenis makanan...tapi hidup aman sejahtera! 

Itu yang mokcik bangga sangat jadi rakyat Malaysia!

Sekian dari mokcik yang sedey dengan suasana sekarang nie...huhuhuhuhu

Monday, May 6, 2013

PRU 13 - Keputusan

Assalammualaikum...
Bagi sesiapa yang terrrlepas nak tau sape menang & siapa kalah dalam PRU13 kali ini. Boleh lah rujuk kat link di bawah...Sumber Kosmo @ 6hb Mei 2013.

Malam tadi mokcik nak tunggu pon, lama bebenor abes kira undi nya...
So, apalagi...makcik pon g lah beradu dulu...ZZzZzzZzzzzzz.... ;)

Apepon & sesiapa pon yang menang...jangan cakap lah makcik tak kesah. 
Makcik kesah. 
Cume makcik mendoakan saudara2 seIslam makcik turut menjaga keamanan & kesejahteraan yang diperolehi dari hasil perjuangan generasi terdahulu.

Kenang-kenangkan lah perjuangan & jasa mereka yang bersusah payah untuk melihat keamanan & kesejahteraan hidup bakal anak cucu cicit mereka pada masa akan datang.

Oleh itu, jangan lah kita terleka & terlena dengan keselesaan yang ada sekarang nie. Kite kene tetap berusaha mengekalkan & mempertingkatkan lagi ukhuwah yang dibina.

Insya'Allah...bersatu kita teguh, bercerai kita roboh...

Ahaks! Dah macam parti politik pulak dah...hahahahahahaha

Last but not least... Ini adalah keputusan Pilihanraya Malaysia bagi tahun 2013.

Just click the link ya! ;D

Kosmo! Online - Negara

Sunday, May 5, 2013

PRU13 - Hari Mengundi 5 Mei 2013

Assalammualaikum...
Today is the election day...most of Malaysian citizens who eligible for voting come out for voting their selected political party.

Whoah! Tetiba speaking pulok mokcik kat sini...hahahhahaa ini semua poyo! ;)

Mokcik SUDAH! Hahahahaa itu lah yang rata-rata dipostkan di FB oleh rakan-rakan FB mokcik arini. Tak lupa jugak dipostkan bersama-sama gambar jari memasing yang telah diwarnakan dakwat biru. Mokcik pon wat gak...hahahahhahaaa

Sekitar pukul 10 pagi lagi makcik dah sampai ke tempat ngundi kawasan makcik. Kul 11 pagi baru boleh dibenarkan masuk untuk mengundi... Punyer lah ramai orang beratur...so, dah bermandikan peluh dok beratur di bawah sinaran matahari...sinaran...cheewah!

Mokcik bawak gak anak2 ke tempat mengundi, tapi En.Hubby yang jaga coz tempat mengundi kami adalah berlainan. So, first place was my area lah sebab just nearby only. Hahahaa rojak sudah!

Sampai terrlelap lah anak mokcik yang bongsu tu coz menunggu umminyerr tak sudah lagi.

Selesai sudah makcik mengundi, kami bergerak ke lokasi seterusnya bagi menunaikan amanah yang diberi. Kali ni, giliran En.Hubby pulak untuk beratur & membuang undi. ;D

So, sekitar jam 2 petang; selesai lah urusan kami menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi.

Komen tentang parti politik?
Mokcik tak nak lah komen...makcik nak blog makcik nie BEBAS dari unsur politik.
Bukan takut atau risau dihentam...tapi makcik nak korang tau yang makcik sukakan keamanan dan ketelusan...
Makcik pernah study pasal politik mase "U" dulu....so, tak nak lah...banyak sangat cabangnye.

Pasal politik nie, biarlah orang yang bertanggungjawab uruskan... ;p

Apepon keputusannya; semoga ia mendapat keamanan & kesejahteraan bukan sahaja bagi yang beragama Islam...tapi untuk semua kaum jugak. Amin..amin...amin.... ;)




Google pon support to promote Malaysian General Election...

Peace yo! Khas dari makcik selepas mengundi.
Ini lah "hasil" yang diperolehi selepas mengundi. ;p 

Saturday, May 4, 2013

PRU13

Assalammualaikum...

Kali nie nak story pasal PilihanRaya Malaysia 2013.

Rata-rata semua dah tau tarikh mengundi akan diadakan pada 5hb Mei 2013 iaitu hari Ahad ini. So mari lah beramai-ramai menunaikan tanggungjawab & amanah untuk memilih ahli-ahli pemimpin yang beriman, berhemah, bertanggungjawab, berkaliber dan berr...berr...berrr... Bla..bla..bla...BLah... ;D

Mokcik pon akan turut mengundi gak...hohohoho konpius jap nak pilih parti mana....
Ahaks! Yg penting ---> UNDI ADALAH RAHSIA!

Hahahahahaha rahsia ker? Wallahualam... ;p

Kalo nak dibandingkan Pilihanraya tahun nie dengan 5 tahun yang lepas; pada pendapat mokcik lah kan...tahun nie agak mencabar banyak ( bukan sedikit ek...) sebab tahun nie mokcik nampak cara berkempen setiap parti ade kelainan sedikit & too extreme (omputeh cakap)...

Sebagai contoh salah satunya adalah terlalu banyak bendera dipacak, digantung, diikat, ditampal & disepahkan di merata-rata tempat. Ada yang kecik, ada yang besau, ada yang panjang & ada yang lebar...then ada jugak sesetengah parti menunjukkan creativity memasing macam wat kereta kebal lah, buat meriam cannon ball lah...buat roket pun ada.

Tapi tu di kawasan tempat mokcik lah. Tempat korang, mokcik tak tau lah kan...hihihi ;)

Ada 1 part yang mokcik kureng sket lah bab-bab bendera nie.
Ada sesetengah parti nie yang tak fikir keselamatan orang lain / pengguna jalan raya. Main pacak ikot sedap dorang jerrr...

Sebab ape?

Sebab dok cacak bendera kat traffic light...gangguan pada penglihatan pemandu nak tengok kaler lampu tu hijau ke...merah ke...ataupon kuning.
Kacau...kacau...ish..ish..ish...

Pembaziran pun ya jugak...cacak..pacak banyak2. Then alih2, jadi sampah.
TAPI....bagi pekebun-pekebun buah-buahan mungkin boleh amik inisiatif untuk menggunapakai bendera2 parti politik nie...buat balut buah cempedak ke...pisang ke...nangka ke...
Biarlah buah-buahan tu berpolitik pulak lepas pilihanraya nie...hahahaha
Then bagi pemilik gerai, boleh lah wat kain buruk atau alas meja...boleh jugak wat sebagai pengelap pinggan+meja...hihihi

Tu bab bendera...bab sms pon banyak lah jugak...
Rasenya sejak akhir bulan April sehingga lah sekarang nie...mokcik dok dapat sms promo mengundi jer...smpai penuh kuota inbox mokcik dibuatnya....hahahhaa bunyi mcm banyak jerr kan!? Takde lah gitu pon...saje bikin havoc sekejap.
Kalo dikirakan...ada lah dekat 100 sms kot.

Ada gak yang sms SENGAJA mokcik reply untuk menyakat.
Tapi takde pon dorang reply sms mokcik tu...hahahahhaaa saje jerrrr wat gitu coz kadang-kadang terima sms gitu time bekerja...otak tengah sengal sekejap, so saje nak relaxkan otak... Itulah cara berhibur dengan kreatif...hahahahahhaa

So, disini ada beberapa tips lah sebelum mengundi yang boleh digunapakai:
1) Disarankan check maklumat diri kita di laman web SPR: daftarj.spr.gov.my
2) Pastikan maklumat yang tertera adalah betul & tepat.
3) Sewaktu berada di tempat mengundi, PASTIKAN tiada sesiapa dibenarkan mencalit dakwat di jari kita SEBELUM kita mengundi.
4) Periksa maklumat diri di kaunter adalah benar & tepat sebelum membuang undi.
5) Pastikan kertas undi yang diterima bersih & bebas dari segi kotoran & kecacatan. Kalo tak, akan dikira sebagai undi rosak.
6) Sewaktu memangkah parti yang dipilih, kita buat dalam keadaan yang cermat & berhati-hati supaya tidak dikategorikan sebagai undi rosak.

Itu lah dia tips dari mokcik.
Apepon adanya.. SELAMAT MENGUNDI mokcik ucapkan untuk korang semua...

Fikir-fikir...tanda-tanda...n calit-calit...

p/s:
Calit-calit tu merujuk kepada calit dakwat di jari bagi sesape dah abes ngundi...bukan sebelum mengundi... ;)
Pssstt...agak2 sape menang??? Tunggguuuuuu....kikikikiki

Thursday, May 2, 2013

Water World i-City Shah Alam

Assalammualaikum...

Hujung bulan April sehingga hujung bulan May adalah merupakan bulan jalan-jalan bagi makcik sekeluarga...family trip keluarga sebelah en.Hubby.

Misi kali ini adalah mandi sampai kecut & sunburn pulak....hahahaha
Destinasinya adalah Water World i-City Shah Alam.

Kali nie kami bermalam di HomeStay En.Apan & Pn.Ruby...hahahaa itu rumah adik ipar & biras mokcik lah...dorang dok kat flat yang bersebelahan i-City Water World...so jalan kaki pon sampai darrrr. ;D

Sehari awal kami dah booking tiket online...yang dikenali sebagai "i-ticket".
Kalo sesapa nak pergi, disarankan booking aje ticket online coz memang jauuuuuhhhh lagi murah dari beli tiket di kaunter.

Kenapa? Kenapa? Sebab....

Tak tau lah makcik kenapa...hehehehehee

Tapi yang pasti, memang lagi murah & tidak perlu beratur panjang.

Cube bandingkan ek...tiket online berharga sekitar RM10 / RM15 / RM20 (bergantung pada hari yang korang pilih lah...boleh check kat online) yang dibandingkan di kaunter RM40 untuk seorang.
Maximum per booking adalah untuk 10 pax/orang. Minimum 1 pax/orang.
Kalo korang pakat reramai pegi lebih dari 10 orang, boleh lah buat beberapa kali.

So, pikir-fikir lah sendiri ek kenapa murah online lagi...hihihihi ;p

Cume tiket online, korang DIWAJIBKAN print-out booking & payment slip ya!
Coz korang kene bawak 2 bende nie ke kaunter untuk tebus "jam tangan" untuk masuk ke kawasan WaterWorld.
Sampai di kaunter, "ketua" booked tiket kene tulis nama, ic no., contact no. & tandatangan di atas printed copy korang tu bagi menebus "jam tangan" masuk tu.

"Jam tangan" tu mokcik tak tau apa nak dipanggilkan...panggil watch sebab memang sebijik rupe watch...and berwarna kuning...Yang bezanya takde jarum masa & nomornya.
Kegunaanya adalah di"scan" pada entrance sebagai pas laluan masuk.

Then, dorang jugak akan bagi korang maybe 1 atau 2 watch yang bertanda pangkah untuk top-up bagi membeli makanan/pelampung/cenderahati kat dalam tu. Duit tidak akan digunakan sebagai pertukaran KECUALI top-up amount watch korang tu.

Di dalam ada locker untuk simpan barang...dan penguncinya pulak pon merupakan watch yang berwarna merah...konsep scan & unlock...hahahah canggih tak!? ;)

So, dah tak payah risau nak selit kunci locker kat mana-mana...

Terdapat juga kemudahan lain seperti:
1) Surau bagi pengunjung beragama Islam,
2) Premis makanan & ruang rehat
3) Tandas mandi / bilas

Apa yang seronok dalam tu ialah:
1) Kolam Terapi Air
-- makcik yang pepandai bagi nama tu coz kolam tu ade 3 bahagian yang ibarat mesin pengurut.
-- Bahagian pertama digelarkan Giant Shower coz mengeluarkan air shower yang mempunyai tekanan yang kuat...bile kene bahagian badan belakang ibarat ditumbuk2 oleh tukang urut.
-- Bahagian kedua ialah sesi mengurut pinggang & keting a.k.a betis coz pancutan air di bahagian tersebut apabila duduk di batu tangga kolam tersebut.
-- Bahagian ketiga ialah ibarat kerusi mengurut "rest N go" yang korang masuk duit RM5 kat shopping kompleks tu...air akan dipancut le seluruh bahagian belakang badan iaitu dari bahagian atas sehinggalah ke bahagian kaki...

2) Kolam kanak-kanak bertemakan Aladdin
-- Macam biasa ada slide/gelongsor
-- Ada bucket besar yang bile dipenuhi air akan sendirinya tertuang

3) Tornado Slide
-- Paling adventure sekali
-- sesape nak terase terrrseetooop napas & nak wat senyuman paling ketatttt sekali, boley pegi mencuba..hahahahahaha

4) Water Slide
-- alah gelongsor meluncur gune pelampung besau tu

5) Sunny beach
-- berombak ala2 tepian pantai

And....banyak lagi lah..tak tertulis makcik kat sini ;)

Disarankan pegi sendiri & nikmati sendiri ek...

Pendek kata; sampai sunburn lah makcik anak-beranak mandi kat situ.
Terasa lah seperti berada di tepian pantai.
Cume di lautan chlorine instead of lautan masin....hahhaahhaaa

Wafa Homestay Cameron Highland

Assalammualaikum...
Kali nie mokcik nak cerita mengenai percutian mokcik sekeluarga di Cameron Highland plak...

Sebenarnya percutian nie sebelum makcik sekeluarga gi Port Dickson. Seminggu sebelom tu lah.

19hb hingga 21hb...ni pon salah satu percutian main redah jerrr. ;D
Cume bezanya homestay dapat ditempah sehari awal lah...

Percutian di Cameron Highland, kami memilih untuk bermalam di homestay sebab mak mertua ku memilih untuk memasak sayur2 segar...hahaha makanan panas time sejuk-sejuk adalah yang TERBAEEEEKKKK!
Buat air kopi panas TAPI asap jerrr lebey...suhunya sejuk suam-suam...hahahhahaa layannnn lah gak dengan suasana suhu semulajadi yang nyaman & sejuk tu.

Kali ini kami menginap di Wafa Homestay...http://wafa-homestay.blogspot.com/

Kedudukannya tak jauh dari pekan Tanah Rata & perjalanan ke Brinchang lebih kurang dari 15minit kalau kurang kenderaan.

Dari segi tempat penginapan pulak...here is my point-of-view:
1) Kedudukan homestay dengan pekan
-- Lebih kurang 5 minit dari pekan Tanah Rata & 15 minit ke Brinchang dengan menaiki kenderaan...tidak digalakkan berjalan kaki coz jalan agak sunyi lah.

2) Keadaan Homestay
-- Keseluruhannya selesa & baik.
-- Mempunyai 3 bilik tidur, 2 bilik mandi, dapur memasak & ruang tamu+beranda.
-- Bilik mandi dilengkapi dengan heater (alat mandian air panas)
-- 2 bilik tidur mempunyai katik Queen Size & 1 bilik tidur mempunyai banyak tilam single (boleh lah untuk 8 orang tidur), disiapkan dengan comforter/toto/selimut tebal.
-- Mempunyai tunjuk arah kiblat beserta sejadah.
-- Bahagian dapur pulak; dilengkapi cerek air, kuali memasak, peralatan memasak, rice cooker, pinggan & sudu+garfu.
-- Ruang tamu pulak ada set meja makan, peti ais, set sofa & tv berserta channel Astro.
-- Tiada kipas siling ( invisible kipas...hahahhahaa)

3) Harga penginapan untuk 1 malam adalah RM250/semalam...bagi makcik, itu the best kalo dibandingkan dengan keselesaan tempat tu...keluarga makcik pon suke.
Lain kali kalo datang pon, maybe menginap kat situ lagi...
We aim the place already lah... ;D

Cume ada beberapa perkara lah yang kureng sket lah yang lain dari yang ditunjukkan dalam blog pemilik homestay tersebut...tp kalu takdepon takpe rasenya bagi yang bermalam untuk tempoh 1 malam sahaja...macam:
1) Tempat penyidai pakaian / tuala
2) Penyangkut baju (Hanger)
3) Mesin basuh (cadangan makcik lerrr sbb kami stay 3 hari 2 malam)
4) Tempat letak kasut
5) Set peralatan mandi sperti diperlihatkan di dalam blog
6) Set teh /kopi
7) Kipas angin
8) Selipar rumah (tapak kaki sejuk pijak bahagian dapur coz takde carpet)

Namun, benda2 yang takde tu tak menjadi penghalang bagi kami untuk ENJOY & run-off our stress...hahahahaaa stress lah sangat ek... ;p

Sepanjang kat Cameron Highland nie...macam2 lah gak aktiviti kami.
Diantaranya gi ladang strawberi, petik strawberi & makan fresh2 hasil petik sendiri (merasa gak petik strawberi), then beli sayur2 fresh, cendawan2 fresh ( whoah! Geram tengok sayur2 fresh ni...rase nak borong semuanya! ), then gi ladang Mr.Teh Boh, beli teh & nikmati teh di atas sinun & merayau ke pasar malam...hahaha layannn je disapa angin sepoi-sepoi yang nyaman...

Walaupon bunyinye macam tak banyak...yang paling seronok is spending your time with your family! Mengikat & menguatkan lagi ukhuwah kekeluargaan...





nie gambo membelakangi bahagian dapur...ignorekan sahaja muka si comei nie...hahahahaha



nie gambo membelakangi bahagian ruang tamu...ignorekan sekali lagi muka si comei nie...hahahahaha



nie pulak gambo mase on the way ke Boh Plantation...

Banyak lagi gambo, mokcik post kat FB mokcik lah... ;)


Monday, April 29, 2013

Mayang Sari Port Dickson

Assalammualaikum...
Hari ni mokcik nak citer tentang percutian makcik sekeluarga ke Port Dickson pada Sabtu lepas...

Satu percutiannya yang boleh dikategorikan percutian yang sangat teruk! Wawawawaaaaaa nyesal...nyesal...tapi apakan daya...sudah terrrbabit.

Ape cerita nye???

Al-kesahnya en.hubby dah malas nak g cari hotel lain coz ni dinamakan percutian "main redah" ajer coz tanpa wat booking tempat penginapan. Mentang-mentang lah dekat. So, tak kesah lerr kalo tak jadi bermalam di Port Dickson.
So, En.Hubby terussss aje booked bilik di Mayang Sari Hotel & Resort.

Kalo diikutkan kedudukan hotel nie memang strategik. Berdekatan dengan laut & pasar malam. Dan kalo dari segi luar bangunan, memang cantik & nampak kemas.
TETAPI semua itu hanya indah rupa dari khabar...huhuhuhuhu

Sewa 1 malam adalah RM 280 untuk 1 apartment 2 bilik. Sayangnya tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan & privacy. Kenapa? Kenapa?

Sebab....
1) Tingkap daun di bahagian dapur yang terletak di pintu depan rumah rosak. Boleh dibuka dari luar sebab tiada pengunci.

2) Bidai tingkap yang "transparent"... Bamboo blinds yang halus tetapi jarang-jarang. So orang luar boleh nampak orang dalam....orang dalam boleh nampak orang luar.

3) Pintu yang sangat2 ketat untuk dibuka & ditutup. En.Hubby terpaksa menendang bahagian bawah kaki pintu untuk buka & tutup pintu. ( kesian en.hubby...sakit kaki dia.)

4) Bilik tidak diselenggara dengan baik.
--- Keadaan langsir yang kotor & tidak diganti dengan baru.
--- Air-cond yang tidak di servis...air menitik ke lantai.
--- TV rosak...suara kejap ada kejap takde...then channel kejap2 hilang dengan sendirinya...
--- Then lift yang rosak...terpaksa mendaki tangga ke tingkat 5..huhuhu

Bile complaint...katanya takde bilik kosong lagi untuk ditempatkan semula & berjanji untuk hantar maintenance untuk tengok bahagian yang rosak...

So kami gi ler jalan-jalan ke pasar malam...
Balik jer, en.Hubby terus tanya lagi sekali progressnya...hurmmm jawapannya: maaf maintenance tak keje malam...and bilik lain takde.
Aik! Tadi cakap lain, sekarang cakap lain pulak...

Hurmmmm...disebabkan aspek keselamatan; mokcik & En.Hubby terpaksa bergilir-gilir berjaga malam. Jadi lah kami guard tak bergaji demi anak-anak. Adoiyai!

Selamat lah hanya bermalam untuk 1 malam...kalo takkkk....mau mokcik & en.Hubby mengamok tak cukup tido. Huhuhuhuhuuuuuu...

Last but not least; mokcik ni suka bace rules & regulations yang biasanya tempat penginapan akan tampal di belakang pintu utama...ada 1 rules yang kurang mokcik minat yang tertulis lebih kurang maknanya begini:
"Tetamu hendaklah memastikan sampah hendaklah dikemaskan & dibuang. Memastikan dapur bersih. Kalo tak, ade caj tambahan sebagai denda"

Hallo!!!kami datang untuk bercuti..bukannya nak jadi tukang kemas & pengawal keselamatan.

Kalo ada pihak Mayang Sari terrrbaca blog-postaku nie.... Tolong lah upkeep & upgrade ape2 yang patut...

TAPI yang pastinya ---> kami TAKKAN MENGINAP lagi di sana!

Serik! Serik!

Yang bestnya...HANYA swimming pool yang luas...

Itu aje lah...




Thursday, April 25, 2013

Fenomena Gwiyomi

Assalammualaikum...

Baca tajuk jer mesti orang dah dapat agak ape mokcik nak cerita kali nie...

Kalo dolu femes dengan Oppa Gangnam style yang tarian ala-ala kuda (ku gagah berlari...hahahaha)

Then diikuti pulak dengan Harlem Shake...tarian ala-ala goyang porut yang tak seberapa.

Tak lama kendian pulak terkeluar pulak fenomena Sayang Shae Versi Bobo Style...lenggok kepala ke kiri dan ke kanan pulak...gerak mulot ala-ala kiut miut kot!? Hihihi

La nie pulok..fenomena Gwiyomi...ala2 aksi comei lerr gituuu... Comel ker?
Meh tengok kat sini aksi comeinya... ;D

"Gwiyomi Paling Comei!?"

Wednesday, April 24, 2013

Polis & Pencuri

POLIS ENTRY ONE TO JAGA,
POLIS MATI, PENCURI JAGA...

Itulah entry untukhari ini.

Mood: sengal seliuh coz xde idea sudahhhh... Otak kepenatan menyelesaikan problem department lain... huhUhUuuHuUjHuHuU

Tuesday, April 23, 2013

Cerita Minah Kilang

Assalammualaikum...

Entry hari nie berkenaan "soal hati" mengenai jenis pekerjaan seseorang.

Alahai!

Nape ek tetiba mokcik dengar orang sekiling cakap: "Ai! Belajar pandai2...tapi keje kilang jer?"

Whoah! Ini yang buat mokcik mbalas dengan kata2 lembut tapi penuh sinis: "Salah ke keje kilang kalo belajar pandai2? Asalkan rezeki halal kan? Rezeki ada di mana2..."

Kadang2 mokcik tertanya2 gak apesal ade orang berminda kritis macam nie. Buruk sangat ke keje kilang kalo belajar pepandai?
Dah sumber rezeki mokcik kat situ...bukannya makcik tak cube keje gomen yang dibangga2kan oleh sesetengah pihak...belom ade rezki lagi nak diterima masuk ke govt.

Entah lah...kekadang sentap gak.
Tapi biarkan jer lah...bukannya KAMOooo yang bagi duit kat mokcik.

Alhamdulillah rezki pemberian Allah untuk mokcik sekeluarga. ;D

Tak kesah kite belajar setinggi mana pon...keje kat mana pon...itu semua tak penting.
Yang penting, kite sentiasa berusaha & bersyukur dengan rezki yang Allah beri kan.

Jangan sesekali mengeluh...sentiasa berdoa, berusaha & bertawakal...
Insya'Allah diberikanNya pentunjuk jalan & dibukakanNya pintu rezki...Amin!!!!

Monday, April 22, 2013

Entry Pertama 2013

Assalammualaikum... Inilah entry pertama mokcik wat tahun 2013 nie.

Melelas mokcik nak wat entry new year pada 01.01.2013 disebabkan mokcik teramatlah bz... Al-maklum lah setelah "ditambah" dengan "ahli" baru dalam family. Alhamdulillah dah genap 7 bulan si kecil tu.

Berat pown semakin bertambah...semakin lasak a.k.a active-fast....hahahahaa

Si kakak pulak masih lagi menyambung pengajian die "universiti PASTI" untuk 5 tahun pulak.

Pejam celik pejam celik...sekejap jerr rasenya mase berlalu dengan kesibukan bekerja, mengurus anak2, aktiviti di rumah & mengurus keluarga. Alhamdulillah diberikanNya kekuatan yang tidak terhingga olehNya untuk buat semua tu.

Bak kata pengasuh anak2 mokcik: " anak2 membesar atas jalan"....hahahahahaha

Mana taknyer...pagi 7.30AM dah check-out dari rumah untuk hantar si kakak gi sekolah...then drop-point sterusnya ke rumah pengasuh...then baru lah g keje...

End of the day; kul 6:00 PM pulak check-out dari tempat keje (paling lewat pon kul 7:00PM)...amik anak2 then terus balik...

Duduk rehat jap, terus mandi+solat...then kul 8:00PM start masak untuk dinner (kalo en.Hubby balik awal...mesti nak dinner di rumah)...kalo En.Hubby xbalik makan...so mokcik ada peluang nak DiEt lerrr...ahaks!
Si kakak dah makan di rumah pengasuh...paling kuat pon klo lapar, dia akan makan biskut dengan MiLo...si adik...belom pandai makan lagi...susu jer lah menu utama die. ;)

So itu lah dia cara-cara "membesarkan" anak atas jalan...hahahahaha

So, wait lah for the next entry ya! 

P/S:
Tak lama lagi mengundi...
Fikir2...renung2...pilih2... ;D


Mom Bloggers Planet

Where Moms Unite

~ Shinjiru Malaysia ~