---> Ads With NuffNang <---

+++ Member of Society +++

s!t! NuR @sY!QiN


---> Ads With Nuffnang <---

Thursday, December 15, 2011

Ombak Rindu

Assalammualaikum...
Akhirnya dapat juga tengok Movie - Ombak Rindu yang ditunggu-tunggu...Hohohoho

Banyak betul halangan nak tengok citer tu semenjak di terbitkan pada 01st Dec 2011...dah beli tiket online, sampai kaunter --- takde booking katanya. Dah dapat tiket complimentary pass, takde mase plak sebab sebok kenduri sepupu kawen. Dah ada free-time last Sunday pon, couple / twin seat dah fully booked (tak mau amik single seat sebab bawak Cik Qiqin).

At last, dapat gak tengok time cuti Birthday Sultan Selangor (12/12/2011) -- Booked tiket pada hari Ahad...hihihi
Filem ni diadaptasikan dari sebuah novel terbitan Alaf 21 hasil karya Fauziah Ashari. Dulu aku dok mengadap novel ni sehari suntuk semata-mata nak tau ending citer novel & layan jalan cerita yang mendebar-debar.
Namun Filem yang diterbitkan takdelah sama 100% macam dalam novel tu. Cuma garapan bahagian yang penting & menarik dipadatkan dalam sebuah filem dibawah arahan Osman Ali.


Sinopsis:
Izzah (Lakonan Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya yang dijaga oleh pakcik & makciknya di kampung. Pada masa sama, makciknya menghidap barah dan memerlukan kos rawatan pembedahan yang mahal. Manakala, Pak Cik Taha pula banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang Pakcik Taha sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.


Bermula kehidupan Izzah sebagai "pelayan". Dan di sana lah dia berkenalan dengan seorang pelanggan tetap kelab malam tersebut bernama Hariz (Lakonan Aaron Aziz). Setelah dirayu Izzah, Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa Izzah menetap disebuah rumah miliknya yang berhampiran pantai. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan & Izzah berjanji tidak akan menuntut hak sebagai seorang isteri. Izzah cuma inginkan hubungan yang halal.


Kehadiran Mila Amylia (Lakonan Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Adakah mereka bermadu? Adakah mereka akan bahagia akhirnya? Adakah? Adakah? Adakah?

Hihihi jom tengok!

Layan....

Wednesday, December 14, 2011

Kucing Pakai But...Hihihi

Assalammualaikum...
Last Sunday, aku+En.Hubby+Cik Qiqin g tengok wayang citer "Kucing Pakai But"...hihihihi Puss in Boots lah.
Cik Qiqin seronok lah tengok sebab citer faveret die a.k.a kartun yang melibatkan kucing...Kusyuk lah dia.

Pada permulaan, cadangnya nak tengok citer Ombak Rindu dengan complimentary pass yg TGV bagi sebagai gantirugi kekecewaan aku dgn service dorang.
Disebabkan Twin / Couple Seat dah fully booked, so postponed lah tengok Ombank Rindu & tukar plan tengok citer Puss in Boots...layan! (^^,)

Inilah muka comei Puss yang MEMUKAU orang.


Ini pulak Kitty Soft-Paw yang MEMIKAT Puss.

Yang ni plak - Humpty: Soul Brother Puss sejak kecik.

Jalan ceritanya sangat menarik & seswai untuk dijadikan santapan mata & minda bagi semua peringkat umur.

Sinopsis:
Puss sedang mencari telur emas yang menjadi impian die sejak kecil bersama-sama soul brothernya - Humpty. Puss telah menghabiskan hampir setengah hidupnya (umur kucing) untuk mencari telur emas tersebut. Setelah mendengar cerita yang kononnya telur emas tersebut berada di istana atas awan dan hanya dengan melalui pokok kacang ajaib sahaja dia dapat ke sana, Puss meneruskan usaha mencari pasangan (Jack & Jill) yang memiliki kacang ajaib tersebut.

Dalam usaha mengambil kacang ajaib tersebut yang berada di tangan Jack, tiba-tiba saja muncul seekor kucing bertopeng (Kitty Soft-Paw) yang menggagalkan usaha Puss.

Kitty berganding bahu dengan Humpty Dumpty yang juga sedang berusaha mendapatkan kacang ajaib dari Jack dan Jill.

Pada awalnya Puss menolak untuk membantu Kitty dan Humpty Dumpty kerana peristiwa lampau. Namun setelah dipujuk, akhir Puss bersetuju.

Akhirnya mereka bertiga berjaya mendapatkan kacang ajaib dari Jack dan Jill.

Seterusnya bermulalah pengembaraan mereka untuk mengambil telur emas yang dijaga oleh monster ganas.

Sedihnya, tanpa pengetahuan Puss. Kitty Soft-Paws dan Humpty Dumpty mempunyai rancangan tersembuyi yang jahat...

Nak tau selanjutnya???

G lah tengok ek...hihihi

Meowww...

Wednesday, December 7, 2011

Alamak! Toyol

Assalammualaikum...
Last week kami tengok citer "Alamak!Toyol..."
Jalan citer tu agak straigh-forward sket lah. Boleh tahan jugak lah kelakar citer tu...
Cik Qiqin suke lah sebab ada part yang die boleh tiru.


Sinopsis Alamak Toyol:-
Kisah bermula dengan Pak Umar yang pergi berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan toyol atas niat untuk cepat kaya. Bomoh itu mempunyai banyak koleksi toyol dan setiap toyol mempunyai harga masing-masing. Oleh kerana tidak mampu, Pak Umar mengambil toyol yang paling murah. Setelah mengambil toyol dari bomoh, bomoh tersebut mengecop barcode di dada kiri Pak Umar.
Pada waktu yang sama, Fakhrul dan Kudin yang juga merupakan sahabat baik juga memikirkan jalan untuk mendapatkan duit. Hampir setiap hari mereka mencuba kaedah baru untuk merompak namun semuanya gagal. Sehinggalah pada suatu hari, Fakhrul dan Kudin mahu merompak Pak Umar namun Pak Umar tiada duit untuk diberikan pada mereka. Pak Umar bercadang mahu memberi toyol tersebut pada Fakhrul dan Kudin.
Pada mulanya Fakhrul dan Kudin menolak toyol itu. Namun lama-kelamaan mereka sanggup untuk menerima toyol itu daripada Pak Umar. Toyol beralih arah dan barcode di dada kiri Pak Umar hilang serta-merta dan timbul barcode di dada kiri Fakhrul dan Kudin.
Sejak hari itu, bermulalah kisah Fakhrul dan Kudin yang mahu jadi cepat kaya. Malangnya nasib mereka apabila toyol yang diambil dari Pak Umar itu tidak pandai mencuri. Fakhrul dan Kudin terpaksa mengajar teori dan praktikal kepada toyol tersebut untuk mencuri.
Di satu tempat yang lain, Farah yang selama ini setia bekerja dengan Daniel akhirnya mengetahui rupa-rupanya selama ini Daniel menjalankan perniagaan haram iaitu dengan menyeludup dadah. Farah yang mengetahui hal ini telah membuat laporan polis namun pihak polis tidak berjumpa sebarang bukti. Daniel berdendam dengan Farah dan berniat mahu menghapuskan Farah. Suatu malam yang dingin, oleh kerana banyak kali gagal dalam mencuri, Fakhrul dan Kudin berniat untuk mengembalikan toyol pada Pak Umar kembali. Toyol dengan wajah sedih meminta satu lagi peluang dari Fakhrul dan Kudin. Toyol telah masuk untuk merompak rumah Farah dan di sini menjadi titik permulaan pertemuan antara Fakhrul, Kudin dan Farah. Fakhrul dan Kudin terpaksa menolong Farah untuk membongkarkan rahsia Daniel dalam masa yang sama mereka terpaksa mencari Pak Umar untuk mengembalikan toyol tersebut.

Sinopsis Credit to:


Adegan yang ditiru dek Cik Qiqin ialah mase Toyol tu curi kereta then tekan hon pehtu menari.
Hahahaha lawak jer...


Yang takde Bela Toyol:

Tuesday, December 6, 2011

I Accept Ur Apology...

Assalammualaikum...
Semalam aku ada wat post pasal tensen dengan TGV - Customer Service kan?
Pada sape yang belum bace post bengang aku tu...korang buleh bace kat sini: "Arghh! Frust Wit TGV"


Selepas aku wat Customer Complaint tu, pihak Customer Service - TGV reply email aku yang frust tu.

Standard lah...apa2hal minta maaf dulu. Then dorang offer 2 complimentary passes untuk cover balik kemarahan & frustration aku tu.

Bak kata budak kaunter yang sporting tu:
"Akak wat jer komplen kat dorang nie. Coz kadang-kadang dorang nie, kalo kami cakap dorang xlayan sangat. Akak email jer rase xpuashati akak kat dorang tu"

Betullah kata budak tu. Cepat jer TGV-Customer Service bagi feedback.
Dorang offer 2 complimentary passes.

Memula tu rasa macam 50:50 jer samada nak terima atau tidak complimentary passes tu. Tapi after discussion with En.Suami, and En.Suami kata terima jer atas dasar re-imbursement sebab service yang too exasperating.
Lagi satu sebab kita dah spent duit tepon & pergi trus ke kaunter.
Bukan berkira sebab duit, tapi time spending sekali yang at last, frust jugak.
Dah penat-penat follow-up 3 hari.
Alih-alih jadi gtu...naseb! naseb!

Tapi complimentary pass ni pon belum tentu jugak.
Coz ade search gak cerita-cerita kat internet tengok customer feedback.
Ada jugak yang komplen.
Ntah lah...naseb lah kan!?

Tengok lah camne nanti resultnya pulak.

Yang Excited ker?

Monday, December 5, 2011

Arghhh! Frust wit TGV...

Assalammualaikum...
Meh nak share frustration aku dengan TGV Cinema - Customer Service.

Al-Kesahnya nak g tengok Ombak Rindu dgn En.Suami+Cik Qiqin on last Saturday nite.

Alih-alih aku yang berOMBAK kat TGV Counter.

Nak tau apesal aku plak yang berOMBAK kat situ...hohoho meh bace complaint aku kat bawah nie:
"TO WHOM IT MAY CONCERN,



I WOULD TO EXPRESS MY DEEPLY DISAPPOINTMENT & REGRET TOWARDS THE QUALITY OF SERVICES PROVIDED BY THE TGV - CUSTOMER SERVICE.


REGRET TO INFORM THAT TGV HAVE FAILED NEITHER TO REPLY ME NOR GIVING ANY FEEDBACK TO ME ASIDE FROM EMPTY PROMISES.


I HAVE BEEN FOLLOWING-UP WITH THE MATTER SINCE THE PAYMENT MADE
(THURSDAY AFTERNOON TILL SATURDAY MORNING --- 3 DAYS).


UPON CALLING TO CUSTOMER SERVICE, THEY ONLY STATED:
"5 MINUTES FEEDBACK"
BUT...
THEY NEVER CALL BACK & I HAVE TO SPENT MORE FOR CALLING TGV.
IF COUNTED, I HAVE BEEN CALLING TGV-CUSTOMER SERVICE ALMOST 10 TIMES.


THEREFORE, I HAVE DECIDED TO GO STRAIGHT TO TGV-MINES COUNTER IN ORDER TO CHECK ON THE MATTER.


THE RESULT ----> THERE WAS NO BOOKING FOR ME AND THE SEAT ALREADY TAKEN.


THIS HAD CAUSED A DIFFICULTY TO ME AND COST ME MORE OTHER THAN THE TICKET PRICE.


EVENTHOUGH, I HAVE GOT THE RE-FUND.


BUT THIS IS THE MOST IRRITATING EXPERIENCE FOR ME."

Xsyiok sungguh..keciwa + bengang + sakit hati jer bile g ke kaunter tiket -- dorang kata xde booking...padahal dah bayar.

Memang tak sampai hati nak marah budak kaunter tu sebab bukan salah die pon. Tapi nak wat camner kan...kalo dah tengah membara tu...3 hari bersabar...alih-alih MELETOP.
Tahniah & terima kasih jugak lah kat budak kaunter tu coz dia tetap bersabar dengar "ceramah" aku yang panjang lebar kat situ.
Orang keliling pandang; "ADA AKU KESAH!?"

Dah membara dah...tu pon selamat aku datang check dulu. Kalo dibuatnya malam tu baru nak check, agak-agaknya...citer "pecah panggung" keluar plak.

Yang K.E.C.E.W.A:

Mom Bloggers Planet

Where Moms Unite

~ Shinjiru Malaysia ~