Assalammualaikum...
Cerita aku hari ini pulak mengenai ikan haruan.
Ada apa dengan ikan haruan ek!? Hihihi agak kelakar lah jugak and still lagi jadi "bahan" kat anak aku - Cik Qiqin.
Cerita ni seingat aku ade lah disimpan dekat 2-3 bulan yang lepas. Cume tak berkesempatan nak bercerita jer. Hihihi...
So bermulanya cerita si ikan haruan nie macam nie.
Biras aku (kakak ipar aku punyer suami) memang suka memancing. Sama lah dengan En.Suami.
Dipendekkan cerita, biras aku bagi lah En.Suami 3 ekor ikan haruan untuk dijadikan juadah masakan.
Ikan haruan nie sedap dimakan...nak pulak yang memang fresh dari sungai. Kebiasaannya kami akan buat sambal berlada ker...masak stim dengan halia ker...ataupun selalu yang dibuat bagi wanita berpantang selepas bersalin - Sup Ikan Haruan.
Nak siang ikan haruan bukan perkara yang mudah. Sebab ikan ni banyak lendir. Lendir ni yang buat kite susah nak pegang ikan haruan.
Yang selalu aku praktikkan nak buang lendir ikan haruan ni ialah letak dalam besen berisi air then lurut dengan tangan. Nanti lendir tu akan turun ke dalam air. Alah senang kata, ibarat perah dengan tangan lah dengan cara melurut badan ikan tu.
Apa kene-mengena ikan haruan tu dengan anak kami - Si Cik Qiqin?
Meh nak citer...
En.Suami letak ikan haruan yang still hidup tu dalam baldi dalam bilik air luar yang berhadapan dengan 2 bilik tidur yang lain.
Ada satu malam tu, seekor daripada ikan haruan tu melompat keluar dari baldi then jatuh ke lantai bilik air tu lah. Kebetulan Cik Qiqin nak g basuh tangan dalam toilet tu. (Memang kebiasaan dia basuh tangan kat sinki dalam toilet tu sebab senang die panjat mangkuk tandas tu.)
Masuk-masuk jer dalam toilet tu, tetiba dia menjerit:
"Ummi, ade ikan keli. Iqin takut!"...
Pelik sekejap...ikan keli? Mana datangnya? Dok fikir...
Rupa-rupanya ikan haruan dah transform jadi ikan keli...hahahaha
Dijadikan cerita lagi, keesokan harinya.
Waktu petang balik dari keje, anak aku meluru masuk. Tak tahu lah mana arah tujuan die sebenarnya sebab aku kat luar time die tetiba menjerit:
"Ummi, ikan keli masuk bilik".
Aku pun blurr lah kejap...
Ikan keli masuk bilik? Biar benar!? memang benar...
Melintang dekat pintu bilik.
So semenjak kejadian tu, setiapkali anak aku main air atau sengaja dok lama-lama dalam toilet dengan alasan basuh tangan, aku mesti cakap gini: "Iqin dok lah lama-lama dalam toilet, kang ikan keli kuar dari lubang tu baru tau"
Bile dengar jer aku cakap macam tu, hmmm sepantas kilat terus keluar sambil marah-marah: "Ummi nie! Iqin takut lah..."
Pastu, aku dok sengih-sengih lah. Hahaha...
Kalo xcakap macam tu, susah nak suruh die keluar dari toilet. Asyik nak main air jer.
Tukang Gelak:
---> Ads With Nuffnang <---
Saturday, November 26, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment