Assalammualaikum...
Tahun baru 2014 mengejutkan Mokcik dengan peristiwa berdarah... Huhuhuuuu
Begini lah al-kesahnye... :(
Pagi @ 7.30am:
Bersiap-siap nak gi koje coz my Big Boss said: MUST WORK ON EVERY BEGINNING OF THE YEAR. Feng shui katanya..huhuhu sape xnak koje; amik lah Annual Leave anda yang pertama.
So, cium dahi kedua-dua puteri kesayangan Mokcik yang dah dok havoc pepagi.
Tapi, rasa berat di hati nak tinggalkan puteri bongsu Mokcik nie. Mokcik cium 2x dahi dia.
As for the day; dorang dok dengan ayah dorang sebab pengasuh ada urusan nak uruskan persekolahan anak2 dia.
Pagi @ 9.00am:
Mula call en.Hubby...TAPI tiada jawapan.
Penat gak lah tekan button dialing tu. Sorang pon tak jawab panggilan.
Biasanye kalo si en.Hubby mandi; si kakak (puteri sulung Mokcik) akan jawab tepon.
Tapi lansung takde sesiapa jawab.
Makcik pon mula lah resah gelisah tak tentu arah.
Pada kebiasaannye; pukul 9pagi...si kecik tu dah menjerit minta bekpes...
So, risau si ayahnye terlelap; Mokcik pon nak call n remind lah.
Disebabkan tiada jawapan; Mokcik mula call mak mertua Mokcik & bertanyakan samada dorang sumer nie dah smpai ke belom.
Malangnya; mak mertua Mokcik pon kata tak kunjung tiba pon dorang nie.
Hurmmmm... :(
Pagi @ 10.00am:
Dapat panggilan daripada no.talian tempatan yang tidak dikenali.
Terdetik pulak dalam hati bertanya: siapa lah guna no.opis call di hari orang sumer cuti nie?
Bila dijawab...ini jawapannya:
Pemanggil: "Ini Pn.Siti Norhayati ke?"
Mokcik: "Yea saya. Sape tu?"
Pemanggil: "Saya buat panggilan daripada Unit Kecemasan Hospital Kajang. Puan diminta datang ke unit ni untuk daftarkan anak Puan yang berada di unit kami."
Mokcik: "Anak? Yang mana satu? Kenapa dengan anak saya?"
Tetiba en.Hubby yang jawab pulak.
En.Hubby: "Ummi, datang sini. Daftar Atiqah. Kepala dia kene meja."
Mokcik: "Hah! Macam mana boleh kena? Padan lah call tak jawab2. Teruk ke? Ok Ummi datang sekarang!"
Terus Mokcik ends call.
Tak sampai 5 minit. Unit Kecemasan hospital tu call semula.
Pemanggil: "Puan, sila bawa bersama MyKid atau Sijil Kelahiran ya untuk daftarkan anak Puan."
Mokcik: "Ok. Saya datang sekarang"
Terus Mokcik bergegas jumpa boss & bagitau anak Mokcik masuk hospital and Mokcik nak EL.
Pagi @ 10.30am:
Setibanya Mokcik diperkarangan hospital.
Mokcik tak nampak anak kecik Mokcik. Mokcik cume nampak anak sulung Mokcik yang dok tunggu depan pintu bilik pengasingan.
Di tangan dia; ada sehelai tuala yang dipenuhi dengan darah beserta baju anak kecik Mokcik.
Ya Allah! Berderau jantung Mokcik. Banyaknya darah!
Tak lama selepas tu, Mokcik nampak anak Mokcik dalam keadaan yang pucat & lemah dipangku oleh ayahnya di atas stretcher. Dia nampak Mokcik; terus dia meraung nangis menjerit macam minta dibelai.
Tak tertahan air mata Mokcik tengok keadaan dia.
Pagi @ 11.00 am:
Doktor menerangkan bahawan anak Mokcik kehilangan banyak darah & perlu dimasukkan darah dengan kadar segera. Ini kerana dia mengalami pendarahan dalaman di bahagian kepala.
Dia perlu menjalani pembedahan & bahagian-bahagian luka perlu dijahit segera untuk menghentikan pendarahan.
Ya Allah! Hanya Allah je yang tahu perasaan Mokcik waktu tu. Doktor bagi Mokcik tandatangan beberapa dokumen sperti pemindahan darah, CT scan, komplikasi pembedahan & borang risiko yang perlu diketahui.
Pagi @ 11.30am:
Doktor menjalankan CT scan untuk melihat keadaan luka di kepala anak Mokcik.
Alhamdulillah tak terkena bahagian otak.
Namun, pendarahan masih lagi tidak berhenti kerana terkoyak lapisan kulit kedua & terkena sedikit urat kepala.
Doktor bahagian otak menunggu keputusan Doktor bahagian Tulang untuk memeriksa tempurung tengkorak kepala samada terdapat keretakan atau tidak.
Sekali lagi Alhamdulillah tidak ada sebarang keretakan.
Alhamdulillah jugak anak Mokcik tidak mengalami sebarang gegaran (Concussion) ataupon pengsan.
Tengahari @ 12.00 pm:
Setibanya doktor bertugas & doktor Bedah untuk berbincang.
Pemindahan darah (Blood Transfussion) perlu dijalankan dengan segera.
TAPI darah yang diperlukan belum sampai.
Mokcik tanya pada doktor, anak Mokcik darah jenis apa?
Doktor boleh jawab:"Apa jenis darahnya tak penting. Yang penting sekarang, kita nak kena cukupkan 6jam sebab anak Puan dah bersarapan. Dijangka sekitar pukul 3pm baru pembedahan boleh dijalankan. Doktor bahagian bius tak nak ambil risiko kerana dia masih bayi. Dan kita juga tak nak ambil risiko untuk melakukan pembedahan sekarang. Ini kerana kita risau apa yang dia makan akan block paru-paru dia sejurus selepas dibiuskan. Kuantiti makanan yang diambil tu tak penting juga. Sekarang nie risiko adalah 50:50"
Terus berjurai-jurai air mata Mokcik bile dengar perkataan "50:50" tu.
Ya Allah! Engkau selamatkan lah anak ku.
Tengahari @ 12.30pm:
Doktor tak henti-henti mengambil sample darah anak Mokcik.
4 kali ambil, semua dikatakan "tak cantik". Tekanan terlalu low & platelet tak dapat dikira.
Tekanan dari 7 menurun ke 5 --- status kritikal.
Doktor bertugas dah mula marah bertanyakan di mana bekalan darah.
Mokcik tak sanggup tengok anak Mokcik yang dalam keadaan putih lesi kehilangan darah.
Lemah longlai ibarat tidur tidak berjaga. :(
Seluruh ahli keluarga dah datang memberi sokongan.
Mokcik tak menjamah sedikit makanan lansung kerana memikirkan keadaan anak Mokcik tu.
Air mata tak berhenti-henti mengalir.
Mulut tak berhenti-henti berdoa & beristighfar agar menenangkan fikiran.
Tengahari @ 2.30pm:
Bekalan darah sampai.
Badan anak Mokcik dah lebam-lebam di kedua-dua belah kaki kerana dicucuk jarum untuk mengambil sample darah.
Tangan kiri & kanan juga seperti sudah tiada darah lagi untuk mengalir pabila tiub dicucuk untuk lakukan pemindahan darah & masukkan drip.
Tengahari @ 3.00pm:
Anak Mokcik ditolak ke bilik bedah untuk menjalani pembedahan.
Kami sekeluarga berkumpul di hadapan bangunan bilik bedah untuk menunggu.
Menunggu...dan terus menunggu... :(
Petang @ 4.30pm:
Anak Mokcik telah selamat dibedah & dijahit kepalanya. ALHAMDULILLAH!!!
Dia terus ditolak ke wad kanak-kanak di bahagian pemantauan.
Kelihatan sangat lemah & masih lagi dalam kesan bius.
Mata yang kutu memandang sekeliling mencari orang dikenali.
Tertumpu ke arah Mokcik & mula merengek. Dikuatkan hati ini agar tidak menangis.
Alhamdulillah dia seorang anak yang kuat.
En.Hubby kata anak kami ni lansung tidak menangis pada mula-mula berdarah.
Cuma mula menangis pabila mata dia terasa pedih dibasahi darah.
Sepanjang perjalanan ke hospital pon dia tak menangis.Cume menangis pabila ternampak Mokcik kerna dia sangat manja dengan Mokcik.
Maka bermalam lah Mokcik semalam di hospital kerna menjaga anak Mokcik tu.
Alhamdulillah dia segera sembuh & mempunyai selera untuk menyusu & makan.
Alhamdulillah dengan kuasa Allah yang Maha Melindungi telah melindungi anak Mokcik.
Kerna Zat KurniaanNya; anak Mokcik telah pulih sediakala.
Cuma parut dikedua-dua dahi masih memerlukan masa untuk pulih.
Mungkin takkan hilang 100%.
Namun, akan jadi samar-samar.
Sekarang ni Mokcik bercuti selama 2 minggu untuk menjaga anak Mokcik.
Mokcik masih lagi trauma nak tinggalkan dia dengan sesiapa termasuk pengasuh dia.
Mokcik nak tengok dia benar-benar pulih dahulu baru lah semangat Mokcik pulih semula.
Alhamdulillah bos Mokcik faham situasi Mokcik & sudi meng"approve"kan cuti Mokcik.
Sekian citer Mokcik.
Yang Trauma:
Aunz
Kat sini Mokcik kepilkan beberapa gambar untuk tatapan semua...
Ini lah meja Coffe Table yg pecah.
Petang di hari pertama pembedahan @ 01/01/2014
Jahitan di 3 bahagian...kesemua 12 jahitan.
Sebelum & Selepas jahitan dibuka (5 hari tempoh diberi untuk membuka jahitan)
Wajah si kecik setelah 1 minggu.