---> Ads With NuffNang <---

+++ Member of Society +++

s!t! NuR @sY!QiN


---> Ads With Nuffnang <---

Wednesday, October 27, 2010

Paul - Octopus dah mati...Hohoho

Ingat lg Paul si Sotong Kurita yang meramal sape pemenang piala dunia awal tahun dulu...
Ha dh smpai mase Paul tu berhijrah ke dunia lain plak...
Khabar mengatakan Paul ni dalam mase beberapa hari ni;
dikatakan kurang aktif & kurang selera makan.

Ada spekulasi mengatakan Paul ni diracun...sebenarnya x.
Dia mati dalam keadaan semulajdi.
Umur die dh 2 tahun 10 bulan manakala jangka hayat normal bagi sotong kurita ialah 3 tahun. Kena lah tu... ajal dah sampai...

So lepas nie, dorang nk cari pengganti Paul plak...mungkin kura-kura?
entah lah..
ape2 pun Paul memang menjadi tajuk berita hanget mase piala dunia awal tahun dulu.

Rest In Peace Paul!
HoHoHo

Tuesday, October 12, 2010

Brain...Brain..Brain...?gulps...

Nowadays my brain is full with unnecessary things that waiting to explode.

It is also full unnecessary colours that too mess-up my brain...

Before I become a "Messy Monster" & getting more messy,

& make me become more n more to be:

Better I learn to "wash" my brain before it became worst...
~ End of Story ~
By:
Ms.Brain

Friday, October 8, 2010

Penangan Faceook...Ayyo!

Dalam beberapa hari nie macam2 hal berlaku gara-gara laman sosial Facebook...tapi boleh dikatakan kesemuanya negatif belaka.

Sebenarnya nak disalahkan creator FB nie, xboleh jugak sebab keutamaan creator ni for sure lah nak untung...tp yang salahnya ialah para penggunanya.

Para pengguna yang terlalu fanatik untuk mengutuk & yang berfikiran negatif.
Kes-kes yang berlaku adalah kes salahlaku dimana terjadinya penipuan identiti, pergaduhan & juga pembunuhan.

Semalam jer dalam akhbar ada memaparkan kisah 3 beranak dibelasah gara-gara kenalan baru si adik dalam FB.
Si adik g jumpa kenalan barunya iaitu seorang perempuan..xpasal2 kene belasah dgn si pakwe perempuan tu sebab salahfaham. Si pakwe ni ingat si kenalan baru makwe inilah yang sent sms2 berbaur lucah kat makwe dia. Yg xbestnya, si abang, si bapa & anggota polis yang buat rondaan pun turut dibelasah oleh si pakwe & d geng. Yang turut membelasah termasuklah orang awam yang dok makan kat gerai tu join sekaki (kureng kan..bukan nk tolong, tp join "pesta" plak).Teruk jugalah mamat tu kene belasah.
Berita selanjutnya, korang boleh baca kat sini: Jerat Kenalan FB

Itu baru kes pertama. Kes yang kedua plak;
Dari sahabat baik automatik jadi musuh. Rakan baik tikam rakan baik sebab tak tahan kene kutuk dalam FB. Amende lah ni...nak kutuk pun, xpayah lah nak siarkan 1 dunia. Selama ni xde FB, boleh plak jadi sahabat baik...aik!bile ade FB, terus jadi musuh.
Sampai kritikal lah sahabat tu...selamat sempat diselamatkan, hmmm klo x hukum mati mandatori lah jawabnya...nak baca ke? baca kat sini: Tikam Perut Rakan Akibat FB (Tajuk aku tukar..panjang sgt..ihihi)

Sebenarnya FB bukan semua negatif.
Ada yang positif. Contohnya seperti berniaga on-line (tapi yang betul2 berniaga lah bukannya yang tipu2 tu), mengeratkan silaturrahim yang terpisah, meramaikan rakan baru dan juga tempat berkongsi idea.
Tapi bile ada yang salahgunanya, tu lah yang jadi negatif.

Sama-sama lah kita berfikir ek sebelum melakukan sesuatu.

Wallahualam...

Thursday, October 7, 2010

McDonald...Halal ker?

Mungkin ada yg tertanya2 kenapa post ini dibuat..sedangkan semua org amat menggemari produk makanan segera keluaran McDonald nie...


Baru2 ni aku ade terima 1 cerita lah pasal keraguan status "HALAL" makanan McD ni secara lisan. Desas-desus mengatakan makanan di restoran makanan segera ini adalah tidak halal kerana makanan keluarannya berunsurkan sumber yang tidak halal (faham2 aje lah unsur ape....)


Bukannya apa...yelah kita kene fikir positif & negatif khabar angin tersebut.

Positifnya: kemungkinan desas-desus itu benar...dan jika benar. Seelok-eloknya dielakkan daripada memakannya.

Negatifnya: Khabar angin ni kekadang sengaja diwar-warkan kerana taktik untuk menjatuhkan martabat perniagaan tersebut.


Boleh dkatakan 100% peratus rakyat Malaysia menggemari makanan dari restoran makanan segera tersebut termasuklah aku sendiri (xpayah cakap orang lain lah kan..hihihhi)


So, sumber rujukan aku melalui laman web "Halal Malaysia" (Klik aje) dan mendapati kesemua status produk keluaran restoran tersebut mempunyai sijil halal yang sah serta diperakui oleh Pihak JAKIM sendiri. Dalam website tersebut, tersenarai produk-produk yang diiktiraf halal oleh JAKIM.


Sebelum kita membuat apa2 spekulasi, seeloknya siasat terlebih dahulu.


Mungkin ada yang tidak setuju dengan post aku ni & masih ragu-ragu dengan kesahihan kerana faktor2 spekulasi & pemikiran kreatif...Tapi terpulang lah ek...

Mari lah sama-sama fikirkan.


Wallahualam...


Wednesday, October 6, 2010

Facebook --- Trashed...

Dengar jer tajuk...korang mesti dah agak kan?
Hehehehe

Sekarang nie bukan sahaja kebanyakan jabatan kerajaan yang trashed FB nie time waktu bekerja..malahan kebanyakan syarikat swasta pun sama termasuklah akunyer kompeni.

d reason is:
"Had caused poor work ethics among d staff & poor performance as d employees are extremely addicted to the social networking especially FB. This had caused a misused of facility provided by the company"

Itu lah adanya...bagi aku: sama jer...ada ker xde ker FB ni...
klo penyakit "M" tu dah membesar dalam diri tu, xde maknenyer gak...betul x? hihihihi

So, kawan2...mari lah kite sedar2 sket ek..keje banyak ni..
Huhuhuhu
Mungkin cam bebagus jer nak nasihat orang kan!?
Bukan pesan kat org jer..pesan gak kat diri ni..
Bak kata pepatah yg xpernah patah:
Sambil menyelam sambil minum air
TAPI
jgn terlebih minum air, nnt kene penyakit kembong / mabong pulak.
kuikuikui
Klo kompeni dh bg kemudahan tu, pepandai lah gune ek...
jgn ade yang melampau terlampau, maka tu lah jadinya.
Malas nk cakap banyak, kang lagi ramai yang sakit hati meruntun jiwa.
Wakakakaka..sendiri mau ingat lah beb!

Mom Bloggers Planet

Where Moms Unite

~ Shinjiru Malaysia ~