---> Ads With NuffNang <---

+++ Member of Society +++

s!t! NuR @sY!QiN


---> Ads With Nuffnang <---

Friday, December 14, 2012

Chicken Pop....C-Pop...

Assalammualaikum...
Hari ni makcik nak share citer tentang cik comei Atiqah.

Nak dipendekkan ceritanya, cik comei Atiqah yang umurnya baru 3 bulan dijangkiti penyakit "Chicken Pop". Kesian Cik Comei Atiqah...tapi alhamdulillah jugak yang dia hanya keluar bubble c-pop tu and takde demam.

Al-kesahnya, dia dah demam all-together dengan si kakak Cik Qiqin minggu lepas.
Tup2 plak, this week muncul pulak bubble c-popnya.

Memula makcik tak perasan lansung yang Cik Comei Atiqah nie kene penyakit c-pop tu coz dia tak demam. Dolu mase makcik kene time belajar U,makcik demam teruk. Bertahan gak lah sampai abis presentation kuliah. Adeh! Tuhan je yang tau mase kepanasan+kemiangan+kegatalan akibat C-pop tu. yang Cik Comei Atiqah ni, makcik perasan masa nak mandikan dia. Ade 1 lepuhan kat tepi pelipat lutut kirinya. Then, makcik teriak kat pakcik untuk confirmation. Ya! Betul! Confirm! Lepuhan tu adalah c-pop...huhuuhu

Then dok periksa bahagian2 badan Cik Comei Atiqah untuk mencari lepuhan c-pop nya...jumpa lagi kat bahagian atas punggung dia. Confirm! Baru nak kuar bubbles yang lain.
Bergegas lah bawak dia gi klinik. 

Yang doktor pulak boley plak tanya makcik balik: "Betul ke ni chicken pop?" Dalam hati makcik:" aku nie dokte or ko yang dokte? Apalah!"
Pehtu, settle sudah..doktor bagi cream sapu.

Then, bila kawan2 & family lain yang tau...adalah beberapa petua yang dikongsi bersama.
So, boley lah korang gunapakai petua-petua nie. Mana lah tau ada plak di antara family/kawan2 terdekat korang terkene plak penyakit c-pop nie...huhuhuhu

Petua-petuanya terbahagi kepada 2; iaitu tradisional & moden...
Tradisional:
1) Daun semambu yang diblend bersama kunyit & beras. Buat macam bedak sejuk. Sapu ke seluruh bahagian badan & anggota yang ada bubble c-pop tu.

2) Minum air kelapa bagi mempercepatkan proses pengeluaran bubble c-pop tu.

3) Mandi dengan air kelapa & bilas dengan air basuhan beras bagi menghilangkan rasa gatal/miang akibat c-pop tu.

4) Rebus daun semambu & mandi dengan air rebusan tu bagi mengurangkan rasa miang/gatal akibat c-pop.

Moden pulak:
1) Sapukan setiap anggota badanyang ada bubble c-pop tu dengan "Calamine Lotion". Losyen nie boleh didapati di farmasi2 berdekatan rumah anda...(chewah! Macam jualan promosi plak...hihihihi)

2) Dapatkan "Zirax Cream" dari ahli farmasi / doktor anda. Krim nie kalo dibeli kat farmasi, kita kene tulis nama coz ianya ubat terkawal. Tapi kalo farmasi tempat korang takde suruh wat gitu, maknanya dia takde wat kawalselia lah.

So, itu lah petua2nya yang nak dikongsi dengan korang. Selamag mencuba!

p/s: daun semambu banyak didapati di kawasan rumah milik kaum India sebab dorang suka tanam pokok nie. 

Tuesday, November 27, 2012

PantangLarang Kaum India - Susu Ibu

Assalammualaikum...
Nie mokcik nak share 1 pantang larang kaum mengenai susu ibu.

Napo pulak tetibo jo mokcik buko citor nie...ha! Ni sobab eh:
" Dimulakan dengan al-kesahnya makcik baru mule keje setelah 2 bulan berpantang selepas melahirkan anak. Disebabkan makcik nie memang fully breast feed anak sejak anak pertama dulu, so makcik memang akan memerah and menyimpan stok for future.
Alhamdulilah makcik dikurniakan susu yang banyak, so daripada membazir membuang macam tu saje, makcik merajinkan diri untuk memerah susu terrmasuk semasa waktu rehat tengahari bila dah mule bekerja.

So, dipendekkan cerita. Hari ni, makcik ditegur dek tea lady kat ofis makcik. Aunty tu berketurunan India. Sewaktu selesai perah susu (Alhamdulillah dapat lah 8 aunz hasil perahan tengahari tadi)...makcik turun la ke pantry coz nak masukkan susu ke dalam freezer sambil tunggu time balik. Cuma bezanya, hari nie makcik packing botol dalam plastik transparent. Selalunya dalam plastik bwarna, so orang takkan perasan lah yang tu botol susu mengandungi hasil perahan. Selepas selesai "misi" kat pantry, makcik sambung semula keje. 

Tetiba aunty Tea Lady tu datang kat makcik & ajak ke bilik kosong kat opis makcik tu. Aunty tu cakap:" kalo kami, orang India mau simpan susu...kene sorok2 & jangan bagi orang lelaki nampak. Kalo orang lelaki nampak & tegur; tak kesah lah samada dalam hati atau cakap...susu kita orang pompuan akan jadi sikit. Lama2 habis."

Makcik terkejut gak aunty tu tegur makcik pasal tu..ingatkan apa ler tadi. Then, makcik cuma cakap yang next time, makcik bawa bekas bertutup lah."

Bagi makcik kan...susu kita banyak atau sedikit adalah bergantung pada cara pemakanan kita sendiri. Then, kekerapan kita memerah susu bagi merangsang kelenjar susu. Selain daripada tu, selalu lah berdoa pada Allah swt agar diperbanyakkan susu kita.

Alhamdulillah ! Masa anak pertama, makcik berjaya fully breast feed sampai umur anak makcik 2 tahun setengah...tanpa menggunakan susu formula lansung. Alhamdulillah jugak jimat duit, tak payah beli susu formula.

Anyway, makcik respect lah kat aunty tu coz tegur makcik dengan cara yang berhemah sekali...hehehehe Itu hanyalah pantang larang kaum dia. Bagi makcik...takde apa-apa lah. Sekadar pantang larang jer. Mungkin tu cara dia orang... (^^,)

Sekian cerita hari ini...

Mom Bloggers Planet

Where Moms Unite

~ Shinjiru Malaysia ~