Post ni dibuat adalah untuk meluahkan rasa marah aku khas terhadap kakitangan Pizza Hut Pelangi Semenyih.
Sepatutnya tempat yang baru beroperasi memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi menarik perhatian pelanggan.
Selain daripada kualiti makanan yang bagus, perkhidmatan juga haruslah diambilkira sebagai satu aspek yang penting bagi menjaga nama baik mereka.
Sebagai seorang pelanggan, aku turut ingin mendapat perhatian terbaik sebab "service tax tu aku bayar tau!"
Sudahlah terpaksa menunggu hampir 1 jam untuk mendapat order.
Jangankan makanan, air pula jauh sekali dihantar.
At least bagi air dulu pun ok lah. Boleh jugaklah sejukkan hati yang tengah hangat ni.
Yang sampai, hanya mushroom soup 1 mangkuk sahaja.
Lagi menambahkan sakit hati & marah, orang lain yang sampai kemudian dah dapat makanan & air mereka.
Adil ker tu???
Nak kata ramai masa tu, cume ada 2 tables je orang menunggu termasuk aku.
Yang lain, semuanya pelanggan baru sampai & baru order.
Tapi dapat dulu.
Apa ingat aku & family ni invisible ke!?
Bila ditanya mengenai order aku, jawapannya:
"Ooh!meja 46 yek. Kejap yek."
Lepas tu budak tu pun "Stuck" gak kat kaunter. Muka pun serba salah.
Aku tak salahkan budak perempuan tu sebab aku perhatikan dari awal aku datang sehingga lah aku membatalkan order aku, budak tu jer yang bertungkus lumus ke hulu dan ke hilir.
Segelintir pelayan lelaki berkumpul di kaunter masuk & sebahagian lagi berkumpul di meja serving & berbual.
Setelah aku pun baran, suami aku pun dah fed-up...anak aku pun dah memberontak kelaparan.
Aku pun chow ke kaunter "Sila batalkan order saya".
Tanpa bertanya lebih lanjut kenapa aku membatalkan order, dengan muka selamba budak cashier tu tanya aku makan apa.
Aku kata "Meja 46 dan bayar mushroom soup jer.Yang lain batal. Saya dah fed-up, orang lain datang kemudian dapat dulu"
Tiada satu pun ungkapan maaf terkeluar dari mulut-mulut mereka yang berada di kaunter tu.
Semua buat muka selamba & kurang ajar.
Inilah dia contoh muda-mudi zaman sekarang.
Punye lah ramai yang melepak kat kaunter tu, ada 5 orang termasuk budak cashier tu.
Nak bagi baki pun kelam kabut.
Aku pun terus blah sebab anak aku dah meragam lapar.
Bak kata laki aku: "Kalo orang dah kebulur nie, mau pengsan kat sini.
Note:
Pizza Hut Cawangan Kajang bersebelahan Metro Point pun camni gak...tapi tu awal tahun aritu.
Pastu aku tak pernah pergi lagi.
So, kepada pihak pengurusan Pizza Hut, mana-mana cawangan lah:
Sila ambil berat mengenai perkara ini.
Jangan timbulkan diskriminasi terhadap pelanggan.
Jangan harap makanan jer sedap, kualiti service kena gak dititikberatkan.