---> Ads With NuffNang <---

+++ Member of Society +++

s!t! NuR @sY!QiN


---> Ads With Nuffnang <---

Tuesday, September 13, 2011

Non-Ordinary??? Apa sudah Jadi???

Setelah sekian lama agaknya aku tak menghapdate blog.
Rasanya bermula pada awal bulan Ramadhan, aku xaktif menghapdate blog sebab kerana kesibukan+kepenatan+macam2 lagi lah yang menjadi alasan-alasan aku untuk tidak berblogging...

So setelah sekian lama jugak aku tak "menge-check"...tergerak plak hati nie nak check account Nuffnang...tup-tup terkojut den status sudah jadi "Non-Ordinary Nuffnanger".
Status "Lip-Lap" a.k.a Glitteri sudah ditarik balik oleh pihak Nuffnang...
Padanlah aku perasan bunga pink yang selalu dok diam2 kat tepi blog aku sudah takde...rupe2nya status Nuffnanger sudah bertukar...

Sedih??? Takdelah sangat coz paham sangat kompeni macam nie memang lebey kepada profit organization...cuma terkojut jer...hihihi

Ape bezanya antara Exclusive Vs Non-Exclusive Nuffnanger nie??? Korang baca lah kat bawah nie ek...(++.)
Ape2 pon, chaiyok! chaiyok untuk aku mendapatkan balik title lip-lap2 tu...hohohohho
Berusaha-Berusaha:

Monday, September 12, 2011

Disihir Melalui Gambar FaceBook...

Assalammualaikum Semua...
Terkejut aku baca berita KOSMO hari ni...ada seorang gadis nie disantau oleh kawannya melalui gambar profile dalam Facebook.

Ngeri jugak bile baca...doa2 agar dijauhi lah dari terkena benda2 khurafat & syirik ni..insya'Allah moga2 diberi perlindungan oleh Allah kepada semua ahli keluarga serta kawan2 yang lain.

Rasanya wajar kot sharing kat korang pasal benda2 macam nie. Ingatkan dunia dah semakin moden, xde lah muda-mudi sekarang nak buat benda2 macam tu lagi...

Boleh korang baca selanjutnya kat bawah nie:
Sumber KOSMO @ 12/09/2011 (Isnin)

"NILAI - Disihir menggunakan gambar yang terdapat dalam laman sosial Facebook (FB).
Itu yang didakwa berlaku kepada seorang pelajar institusi pengajian tinggi, dikenali sebagai Ira apabila gambar dari laman sosialnya dijadikan sebagai senjata pemujaan sihir.


Ira, 22, mendakwa, dia telah disihir oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Maria kerana cemburu akan hubungan bersama teman lelakinya serta mahu memutuskan hubungan mereka.


"Maria adalah bekas teman wanita kekasih saya tetapi hubungan mereka telah lama putus. Sebab itu dia menyihir saya kerana ingin melihat hubungan kami hancur.


"Kami tidak mengenali antara satu sama lain.


"Dia hadir menghulurkan tangan sebagai rakan dan saya sambut kerana ingat dia jujur namun sebaliknya," dakwanya ketika ditemui baru-baru ini.

Jelas Ira lagi, dia mengetahui disihir oleh Maria melalui sekeping gambar setelah menerima rawatan daripada penaung Pusat Rawatan Islam At Tobibi di Bandar Baru Nilai, Shamsuri Safie pada Jun lalu.

Menurutnya, semasa rawatan, dia mendapati gambar mata Maria seolah-olah bersinar setiap kali dia merenungnya.

Ketika itu, dia merasakan Maria terlalu baik dan dia menurut segala kemahuannya termasuk berhenti kerja.

"Bagaimanapun setelah berubat, baru saya tahu bahawa saya bukan sahaja terkena sihir tetapi disantau oleh Maria,'' ceritanya.

Menurutnya, Shamsuri memberitahunya bahawa Maria telah meletakkan abu mayat di dalam makanannya."



Bertawakkal:

Mom Bloggers Planet

Where Moms Unite

~ Shinjiru Malaysia ~