Aku xtau lah klo korg perasan atau tidak tentang tingkahlaku atau tabiat pengguna2 jalan raya di Malaysia ni...Bkn apa, ini utk ksedaran kita bsama gak.
So dari segi kaca cermin mata & kornea mata aku lah sepanjang aku memandu atau jd co-driver nie...yg aku perasan lah; baik si penunggang motor sehinggalah ke pemandu lori treler 40 kaki yang panjang tu..baik yang lelaki mahupun wanita, ada satu persamaan tabiat mereka2 ini ialah memandu ikut hati & emosi...
Hahahaha...mungkin ada yg marah / geram / sakit hati / nyampah / poyo ataupun fikir aku ni macam bagus je bila aku gelarkan gtu.
Mgkn ada yg fikir, mcm lah aku xpernah buat.
Tapi bak kata pepatah lah: "Siapa makan cili, dia lah terasa pedasnya"...betul x?
So sama2 lah kita beringat yek tentang perlakuan kita ini.
I am sharing the info bcoz i care...
Walaupun pahit ditelan...terimalah kenyataan yek...
Bukan nak kata auta..tapi ini fakta.
Cuba korang perhatikan lah selepas korang baca post aku ni.
Tabiat 1: Penggunaan Lorong Kanan
Apakah fungsi lorong kanan? Digunakan untuk memberi kelebihan memintas kan?
Tapi adakah ianya digunakan sewajarnya?
Hmm kebanyakan pemandu yg berada di lorong kanan, meter kelajuannyer lebih kurang dengan pemandu di lorong kiri...oleh itu, kenapa nk berada di lorong paling kanan?
Yang bestnyer ialah: Apabila si pemandu tu berada di lorong kanan, tapi slow moving & ade plak kenderaan lain berada di belakang yang too fast & too furious nak memintas...siap bagi lampu tinggi lagi & cucuk belakang...Tapi kenderaan di depan tu tetap tak nak berganjak bagi laluan. Lagi slow moving ader lah.Kan ke tak sakit hati dibuatnya pemandu lain oleh dek kerana sikap tidak bertoleransi si pemandu yg slow moving tu.
Hmm...Agaknyer dalam hati si pemandu yang slow tu;"OOooo ko bg lampu tinggi yek, cucuk belakang keta aku..hmm nah rasakan...lantak lah..."
Bila situasi di atas berlaku pada anda, apa yang anda lakukan?
Aku pernah berada dalam situasi di atas tu, to be honest lah...mmg kene sumpah seranah dgn aku pemandu depan tu. Hahahaha nasiblah...pernah sekali aku bunyikan hon kete, tau plak pemandu tu ke tepi.
TETAPI
bile aku pandang, dia tunjuk penumbuk kat aku. Marah lah tu agaknya bile aku hon dia. Dan mungkin jugak sebab aku pemandu wanita.
Hahahaha salah siapa tu?
Tabiat 2: Penggunaan Lampu Signal
Lg, tabiat 1 ni...org lelaki suka katakan pemandu wanita yg selalu wat gtu.
Sejauh mana kebenarannya masih menjadi tanda tanya..
Ini berlaku apabila nk masuk tau keluar simpang, berhenti d tepi jalan atau memintas kenderaan lain...kadang2 bg signal lambat ataupun xbg signal lansung...
Pendapat aku..sama jer.Baik pemandu lelaki, baik gak pemandu wanita.
Dua2 kadang2 bagi signal, kadang2 xbg lansung.
Tapi bile dah kene langgar belakang kete dorang nie, tau plak ngamuk sakan.
Hmm ntah lah...
Lg satu, penggunaan double-signal...sepatutnya digunakan apabila ada kecemasan sahaja atau pun dalam keadaan darurat macam kawasan berhujan lebat atau berkabus tebal.
Tapi ini tidak, ditengah2 kesesakan di jalan raya...ada pula yg ambil kesempatan menggunakanya.
Dengan alasan: saya nk cepat.
Ada ka patut?
Hmm xpatut..xpatut...
Tabiat 3: Terlebih Prihatin
Terlebih prihatin nie sifat yang baik sebenarnya. Cuma cara aplikasi sifat tersebut kadang2 silap...xkena pada masa & tempatnya.
Contohnya lah apabila berlakunya kemalangan.
Betul & xsalah memperlahankan kenderaan apabila lalu di kawasan yang berlakunya kemalangan.Tetapi yang salahnya kadang2 terlalu perlahan & siap boleh berhenti seketika (kurang dr 5 minit) semata-mata nak tengok siapa yang kemalangan & kenderaan apa yang terlibat. Ada plak yang sanggup berhenti di bahu jalan semata-mata nak lihat dengan lebih jelas.
Tapi adakah anda ketahui bahawa tindakan anda tu turut mengundang bahaya kepada pengguna jalanraya yang lain.
Tabiat 3: Penggunaan Telefon Bimbit Semasa Memandu
Semakin canggih teknologi, semakin canggih gak penggunaannya...
Ber"sms" & bercakap semasa menunggang atau memandu.
Semakin canggih plak aku tgk cara mereka2 ini mencipta cara penggunaan tambahan.
Hahaha kalo korang perasan lah ketika berada di jalan raya, korang ternampak lah sape2 naik motor ni, tiba2 gelak & bercakap sorang...yg pelik xde guna gadget tipon spt handsfree dgunakan.
Rupa2 nya si penunggang nie selit handphine kat celah2 helmet dia.
Yang si pemandu kereta plak. Dah lah dok kat lorong kanan. Then drive slow plak tu. Bila orang lain pintas, rupa2nya tgh bercakap tipon.
Kan ke x "panas" hati pemandu lain dibuatnya?
Apa lah salahnya, berhenti seketika ke...or jawab dgn org tu yg kita tu tgh driving ker...
Or xpayah jwb lansung. Nnt stop, call lah balik.
Xsalah kan?
K lah...aku rasa byk lg.
Tp kalo tgh2 jammed kat jalanraya tu...nk hilangkan stress. Cuba2 lah tgk kerenah pemandu2 lain. Kdg2 korang akan dapat tgk perkara yg melucukan...
So sama2 lah kita renung2kan tabiat2 di atas. Kalo ada pernah terbuat.
Sama2 berusaha mengubahnya k.
Adios! o(^^,)o
---> Ads With Nuffnang <---
Monday, March 15, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment