Merekalah pelindung, pendidik, penyayang, pembimbing, pemberi semangat & keceriaan serta penguat antara semua.
Merekalah insan yg dilahirkan dengan sifat tabah, teguh, cekal & sabar yg tiada tandingannya. Kerana mereka mampu menanggung dan mengendong segala bebanan di bahu.
Mereka juga merupakan penawar hati yg duka. Penghibur hati yg lara.
Bila kita dilanda musibah, semangat mereka yg mengembalikan ketenangan di jiwa.
Doa mereka yg dimakbulkan Tuhan.
Berkat mereka yg meneguhkan kembali siratan kasih.
Tahukah kita, apabila mereka sedih.
Mereka mampu tersenyum menyembunyikan kesedihan.
Apabila mereka berduka, dikesatkan airmata kekecewaan. Digantikan dgn airmata kegembiraan.
Apabila mereka kesusahan, disembunyikan kekesalan. Ketabahan hati & kecekalan diri menggantikan kepayahan.
Wajah pertama yg kita lihat sewaktu dilahirkan adalah wajah mereka.
Suara lunak yg memujuk kita sewaktu sedih adalah suara mereka.
Panggilan pertama yg keluar sewaktu kita mula berbicara adalah "mak"...sungguhpun kita tidak mengerti lagi apa maksudnya.
Insan pertama yg kita percaya sepenuh hati juga adalah mereka.
Suara garang yg menegur setiap bibit kesalahan kita adalah mereka.
Lontaran leteran yg tidak kita sukai...adalah lontaran kasih mereka sebagai penasihat yg paling memahami diri kita juga adalah mereka.
Sering kita laungkan pabila dewasa, adakah mereka tidak memahami diri kita?
Tidak pernahkah kita persoalkan bahawa adakah kita memahami diri mereka?
Persoalan yg jawapannya sungguh mudah:
Sejak kecil mereka yg menjaga kita dari membersih sehingga melayan ragam kita yg pelbagai...mereka menjaga setiap sudut aspek walaupun sekecil cuma...
Namun pabila dewasa...apabila kita sudah cerdik berfikir, mengapa kita mengubah kefahaman itu?
Keutamaan mereka adalah kita.
Jadi siapa kah keutamaan kita?
Renungkan lah sejenak.
Sempena Hari Ibu yg mendatang;
Ku pohon seribu kemaafan dari IBU2 ku...
Terima kasih kerana memberi petunjuk kepada ku...
Memberi kasih sayang yg tiada tandingannya...
Setinggi-tinggi penghargaan yg tidak ternilai ku ucapkan...
Kehadiranmu amat ku syukuri...
Selamat Hari Ibu! Sayang kamu semua...