---> Ads With NuffNang <---

+++ Member of Society +++

s!t! NuR @sY!QiN


---> Ads With Nuffnang <---

Tuesday, September 13, 2011

Non-Ordinary??? Apa sudah Jadi???

Setelah sekian lama agaknya aku tak menghapdate blog.
Rasanya bermula pada awal bulan Ramadhan, aku xaktif menghapdate blog sebab kerana kesibukan+kepenatan+macam2 lagi lah yang menjadi alasan-alasan aku untuk tidak berblogging...

So setelah sekian lama jugak aku tak "menge-check"...tergerak plak hati nie nak check account Nuffnang...tup-tup terkojut den status sudah jadi "Non-Ordinary Nuffnanger".
Status "Lip-Lap" a.k.a Glitteri sudah ditarik balik oleh pihak Nuffnang...
Padanlah aku perasan bunga pink yang selalu dok diam2 kat tepi blog aku sudah takde...rupe2nya status Nuffnanger sudah bertukar...

Sedih??? Takdelah sangat coz paham sangat kompeni macam nie memang lebey kepada profit organization...cuma terkojut jer...hihihi

Ape bezanya antara Exclusive Vs Non-Exclusive Nuffnanger nie??? Korang baca lah kat bawah nie ek...(++.)
Ape2 pon, chaiyok! chaiyok untuk aku mendapatkan balik title lip-lap2 tu...hohohohho
Berusaha-Berusaha:

Monday, September 12, 2011

Disihir Melalui Gambar FaceBook...

Assalammualaikum Semua...
Terkejut aku baca berita KOSMO hari ni...ada seorang gadis nie disantau oleh kawannya melalui gambar profile dalam Facebook.

Ngeri jugak bile baca...doa2 agar dijauhi lah dari terkena benda2 khurafat & syirik ni..insya'Allah moga2 diberi perlindungan oleh Allah kepada semua ahli keluarga serta kawan2 yang lain.

Rasanya wajar kot sharing kat korang pasal benda2 macam nie. Ingatkan dunia dah semakin moden, xde lah muda-mudi sekarang nak buat benda2 macam tu lagi...

Boleh korang baca selanjutnya kat bawah nie:
Sumber KOSMO @ 12/09/2011 (Isnin)

"NILAI - Disihir menggunakan gambar yang terdapat dalam laman sosial Facebook (FB).
Itu yang didakwa berlaku kepada seorang pelajar institusi pengajian tinggi, dikenali sebagai Ira apabila gambar dari laman sosialnya dijadikan sebagai senjata pemujaan sihir.


Ira, 22, mendakwa, dia telah disihir oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Maria kerana cemburu akan hubungan bersama teman lelakinya serta mahu memutuskan hubungan mereka.


"Maria adalah bekas teman wanita kekasih saya tetapi hubungan mereka telah lama putus. Sebab itu dia menyihir saya kerana ingin melihat hubungan kami hancur.


"Kami tidak mengenali antara satu sama lain.


"Dia hadir menghulurkan tangan sebagai rakan dan saya sambut kerana ingat dia jujur namun sebaliknya," dakwanya ketika ditemui baru-baru ini.

Jelas Ira lagi, dia mengetahui disihir oleh Maria melalui sekeping gambar setelah menerima rawatan daripada penaung Pusat Rawatan Islam At Tobibi di Bandar Baru Nilai, Shamsuri Safie pada Jun lalu.

Menurutnya, semasa rawatan, dia mendapati gambar mata Maria seolah-olah bersinar setiap kali dia merenungnya.

Ketika itu, dia merasakan Maria terlalu baik dan dia menurut segala kemahuannya termasuk berhenti kerja.

"Bagaimanapun setelah berubat, baru saya tahu bahawa saya bukan sahaja terkena sihir tetapi disantau oleh Maria,'' ceritanya.

Menurutnya, Shamsuri memberitahunya bahawa Maria telah meletakkan abu mayat di dalam makanannya."



Bertawakkal:

Thursday, September 8, 2011

Raya 2011

Assalammualaikum...
Selamat...selamat...Selamat Hari Raya!

Meh nak story sket tentang raya family aku tahun nie.

Tahun nie tema baju raya kami sekeluarga (En.Suami+Aku+Cik Qiqin) ialah colour Purple a.k.a Ungu.

Rasanya ramai jugak orang2 lain pilih warna nie sebagai tema dorang tahun nie coz ada ramai gak kengkawan yang share2 kata yang tahun nie tema dorang Purple (Ungu)...

Xpe2..yang penting... MERIAH...hihihi

Tahun nie turn beraya di sebelah family aku dulu..next year plak sebelah family En.Suami...sistem bergilir..baru lah adil... (^^,)

Sejak Cik Qiqin dah pandai bercakap (also berleter), so raya tahun nie meriah lah sikit melayan kerenah die untuk pilih baju raya. Masa test baju, soalan pertama nie:
"Umi, comel x?"

Semestinya aku jawab comel lah kan..sebab memang comei...hihihi seronok tengok die pakai tudung & baju kurung. Then jalan terkedek2 smbil pegang kain..hihihi

Masa raya pertama tu, dia seronok pakai tudung.
Memang xtanggal kecuali time kat rumah.
Alhamdulillah..moga2 berterusan..insya'Allah...

Ni lah gambar the latest kami...thanks to sepupu aku...


Atas nie: Aku...Cik Qiqin...& En.Suami


Atas ni plak...Anak Sepupu aku Alif (Anak kepada Pn.Beba+En.Anas) &...yang seronok pegang duit raya tu...sape lagi kalo bukan Cik Qiqin...


Yang seronok Beraya:

Monday, September 5, 2011

Pengaruh iklan TV --- Cik Qiqin ---

Assalammualaikum wbt...


Selamat Hari Raya lagi sekali....raya kan sebulan..hihihihi


Ni nak share 1 iklan yang cukup mempengaruhi minda si kecik kat umah tu...
hurmmm...sape lagi kalo bukan Cik Siti Nur Asyiqin yang leter tu... (^^,)


Rase2nya korang mesti ade tengok or terrtengok iklan ASB / PNB tu...alah yang ade budak reramai raya ke rumah Adibah Noor tu...


Nak tau part mana yang mempengaruhi minda Cik Qiqin nie...ha!part yang akhir tu.

Kan masa akhir iklan tu budak pakai baju melayu warna biru tu ada terima duit raya dari Adibah Noor (berlakon sebagai mak yang berpakat dengan anak dia suruh ajak kawan2 anak dia datang beraya ke rumah).


Mase terima tu budak tu cakap: "Seringgit jer mak!?"
Adibah Noor cakap: "Simpannn...(Sambil senyum)"


Ha!bab tu lah cik Qiqin selalu sebut kat orang bile dapat duit raya (walaupun lebih RM 1.00)...
Kadang2 dia sambunglah cakap "simpann.."tu...
Kadang2 dia tak sambung...

Bila dia tak sambung tu...
Huhuhu honestly say lah kadang2 rase segan gak bile anak cakap gitu walaupun budak...
Yelah...mana taknya segan;
mana yang tengok iklan tu, faham lah mana die dapat ayat tu..mana yang tak tengok? huhuhu mesti pikir yang bukan-bukan...huhuhu

Memanglah faham motif iklan tu...simpan duit tu walaupun dapat RM 1.00 jer...

Tapi nak buat macam mana kan...terrlekat plak ayat tu kat minda si kecik tu...sabarrr ajer lah...(^^,)

Mana yang tak tengok iklan tu...tengok-tengoklah kat bawah nie link YouTube nya...



Yang xtau nak wat ape:

Mom Bloggers Planet

Where Moms Unite

~ Shinjiru Malaysia ~