---> Ads With NuffNang <---

+++ Member of Society +++

s!t! NuR @sY!QiN


---> Ads With Nuffnang <---

Wednesday, December 14, 2011

Kucing Pakai But...Hihihi

Assalammualaikum...
Last Sunday, aku+En.Hubby+Cik Qiqin g tengok wayang citer "Kucing Pakai But"...hihihihi Puss in Boots lah.
Cik Qiqin seronok lah tengok sebab citer faveret die a.k.a kartun yang melibatkan kucing...Kusyuk lah dia.

Pada permulaan, cadangnya nak tengok citer Ombak Rindu dengan complimentary pass yg TGV bagi sebagai gantirugi kekecewaan aku dgn service dorang.
Disebabkan Twin / Couple Seat dah fully booked, so postponed lah tengok Ombank Rindu & tukar plan tengok citer Puss in Boots...layan! (^^,)

Inilah muka comei Puss yang MEMUKAU orang.


Ini pulak Kitty Soft-Paw yang MEMIKAT Puss.

Yang ni plak - Humpty: Soul Brother Puss sejak kecik.

Jalan ceritanya sangat menarik & seswai untuk dijadikan santapan mata & minda bagi semua peringkat umur.

Sinopsis:
Puss sedang mencari telur emas yang menjadi impian die sejak kecil bersama-sama soul brothernya - Humpty. Puss telah menghabiskan hampir setengah hidupnya (umur kucing) untuk mencari telur emas tersebut. Setelah mendengar cerita yang kononnya telur emas tersebut berada di istana atas awan dan hanya dengan melalui pokok kacang ajaib sahaja dia dapat ke sana, Puss meneruskan usaha mencari pasangan (Jack & Jill) yang memiliki kacang ajaib tersebut.

Dalam usaha mengambil kacang ajaib tersebut yang berada di tangan Jack, tiba-tiba saja muncul seekor kucing bertopeng (Kitty Soft-Paw) yang menggagalkan usaha Puss.

Kitty berganding bahu dengan Humpty Dumpty yang juga sedang berusaha mendapatkan kacang ajaib dari Jack dan Jill.

Pada awalnya Puss menolak untuk membantu Kitty dan Humpty Dumpty kerana peristiwa lampau. Namun setelah dipujuk, akhir Puss bersetuju.

Akhirnya mereka bertiga berjaya mendapatkan kacang ajaib dari Jack dan Jill.

Seterusnya bermulalah pengembaraan mereka untuk mengambil telur emas yang dijaga oleh monster ganas.

Sedihnya, tanpa pengetahuan Puss. Kitty Soft-Paws dan Humpty Dumpty mempunyai rancangan tersembuyi yang jahat...

Nak tau selanjutnya???

G lah tengok ek...hihihi

Meowww...

Wednesday, December 7, 2011

Alamak! Toyol

Assalammualaikum...
Last week kami tengok citer "Alamak!Toyol..."
Jalan citer tu agak straigh-forward sket lah. Boleh tahan jugak lah kelakar citer tu...
Cik Qiqin suke lah sebab ada part yang die boleh tiru.


Sinopsis Alamak Toyol:-
Kisah bermula dengan Pak Umar yang pergi berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan toyol atas niat untuk cepat kaya. Bomoh itu mempunyai banyak koleksi toyol dan setiap toyol mempunyai harga masing-masing. Oleh kerana tidak mampu, Pak Umar mengambil toyol yang paling murah. Setelah mengambil toyol dari bomoh, bomoh tersebut mengecop barcode di dada kiri Pak Umar.
Pada waktu yang sama, Fakhrul dan Kudin yang juga merupakan sahabat baik juga memikirkan jalan untuk mendapatkan duit. Hampir setiap hari mereka mencuba kaedah baru untuk merompak namun semuanya gagal. Sehinggalah pada suatu hari, Fakhrul dan Kudin mahu merompak Pak Umar namun Pak Umar tiada duit untuk diberikan pada mereka. Pak Umar bercadang mahu memberi toyol tersebut pada Fakhrul dan Kudin.
Pada mulanya Fakhrul dan Kudin menolak toyol itu. Namun lama-kelamaan mereka sanggup untuk menerima toyol itu daripada Pak Umar. Toyol beralih arah dan barcode di dada kiri Pak Umar hilang serta-merta dan timbul barcode di dada kiri Fakhrul dan Kudin.
Sejak hari itu, bermulalah kisah Fakhrul dan Kudin yang mahu jadi cepat kaya. Malangnya nasib mereka apabila toyol yang diambil dari Pak Umar itu tidak pandai mencuri. Fakhrul dan Kudin terpaksa mengajar teori dan praktikal kepada toyol tersebut untuk mencuri.
Di satu tempat yang lain, Farah yang selama ini setia bekerja dengan Daniel akhirnya mengetahui rupa-rupanya selama ini Daniel menjalankan perniagaan haram iaitu dengan menyeludup dadah. Farah yang mengetahui hal ini telah membuat laporan polis namun pihak polis tidak berjumpa sebarang bukti. Daniel berdendam dengan Farah dan berniat mahu menghapuskan Farah. Suatu malam yang dingin, oleh kerana banyak kali gagal dalam mencuri, Fakhrul dan Kudin berniat untuk mengembalikan toyol pada Pak Umar kembali. Toyol dengan wajah sedih meminta satu lagi peluang dari Fakhrul dan Kudin. Toyol telah masuk untuk merompak rumah Farah dan di sini menjadi titik permulaan pertemuan antara Fakhrul, Kudin dan Farah. Fakhrul dan Kudin terpaksa menolong Farah untuk membongkarkan rahsia Daniel dalam masa yang sama mereka terpaksa mencari Pak Umar untuk mengembalikan toyol tersebut.

Sinopsis Credit to:


Adegan yang ditiru dek Cik Qiqin ialah mase Toyol tu curi kereta then tekan hon pehtu menari.
Hahahaha lawak jer...


Yang takde Bela Toyol:

Mom Bloggers Planet

Where Moms Unite

~ Shinjiru Malaysia ~