---> Ads With NuffNang <---

+++ Member of Society +++

s!t! NuR @sY!QiN


---> Ads With Nuffnang <---

Sunday, November 27, 2011

U Makan Pejalan Kak!

Assalammualaikum...

Hari Sabtu lepas bersamaan 19hb November 2011, aku+En.Suami+Cik Qiqin+Nenek+Atuk+PakSu+Nabila (Anak Paksu) pegi kenduri kawen anak kepada kawan karib nenek aku mase die active berniaga dulu.

Skang nie nenek aku dah pencen dah...hihihi dah jadi surirumah sepenuh masa plak.

Mase on the way balik, terrnampak plak signboard kat traffic light berhadapan jalan ke mahkamah Seremban.
Alah signboard yang biase Majlis attached kat tiang lampu trafik tu: UTAMAKAN PEJALAN KAKI.

Mesti sesiapa pun familiar dengan signboard tu kan!?
So ape yang best sangat pasal signboard tu kan?

Hah! meh nak citer...
Signboard tu memang special sket & menarik perhatian aku & En.Suami....

Jeng...jeng...JENG...
Inilah dia signboard yang aku cakap tu:
Siap snap 2x lagi tu...hihihi

Cuba korang baca betul-betul ayat "baru" tu...bunyinya:
"U MAKAN PEJALAN KAK"

Lawak memang lawak lah bila baca. Macam suruh sorang wanita makan pejalan.

Tapi xtau lah samada itu "hasil karya" vandalism ataupun kebetulan jadi macam tu.
No komen.

Yang aku tau, scenario macam ni biasenye memang keje si tangan gatal yang nak menunjukkan hasil karya unggul dorang.

Hahahaha...

I Tak Makan Pejalan Kak:

Saturday, November 26, 2011

Alahai Si Ikan Haruan...

Assalammualaikum...

Cerita aku hari ini pulak mengenai ikan haruan.
Ada apa dengan ikan haruan ek!? Hihihi agak kelakar lah jugak and still lagi jadi "bahan" kat anak aku - Cik Qiqin.

Cerita ni seingat aku ade lah disimpan dekat 2-3 bulan yang lepas. Cume tak berkesempatan nak bercerita jer. Hihihi...

So bermulanya cerita si ikan haruan nie macam nie.
Biras aku (kakak ipar aku punyer suami) memang suka memancing. Sama lah dengan En.Suami.

Dipendekkan cerita, biras aku bagi lah En.Suami 3 ekor ikan haruan untuk dijadikan juadah masakan.
Ikan haruan nie sedap dimakan...nak pulak yang memang fresh dari sungai. Kebiasaannya kami akan buat sambal berlada ker...masak stim dengan halia ker...ataupun selalu yang dibuat bagi wanita berpantang selepas bersalin - Sup Ikan Haruan.

Nak siang ikan haruan bukan perkara yang mudah. Sebab ikan ni banyak lendir. Lendir ni yang buat kite susah nak pegang ikan haruan.
Yang selalu aku praktikkan nak buang lendir ikan haruan ni ialah letak dalam besen berisi air then lurut dengan tangan. Nanti lendir tu akan turun ke dalam air. Alah senang kata, ibarat perah dengan tangan lah dengan cara melurut badan ikan tu.

Apa kene-mengena ikan haruan tu dengan anak kami - Si Cik Qiqin?
Meh nak citer...
En.Suami letak ikan haruan yang still hidup tu dalam baldi dalam bilik air luar yang berhadapan dengan 2 bilik tidur yang lain.

Ada satu malam tu, seekor daripada ikan haruan tu melompat keluar dari baldi then jatuh ke lantai bilik air tu lah. Kebetulan Cik Qiqin nak g basuh tangan dalam toilet tu. (Memang kebiasaan dia basuh tangan kat sinki dalam toilet tu sebab senang die panjat mangkuk tandas tu.)
Masuk-masuk jer dalam toilet tu, tetiba dia menjerit:
"Ummi, ade ikan keli. Iqin takut!"...

Pelik sekejap...ikan keli? Mana datangnya? Dok fikir...
Rupa-rupanya ikan haruan dah transform jadi ikan keli...hahahaha

Dijadikan cerita lagi, keesokan harinya.
Waktu petang balik dari keje, anak aku meluru masuk. Tak tahu lah mana arah tujuan die sebenarnya sebab aku kat luar time die tetiba menjerit:
"Ummi, ikan keli masuk bilik".

Aku pun blurr lah kejap...
Ikan keli masuk bilik? Biar benar!? memang benar...
Melintang dekat pintu bilik.

So semenjak kejadian tu, setiapkali anak aku main air atau sengaja dok lama-lama dalam toilet dengan alasan basuh tangan, aku mesti cakap gini: "Iqin dok lah lama-lama dalam toilet, kang ikan keli kuar dari lubang tu baru tau"

Bile dengar jer aku cakap macam tu, hmmm sepantas kilat terus keluar sambil marah-marah: "Ummi nie! Iqin takut lah..."

Pastu, aku dok sengih-sengih lah. Hahaha...
Kalo xcakap macam tu, susah nak suruh die keluar dari toilet. Asyik nak main air jer.

Tukang Gelak:

Friday, November 25, 2011

Pokok Kari Ku...

Assalammualaikum...

Meh nak share cerita tentang pokok kari yang aku tanam.
Sebenarnya takdelah pelik sangat kot kalo orang bercerita pasal pokok kari nie.
Yang semua orang sediamaklum, daun pokok kari selalu digunakan dalam masakan seharian macam masak kari ayam ker...kari ikan ker...goreng ayam berkari ker...macam-macam lah kegunaannya dalam masakan.

Boleh dikatakan juga kebanyakan orang ada tanam pokok kari di halaman rumah samada dalam pasu or direct ke tanah.

Originally aku tanam pokok kari nie dalam pasu then baru transfer ke tanah sekangkang kera tepi rumah. Anak pokok kari nie diperolehi daripada ayah aku coz aku tengok pokok kari rumah dia banyak & subur.
Ni boleh dikatakan cobaan kali kedua lah aku try tanam...hihi yang pertama xjadi...
Alhamdulillah yang trial kedua nie menjadi plak.

Dipendekkan cerita, sebulan selepas aku transfer pokok kari tu ke tanah. Pokok kari aku tu pon berbunga then tak lama pastu berbuah. Memula xperasan sangat, sebab pokok tu kecik & pendek jer. Ade lah ketinggian dalam 26cm.

Lagipun, xpernah terfikir pun pokok kari ada bunga & boleh berbuah. Sebab selama nenek & ayah aku tanam pokok kari bertahun-tahun, memang tak pernah nampak pokok-pokok dorang tu berbunga & berbuah.

Ini lah dia gambo pokok kari aku dengan bunga-bunganya:


Kat bawah ni plak gambo close-up bunga pokok kari tu:

Tentang gambar buah kari aku, xsempat nak snap coz kecik lagik. So pinjam image dari Google search...macam ni lah rupe buah kari bile dah masak ranum:

Ade jugak search pasal cerita buah pokok kari ni samada boleh makan atau tidak. Ada yang kata rase macam berry hutan (aku pon tak pernah tau rase berry hutan macam mana...hihihi).

Then, ade yang kata boleh makan tapi biji beracun. Tu sebab serangga & burung xberminat nak makan.
Tapi ape yang penting, tak mau cube sebab pelik plak rasenya. Tak pasal-pasal keracunan makanan plak kang...haru! hohoho

Si Tukang Kebun:

Tuesday, November 22, 2011

AuuuUUuuMMmmmm....

Assalammualaikum & Salam Sejahtera to ALL MALAYSIAN!

Tengok tajuk post arini pon korang mesti dah agak ape isi posting arini...hihihihi rata-rata mana-mana blog arini semua ada wat posting tentang kemenangan Malaysia ke atas Indonesia dalam perlawanan bola sepak SEA Games malam tadi...

Aku pon dok menunggu berdebar-debar bila lah Malaysia nie nak sumbat GOL lagi satu ni bile kedudukan terikat 1-1 sama.

Sambil tu melayan FB lah...ramai gak pengulas sukan dok posting-posting perkembangan perlawanan malam tadi TERrrrMasUk lah aku..hihihihi

Akhirnya KEMENANGAN berpihak kepada MALAYSIA dalam tendangan penalti 4-3...
YESSS! akhirnya...aku ske...aku ske...
sampai anak aku pon cakap kat ayah die: "Ayah, tepuk lah tangan"... (^^,)

Terbenam sudah keEGOan Indonesia. Takde lagi suara-suara sumbang mengutuk & memperkecilkan KEKUATAN HARIMAU MALAYA....AuuUuuuuUUUUmmMmmmm....

Lagu NEGARAKU berkumandangan di akhir majlis.
Walaupun tiada sorakan gah di bumi Indonesia.
Namu SORAKAN GAH di bumi MALAYSIA mampu menggegarkan bumi Indonesia...WoooOOOhOOOooooo!

Semoga Pasukan Harimau Malaya terus mempertahankan KEJUARAAN mereka!

Picture Credit To: Utusan Malaysia


Syabas HARIMAU MALAYA!

Yang turut mengaUUuuMMmmm:
  (^^,)

Friday, November 18, 2011

Susuk Kuat Beribadat

Assalammualaikum...
Meh nak share ape aku baca kat newspaper arini coz ade satu artikel menarik yang terpanggil nak share dengan pembaca sumer.

Memang lah orang akan kata kadang2 kita akan ambil mudah perkara-perkara tertentu pabila kurangnya ilmu di dada dan tidak membuat rujukan kat orang2 yang betul2 faham mengenai ilmu agama...bak kata pendeknya guru yang mursyid lah.

Dalam myMetro - Berita Utama ada memaparkan mengenai seorang lelaki yang mengamalkan pemakaian SUSUK tapi bukan untuk kecantikan...hanya untuk KUAT BERIBADAH.

First time aku dengar susuk jenis nie. Sebelum nie selalu dengar pasal susuk yang digunapakai hanya untuk kecantikan.

Lelaki tersebut berumur 34 tahun. Niat asalnya untuk mendalami ilmu agama dan melakukan ibadat. TAPI cara yang digunakan ialah dengan memakai susuk yang diberikan oleh seseorang yang digelar sebagai "ustaz" di Kelantan.

Kalo lelaki tu dengar azan, ade satu suara akan berbisik kat telinga dia --- suruh segera bersolat.
Tapi kalo xcepat2 menunaikan solat...badan lelaki tu akan terasa kepanasan.

So, selebihnya korang boleh lah baca kat sini: Tubuh Panas Dengar Azan

Moralnya:
Setiap perkara ada peraturannya.
Begitu juga kalo nak belajar, kene ikut peraturan dan cara yang betul terutama hal-hal berkaitan agama.
Niat yang baik dengan cara yang salah, ibadat kita akan diterima ker???

Bukan kita untuk menilai kebaikan & keburukan seseorang di mata Allah swt...
Wallahualam...

Biar Allah menentukannya...kita sebagai manusia hanya boleh mengambil perkara yang berlaku sebagai iktibar & tauladan kepada diri.

Yang tengah Improve Diri:

Wednesday, November 16, 2011

No Idea

Lately I have no idea what to write about in my blog...no idea what i'm doing with my live...no idea on what i am doing with my work...also do not have any idea at all on what i am doing right now...
These might caused from my live have too much stress...too much matters to be think of...too  much things that cannot be shared of...

But the truth is the true...I have no idea...
Lalala...
No idea:

Mom Bloggers Planet

Where Moms Unite

~ Shinjiru Malaysia ~