Aku minta maaf kalo post ini mengganggu segelintir masyarakat tp inilah kenyataan kehidupan duniawi.
Ada orang yang harus kita pertimbangkan sebelum menjadi kawan kita.
Ada pepatah mengatakan "Musuh jangan diadang, selisih jangan dicari"...
So pepandai lah sekalian memikirkannya apa maksudnya.
Klo xfaham jugak, cari lah kat Google ek! (^^,)
Ada orang suka mengambil tahu hal orang lain supaya itu dijadikan kekuatan bagi dirinya.
Ada orang suka meramaikan kawan tapi berniat untuk mengambil kesempatan ke atasnya.
Ada orang suka bercakap buruk dibelakang kita tetapi di depan kita, dia berbaik sangka.
Ada orang yang patut meraih pingat atau anugerah pelakon terbaik duniawi kerana boleh membawa pelbagai watak dengan baik.
Ada orang berniat menyebarkan spekulasi / provokasi / gosip tentang diri kita untuk tujuan menutup keaiban diri mereka.
Ada orang berbaik dengan kita tetapi berniat untuk menjatuhkan & menabur pasir dalam periuk nasi kita.
Ada orang irihati dengan kejayaan kita, tapi tidak pernah berusaha bersungguh-sungguh.
Ada orang berusaha bersungguh-sungguh, tetapi sentiasa mengeluh & mengungkit akan usahanya.
Ada orang gembira melihat orang lain berbalah, porak-peranda & terputus silaturrahim semata-mata untuk disukai.Ada orang menunjukkan sifat luaran yang baik namun buruk di hati.
Ada orang suka menyebarkan rahsia yang diketahui semata-mata meraih perhatian umum.
Ada orang suka membuka keaiban diri sendiri tanpa disedari.
Orang-orang yang tergolong di atas adalah golongan manusia biasa yang selalu kita jumpa tanpa disedari akan sifatnya.
Orang-orang di atas adalah amat sukar dijauhi kerana sukar dikesan.
Namun bukan kita untuk menilai seseorang, tapi bukakan hati untuk menilai diri sendiri.
Kita tidak layak untuk menilai kebaikan & keburukan seseorang itu di mata Allah swt.
Kita hanya manusia kerdil yang dipinjamkan nyawa olehNya untuk menjalankan tugas sebgai khalifah dengan baik, tulus & ikhlas...Insya'Allah...