---> Ads With NuffNang <---

+++ Member of Society +++

s!t! NuR @sY!QiN


---> Ads With Nuffnang <---

Thursday, June 9, 2011

Day 3: Sabah --- Sesi Petang ---

Assalammualaikum...
Sambungan cerita "Hari ke-3: Jalan-Jalan di Sabah"...HOWEVER, ni sesi petang...wahhh! sehari suntuk berjalan-jalan di Sabah.

Dari Ranau kami meneruskan perjalanan menuju ke destinasi utama: Kolam Air Panas Poring & kaki Gunung Kinabalu.

Destinasi pertama ialah Kolam Air Panas Poring. Sebelum g rendam kaki dalam air panas...kami g "mengembara" ke Canopy Walk...fuhhh! letih...al-maklum lah badan dah "comei"..hihihi rase2nya lepas canopy walk tu, ade turun sket kot...hohohohohho mimpi!
Canopy Walk ni terletak di bahagian belakang Kolam Air Panas Poring. Menurut kata husband kepada sepupu aku, dulu jarak perjalanan dari pintu masuk Canopy Walk tu ke akhir adalah lebih panjang sedikit dari jarak baru nie.

Tapi bagi sesiapa yang gayat / takut tinggi & cepat letih, dinasihatkan xperlu paksa diri coz jambatan gantung yang sedia ada agak tinggi dan perjalanan agak jauh kerana ada aktiviti mendaki jugak lah.
Kalau nak mencuba juga, apa salahnya. Cuma perlu berehat lah setiap 5 / 10 minit perjalanan & yang penting...sila bawa bekalan air mineral.
Setelah penat berjalan menyusuri denai-denai hutan & jambatan gantung di Canopy Walk, kami menuju ke Kolam Air Panas pulak.

Di kolam air panas ni, terdapat 2 bahagian iaitu bahagian terbuka & tertutup. Bagi sesiapa yang nak private / berseronok bersama keluarga, boleh lah memilih pondok yang disediakan.
Cik Qiqin lah yang paling seronok sekali mandi sebab dapat mandi air kolam. Pendek kata enjoy lah die dgn En.Hubby bersama-sama sepupu die --- Alif.
Aku dan yang lain-lain cume rendam kaki jer...hahahaha
Note: Bergambar dengan pasangan pelancong yang peramah.

Note: Bergambar di hadapan jambatan Sungai Mamut yang "under construction"...

Budak-budak ceria yang seronok bermain selepas "pekena" kolam air panas.

Atas inilah gambar-gambar di Canopy Walk & Kolam Air Panas Poring.

Seterusnya, kite bergerak ke kaki Gunung Kinabalu plak...bukan Puncak ek..kaki dulu..hehehe puncak dah naik dulu dah...
Rindu plak dgn dak2 Res-Q JPA UiTM...wahahwahwhahwahahah

Tapi dari segi mata kasar aku lah...dah byk gak berubah berbanding dulu mase aku g dgn Team Res-Q, JPA UiTM. Rindu gak kat tupai-tupai yg bulat minta makan time stop di perhentian di dalam hutan menuju ke puncak...(macam lagu AF lah plak..hehehe).

Selesai sudah hari yang ke-3 di Sabah...
Seronok & a little bit adventure lah.

P/S:
Pening aku dengan perjalanan hari tu...balik jer rumah, terus muntah-muntah & demam sekejap...huhuhuhu al-maklum lah lama xjalan lengkang-lengkok macam gitu...hohohoho

Yang Seronok tapi Demam:

Wednesday, June 8, 2011

Day 3 di Sabah --- SeSi PaGi ---

Assalammualaikum...
Ini lah die continue story "Jejalan ke Sabah" - Episode 3...
hahahaha bak kata ade yg komen kata blog aku nie diary kenit...

Hari ke-3 di Sabah ni ade 2 sesi: "Jalan2 sesi pagi & Jalan2 sesi Petang". So untuk hari ini, kite citer pasal jalan-jalan sesi pagi.

Sesi pagi hari ke-3 di Sabah bermula dgn perjalanan ke Ranau..pening giler terumbang-ambing dok dalam kete sebab jalan yang melengkang-lengkok macam ular kene palu. Aku plak dok belakang sekali dalam 4 Wheel tu...
hohoho pening-pening...sebelum sampai ke Ranau, kami singgah sebentar di Restoran Nabalu.

Sangat2 lah sejuk, nyesal xbawak baju panas...hohoho air teh susu yg baru smpai sekejap jer dah sejuk...bukan sejuk sebab hujan...tapi sebab tiupan angin...fuhhhh masyuk nak lelap.

Meh layan gambar kat Restoran Nabalu...
P/S: Tu sepupu aku tengah menikmati udara yg nyaman...layannn Beb!

Then, selepas menjamu selera. Kami meneruskan perjalanan & singgah sebentar di Ranau...
Actually destinasi utama kami adalah g ke Poring & ke kaki Gunung Kinabalu...


Kat atas nie gambar-gambar "singgah sebentar di Ranau"
Sempatlah mak mertuaku beli pisang goreng panas sebagai bekalan sepanjang perjalanan yang "agak" jauh lagi tu...

So --- End of Day 3: Sesi Pagi ---

Yang sejuk time tu:

Monday, June 6, 2011

Jejalan d Sabah - Day 2

Assalammualaikum...
Meh sambung cerita Day 1 di Sabah...

Day 2 di Sabah pun xde buat ape2 sgt coz nak tunggu ibu mertuaku yang flightnyer petang pada 22/06/2011 coz nanti jalan2 tanpa die, xseronok pulak..hehehehe

So Day 2 pun xde aktiviti sangat...bangun pagi, sepupu ajak g breakfast kat restoran yang dorang selalu breakfast (kat ape nama kedai tu..aku dah lupe. Tapi yang pastinya --- Kedai Mamak..hihihihi).

After breakfast, kami g jalan-jalan kat "Pasar Gaya" (<<<--- Eja ikut bunyinya...ntah betul ntah tidak..hhohoho)
Kat atas nie bergambar di hadapan Pondok Rehat lah...
"Walai Koubasanan" namanya..
maybe lah maksud die: Balai Kebosanan...hohohoho

Yang ni plak kat depan pintu Gerbang Pasar Gaya...
Dak lelaki yang aku dukung tu lah En.Alif yang comei...
"Hi! Alif...Shaba here...hehehehe"

Gambar2 kat bawah nie plak "lawatan" kami ke Pasar Gaya..
macam2 ada jual kat situ...hewan peliharaan pun ada jugak macam ikan, kucing, anjing, kura-kura & macam2 lagi lah...

Antara barang-barang yang dijual di pasar tersebut.

Kat atas nie gambar Cik Qiqin dengan sepupunya Alif & Pak Long Anas...

Setelah penat buat "lawatan" di Pasar Gaya..kami pun menuju pulang ke rumah...dalam waktu tengahari tu singgah sebentar di pasar basah---- nak beli ketam & udang yang segar2 & besar2...
Yummy...masak udang sambal & ketam masak gulai cili api...

Habis sudah hari ke-2 di Sabah.
Nanti sambung cerita hari ke-3 plak...(^^,)

Yang Seronok:

Mom Bloggers Planet

Where Moms Unite

~ Shinjiru Malaysia ~