---> Ads With NuffNang <---

+++ Member of Society +++

s!t! NuR @sY!QiN


---> Ads With Nuffnang <---

Friday, October 8, 2010

Penangan Faceook...Ayyo!

Dalam beberapa hari nie macam2 hal berlaku gara-gara laman sosial Facebook...tapi boleh dikatakan kesemuanya negatif belaka.

Sebenarnya nak disalahkan creator FB nie, xboleh jugak sebab keutamaan creator ni for sure lah nak untung...tp yang salahnya ialah para penggunanya.

Para pengguna yang terlalu fanatik untuk mengutuk & yang berfikiran negatif.
Kes-kes yang berlaku adalah kes salahlaku dimana terjadinya penipuan identiti, pergaduhan & juga pembunuhan.

Semalam jer dalam akhbar ada memaparkan kisah 3 beranak dibelasah gara-gara kenalan baru si adik dalam FB.
Si adik g jumpa kenalan barunya iaitu seorang perempuan..xpasal2 kene belasah dgn si pakwe perempuan tu sebab salahfaham. Si pakwe ni ingat si kenalan baru makwe inilah yang sent sms2 berbaur lucah kat makwe dia. Yg xbestnya, si abang, si bapa & anggota polis yang buat rondaan pun turut dibelasah oleh si pakwe & d geng. Yang turut membelasah termasuklah orang awam yang dok makan kat gerai tu join sekaki (kureng kan..bukan nk tolong, tp join "pesta" plak).Teruk jugalah mamat tu kene belasah.
Berita selanjutnya, korang boleh baca kat sini: Jerat Kenalan FB

Itu baru kes pertama. Kes yang kedua plak;
Dari sahabat baik automatik jadi musuh. Rakan baik tikam rakan baik sebab tak tahan kene kutuk dalam FB. Amende lah ni...nak kutuk pun, xpayah lah nak siarkan 1 dunia. Selama ni xde FB, boleh plak jadi sahabat baik...aik!bile ade FB, terus jadi musuh.
Sampai kritikal lah sahabat tu...selamat sempat diselamatkan, hmmm klo x hukum mati mandatori lah jawabnya...nak baca ke? baca kat sini: Tikam Perut Rakan Akibat FB (Tajuk aku tukar..panjang sgt..ihihi)

Sebenarnya FB bukan semua negatif.
Ada yang positif. Contohnya seperti berniaga on-line (tapi yang betul2 berniaga lah bukannya yang tipu2 tu), mengeratkan silaturrahim yang terpisah, meramaikan rakan baru dan juga tempat berkongsi idea.
Tapi bile ada yang salahgunanya, tu lah yang jadi negatif.

Sama-sama lah kita berfikir ek sebelum melakukan sesuatu.

Wallahualam...

No comments:

Mom Bloggers Planet

Where Moms Unite

~ Shinjiru Malaysia ~