---> Ads With NuffNang <---

+++ Member of Society +++

s!t! NuR @sY!QiN


---> Ads With Nuffnang <---

Monday, April 25, 2011

Kisah Hari Ini...25/04/2011

Hari ini aku bangun seawal pagi - 05:00 AM.
Bersiap-siap nak g meeting / briefing customer kat Premiere Hotal Bukit Tinggi, Klang.
Pelikkan kenapa bangun awal sangat?
hehehe ni namanya kecelaruan untuk mengelakkan kecelaruan yang lain...x faham?
Maksudnya bersedia awal untuk keluar awal-awal sebelum stucked in da jammed kat beberapa tempat yang amat dikenalpasti akan kebarangkalian jammed nya...

Seawal 5:00 pagi dah bangun...mandi...siap-siap barang2 sendiri & cik Qiqin.

Kul 5:30 AM, gerak dari rumah. Hantar Cik Qiqin yang masih lena diulit mimpi & berbalut selimut ke umah nanny dia.

Then bermulalah perjalanan menuju ke destinasi - Premiere Hotel Bukit Tinggi, Klang - ada briefing pasal bahan2 kimia terlarang (REACH - Regulation on Registration, Evaluation, Authorisation and Restriction of Chemicals) oleh pihak Panasonic Asia untuk supplier2 dorang.


Nak citer sket...
Klo dah dok under Jepang nie...memang time management strict betui...bagi tea break 15 minutes jer. Hmm kalo tak masuk lagi lepas 15 minutes tu, speakernya keluar dari sambil bawa pen marker yang size besar tu dgn gelas hotel...ketuk2 ibarat loceng suh participants masuk...



Kat atas tu gambar2 yang di snap ketika boring dengar dorang wat opening speech...


Ini lah dia muka boring+ngantok aku...wakakakakaka....

Kat bawah nie lunch treat aku arini adalah kat McD Puchong mase on the way balik... (^^,)


Double Cheese Burger+Medium French Fries+Milo Ice (Without Ice)...yummy..yummy...

Selesai makan, sambung perjalanan balik ke ofis plak...
Sampai opis semula kul 1:30 PM...sambung keje sambil nguap2...sampai lah kul 06:00PM...
cha alif ba wau ta...hohohoho

Yang Mengantuk...hwahohohoho:

Saturday, April 23, 2011

Wong Solo...Ayam Penyek...

Assalammualaikum Sumer...

Kali ni nak share pasal makan-makan pulak.
Malam tadi g Dinner kat Wong Solo, Bangi...(Actually g berbuka pose)...
Bunyi pelik kan nama restoran tu...
hehehehe menu istimewa lagi pedas ialah "Ayam Penyek Wong Solo".

Kat mana restoran tu? ha..kat Bangi lah..wakakakakaa
Ok..ok...tempat die macam tersorok sket lah.
Kalo korang tau area Bangi, restoran tu terletak belakang RHB Bank Islam...kirenya tak jauh dari kawasan Klinik Az-Zahra atau An-Nur...cume simpang lain2 lah...korang pusing2 lah kat belakang kawasan tu...
mesti jumpa punyer restoran yang kaler Hijau Pucuk Pisang / Hijau Muda.

Mana gambar???
Gambar menu xde lah...coz xde bawak kamera time tu...kebetulan bateri HP pulak "mintak2 nyawa"..
heheehe xsempat nk caj.

Klo korang nak rase makanan authentic Indonesia / Jawa..korang try lah kat restoran.  Tentang menu..korang buleh lah tengok kat cni: Wong Solo.

Rase makanan die bagi kami sekeluarga...ok lah...
Menu kami malam tadi:
1) Set Ayam Penyek --- Aku punyer...hehehe
Komen: Ok & pedas...fuhhh layannnn licin smpai tinggal tulang ayam jer kat pinggan...yg beshnyer sambal gesek die tu...(^^,)

2) Jus Mango --- Aku punyer gak...
Komen: Pekat giler..macam blender 1 biji mangga...
Hohohoho share dengan Cik Qiqin...xlarat nk habiskan coz terlalu pekat...

3) Jus Jeruk (Orange Juice) --- En.Hubby
Komen: En.Hubby kata = mgkn die blender dgn biji2 kot...pahit sket tp bile dh campur ais...ok lah...

4) Crispy Chicken Wings --- En.Hubby & Cik Qiqin
Komen: Crispy & banyak gak lah...
Cik Qiqin makan paling banyak sampai xnak makan nasi...ratah lauk jer...kikikiki

5) Sup Ayam --- En.Hubby & Cik Qiqin
Komen: byk sayur (brokoli, kobis bunga, kobis daun, kacang peas & carrot) & byk ayam...ade rase lada hitam.
En.Hubby kata: boleh lah tahan...cume terasa lada hitam jer cam lebey sket...

6) Air suam...
Komen: xkan nk komen kot...hihihihi

Komen keseluruhan:
ok lah...
tp berbanding dgn harganya...
hmmm ok lah kot!?

P/S:
Komen2 kat atas tu adalah berdasarkan tekak2 kami ni...kalo tekak korang rase blainan..lain lah ek..
Lain org...lain citarasa...

Yang kenyang--- Alhamdulillah:

Tuesday, April 19, 2011

Lain Yg Dibeli...Lain Yg Dapat...Huhuhuhu

Assalammualaikum Semua...

Ni nak share 1 cerita haru tapi kelakar...
Apa yang haru sangat tu??? Hmmm...lain barang yg dipesan...lain barang yang aku dapat.
Ape barang yang dibeli? Ha...baju tidur anak aku...

Apa barang yang dapat? hahahahahahaa gelak dulu...
Barang2nya adalah....jeng...jeng...jeng...
lotion susu d'laguna& paling besh punyer adalah "JAMU DARA SEMULA"....2 botol plak tu...lawak betui...
Tergelak besar aku & kengkawan opis bile buka package Pos Laju tu...

So dah bagitau pada tuankedai Pn.Ena...dia akan check dgn Pos Malaysia...

Harap-harap buley la dapatkan semula barang2 aku tu dari Pos Malaysia.

Kalo x, haru daku nak mjawab soalan dari mulut si kecil:
"Ummi dah belikan baju Iqin...ummi mana?"

 

Friday, April 15, 2011

Cable Car Genting Jatuh? Betul ker???

Assalammualaikum...


Aku rase korang mesti tkejutzut biler baca tajuk post aku nih...sebenarnya bukan nak kejutkan atau nak takut2kan korang...tapi nk share 1 story lah kat korang.
Baru2 nie banyak email atau dlm FB kawan2 kata "Cable Car Genting Jatuh"...
dan banyak persoalan kenapa berita tidak diwar2kan dalam media semasa. Ada plak siap posting gambar yg sama dlm blog sesetengah kengkawan tu.


Sebenarnya, klo diikutkan cerita sebenar bergambar tu...tu cume spekulasi yg dibuat dari sekeping gambar sahaja.
Bak kata orang; "Gambar akan memberi seribu cerita...bgantung pada pandangan seseorang".


So nak mengarut panjang2 kang, korang bosan lah plak...meh nak share STORY SEBENARnya.


Sebenarnya, gambar di bawah ni bukanlah gambar Cable Car Genting yang dikatakan terjatuh.
Tapi sebenarnya gambar peralatan pihak BOMBA untuk tujuan menyelamat seorang lelaki yang cuba bunuh diri.
Sekali pandang, memang nampk macam Cable Car.


Next picture, kalo diteliti betul kat dalam bulatan tu. Ada kelibat manusia kan?
Orang tu sebenarnya cuba nak bunuh diri.
So alat yang kat bawah tadi (seperti gambar atas) sebenarnya untuk menyambut lelaki yang cuba bunuh diri tu.


Last picture adalah aktiviti pujuk-memujuk oleh anggota penyelamat untuk mengelakkan lelaki (Lai) tersebut terjun...






Berita ni adalah sebenaranya cerita lama yang berlaku pada April 2008. Selebihnya, korang boleh baca kat The Star: sini...

So, moral of the story...
Sebelum percaya sesuatu...better siasat lah dulu...

Yang kene conned gak...

Friday, April 8, 2011

Telur Tipu…Kite kene tipu?

Sebenarnya benda ni dah lama ada dah kat Negara China sejak 5 – 6 tahun yang lepas.
Namun, segelintir peniaga Negara China dah tak amalkan sebab bahan2 yang digunakan nak wat telur tipu ni dah naik harga.
So dorang berbalik semula ke ayam…alam semulajadi.
Tapi xsemua lah…segelintir sahaja.


Di Malaysia, benda ni benda baru lah…baru perasan setelah tangkapan & rampasan yang dibuat oleh pihak Bahagian Penguat Kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri Pulau Pinang…baru lah tergempar & terkejut rakyat Malaysia mengenai pendedahan adanya telur tiruan…hohohoho


So selepas nie, kene berhati2 lah pada sape2 yang minat makan telur tu.
Apakata lepas nie ramai2 cari telur ayam kampong…for sure naik harga punyer.
Xpun beramai-ramai lah kita ternak ayam…come back to nature.


Korang boleh search kat google atau youtube klo korang nak tahu cara2 nak produce telur tiruan nie…tapi diingatkan bahawa ramuan2 yang digunakan akan mendatangkan mudarat kepada manusia.


Contohnya kat:
1) Weird Asia
2) Kaitor Word






















































Psstt…
Sebenarnya kan…bukan telur tiruan aje yang dorang ni buat…anggur pun ade gak…dan juga makanan2 yang lain.




Moga2 keluarga aku xtermakan lah telur2 tiruan nie…mintak dijauhkan…amin!

Credit to: Picture from Weird Asia...

Yang Bukan Tiruan:

Wednesday, April 6, 2011

Hari BENGANG sedunia LAGI!?

Assalammualaikum....
Nak senyum?...dah xmampu lagi dah nk senyum arini..
Meh nak sharing hari bengang aku arini...
Klo aritu aku kene bebel sebab orang lain punyer hal...aku kene bebel.


Ha...arini nak citer pasal keBODOHan MELANTUN2 & egois seseorang membuatkan aku jugak jadi mangsa.


Sorry lah bahasa yang aku gunekan kali nie kasar sangat bagi korang yang membaca.

Bak kata pepatah: "Lagi nak menegakkan benang yang basah"
lebih kurang macam tu lah citer BENGANG aku arini.
Nape?


Macam ni citernya:
Aku dok chase sorang minah 1 department nie pasal 1 hal berkaitan dengan department aku.
Dah complete guidelines aku bagi kat dia.
Setelah 3 Hari dok berbalas email dgn minah ni tentang KETIDAKFAHAMAN die Vs PENERANGAN aku, dia call aku direct pagi ni. Tanya benda yang sama tentang ketidakfahaman perkara dalam email aku tu. Ok lah...aku fikir dia nak belajar, so aku ajar & terangkan lah sampai dia kata dah faham.


Tup2 xlama lepas tu, bos die pulak yang call aku.
Tanya benda yang sama & tengking2 aku.
Siap buka Loudspeaker bagi sumer orang dengar.
Aku hangin lah 1 badan..tanya balik bos die ape yang staff die cerita. 2 kali aku ulang pertanyaan yang sama, jawapan bos dia hanya: "staff die xde citer ape2."
So. xlama pulak lepas tu...aku terima pulak email maklumbalas yang berbaur negatif.
Aku BENGANG+GERAM+MARAH dengan ape die tulis coz dalam tu assume: SUMER SALAH AKU sebab xterangkan betul2 kat dia.


Alih2 perkara sumer jadi negatif lah setelah ion2 negatif memenuhi zarah2 atom aku.
Dah macam tenaga nuklear lah. Tunggu meletup & sebarkan radioaktif.


Bos besar call aku pastu...aku terus cakap kat bos besar aku:
"Klo die ade kat sini, dah lama saya maki die. Dah lah xtau, tapi xnak bertanya. Sape yang nak belajar sebenarnya...saya atau die?xkan nk tunggu 3 hari saya chase baru nk tanya. Pastu cerita kat orang yang bukan2. Kalo berani, tunjuklah email yang saya hantar kat die since the 1st day. Sumer dah diterangkan dengan jelas...nak ape lagi?...xfaham lah orang ego nie.Saya pun dah puas cakap dengan die, kalo xfaham..tolong tanya. Klo dia xtanya, saya tau ke ape yang die xfaham? Ibaratkan orang nak belajar, kene cari guru...bukan guru yang cari murid..."


Bukan aku nak cakap aku ni bagus sangat.
Tapi bende yang itu transaction biase. Bak kata BASIC general knowledge.
Orang xbelajar account pun tau.
Bukan aku nak kutuk orang2 yang belajar account, aku tau korang lagi expert bende2 macam nie.
Tapi minah nie ego sangat...dah lah BANGANG...xnak tanya pulak.
Lagi mau buka keaiban dan kebengapan sendiri secara terang2.


Ade ker die tuduh aku nak memalukan die sebab CC kat semua orang?pehtu buleh pulak cakap aku menyakitkan hati dia.
Dia tu xsedar ke orang2 yg aku CC tu adalah org2 yang terlibat sahaja yang perlu generate data untuk report dorang.


Malas nak cakap panjang...Last sekali aku hantar email gni:
"I am cooperating & assisting you on the matter since 04/04/2011.

Then what is happening now?
When do you not asking anything, we assumed that you are understanding as you are learning accounting.
I am not talking about your qualification or else than working issue or hurting people.
This CC email is for all respective person whose related to this matter.
If you are aware that we are a TEAM, please do not tell any other story to your senior.
Please CC the full email that I sent to you to your senior."


Since that...no reply yet as the bosses intefere...

YANG BENGANG LAGI!

Mom Bloggers Planet

Where Moms Unite

~ Shinjiru Malaysia ~