---> Ads With NuffNang <---

+++ Member of Society +++

s!t! NuR @sY!QiN


---> Ads With Nuffnang <---

Thursday, December 15, 2011

Ombak Rindu

Assalammualaikum...
Akhirnya dapat juga tengok Movie - Ombak Rindu yang ditunggu-tunggu...Hohohoho

Banyak betul halangan nak tengok citer tu semenjak di terbitkan pada 01st Dec 2011...dah beli tiket online, sampai kaunter --- takde booking katanya. Dah dapat tiket complimentary pass, takde mase plak sebab sebok kenduri sepupu kawen. Dah ada free-time last Sunday pon, couple / twin seat dah fully booked (tak mau amik single seat sebab bawak Cik Qiqin).

At last, dapat gak tengok time cuti Birthday Sultan Selangor (12/12/2011) -- Booked tiket pada hari Ahad...hihihi
Filem ni diadaptasikan dari sebuah novel terbitan Alaf 21 hasil karya Fauziah Ashari. Dulu aku dok mengadap novel ni sehari suntuk semata-mata nak tau ending citer novel & layan jalan cerita yang mendebar-debar.
Namun Filem yang diterbitkan takdelah sama 100% macam dalam novel tu. Cuma garapan bahagian yang penting & menarik dipadatkan dalam sebuah filem dibawah arahan Osman Ali.


Sinopsis:
Izzah (Lakonan Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya yang dijaga oleh pakcik & makciknya di kampung. Pada masa sama, makciknya menghidap barah dan memerlukan kos rawatan pembedahan yang mahal. Manakala, Pak Cik Taha pula banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang Pakcik Taha sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.


Bermula kehidupan Izzah sebagai "pelayan". Dan di sana lah dia berkenalan dengan seorang pelanggan tetap kelab malam tersebut bernama Hariz (Lakonan Aaron Aziz). Setelah dirayu Izzah, Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa Izzah menetap disebuah rumah miliknya yang berhampiran pantai. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan & Izzah berjanji tidak akan menuntut hak sebagai seorang isteri. Izzah cuma inginkan hubungan yang halal.


Kehadiran Mila Amylia (Lakonan Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Adakah mereka bermadu? Adakah mereka akan bahagia akhirnya? Adakah? Adakah? Adakah?

Hihihi jom tengok!

Layan....

Wednesday, December 14, 2011

Kucing Pakai But...Hihihi

Assalammualaikum...
Last Sunday, aku+En.Hubby+Cik Qiqin g tengok wayang citer "Kucing Pakai But"...hihihihi Puss in Boots lah.
Cik Qiqin seronok lah tengok sebab citer faveret die a.k.a kartun yang melibatkan kucing...Kusyuk lah dia.

Pada permulaan, cadangnya nak tengok citer Ombak Rindu dengan complimentary pass yg TGV bagi sebagai gantirugi kekecewaan aku dgn service dorang.
Disebabkan Twin / Couple Seat dah fully booked, so postponed lah tengok Ombank Rindu & tukar plan tengok citer Puss in Boots...layan! (^^,)

Inilah muka comei Puss yang MEMUKAU orang.


Ini pulak Kitty Soft-Paw yang MEMIKAT Puss.

Yang ni plak - Humpty: Soul Brother Puss sejak kecik.

Jalan ceritanya sangat menarik & seswai untuk dijadikan santapan mata & minda bagi semua peringkat umur.

Sinopsis:
Puss sedang mencari telur emas yang menjadi impian die sejak kecil bersama-sama soul brothernya - Humpty. Puss telah menghabiskan hampir setengah hidupnya (umur kucing) untuk mencari telur emas tersebut. Setelah mendengar cerita yang kononnya telur emas tersebut berada di istana atas awan dan hanya dengan melalui pokok kacang ajaib sahaja dia dapat ke sana, Puss meneruskan usaha mencari pasangan (Jack & Jill) yang memiliki kacang ajaib tersebut.

Dalam usaha mengambil kacang ajaib tersebut yang berada di tangan Jack, tiba-tiba saja muncul seekor kucing bertopeng (Kitty Soft-Paw) yang menggagalkan usaha Puss.

Kitty berganding bahu dengan Humpty Dumpty yang juga sedang berusaha mendapatkan kacang ajaib dari Jack dan Jill.

Pada awalnya Puss menolak untuk membantu Kitty dan Humpty Dumpty kerana peristiwa lampau. Namun setelah dipujuk, akhir Puss bersetuju.

Akhirnya mereka bertiga berjaya mendapatkan kacang ajaib dari Jack dan Jill.

Seterusnya bermulalah pengembaraan mereka untuk mengambil telur emas yang dijaga oleh monster ganas.

Sedihnya, tanpa pengetahuan Puss. Kitty Soft-Paws dan Humpty Dumpty mempunyai rancangan tersembuyi yang jahat...

Nak tau selanjutnya???

G lah tengok ek...hihihi

Meowww...

Mom Bloggers Planet

Where Moms Unite

~ Shinjiru Malaysia ~