---> Ads With NuffNang <---

+++ Member of Society +++

s!t! NuR @sY!QiN


---> Ads With Nuffnang <---

Monday, September 12, 2011

Disihir Melalui Gambar FaceBook...

Assalammualaikum Semua...
Terkejut aku baca berita KOSMO hari ni...ada seorang gadis nie disantau oleh kawannya melalui gambar profile dalam Facebook.

Ngeri jugak bile baca...doa2 agar dijauhi lah dari terkena benda2 khurafat & syirik ni..insya'Allah moga2 diberi perlindungan oleh Allah kepada semua ahli keluarga serta kawan2 yang lain.

Rasanya wajar kot sharing kat korang pasal benda2 macam nie. Ingatkan dunia dah semakin moden, xde lah muda-mudi sekarang nak buat benda2 macam tu lagi...

Boleh korang baca selanjutnya kat bawah nie:
Sumber KOSMO @ 12/09/2011 (Isnin)

"NILAI - Disihir menggunakan gambar yang terdapat dalam laman sosial Facebook (FB).
Itu yang didakwa berlaku kepada seorang pelajar institusi pengajian tinggi, dikenali sebagai Ira apabila gambar dari laman sosialnya dijadikan sebagai senjata pemujaan sihir.


Ira, 22, mendakwa, dia telah disihir oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Maria kerana cemburu akan hubungan bersama teman lelakinya serta mahu memutuskan hubungan mereka.


"Maria adalah bekas teman wanita kekasih saya tetapi hubungan mereka telah lama putus. Sebab itu dia menyihir saya kerana ingin melihat hubungan kami hancur.


"Kami tidak mengenali antara satu sama lain.


"Dia hadir menghulurkan tangan sebagai rakan dan saya sambut kerana ingat dia jujur namun sebaliknya," dakwanya ketika ditemui baru-baru ini.

Jelas Ira lagi, dia mengetahui disihir oleh Maria melalui sekeping gambar setelah menerima rawatan daripada penaung Pusat Rawatan Islam At Tobibi di Bandar Baru Nilai, Shamsuri Safie pada Jun lalu.

Menurutnya, semasa rawatan, dia mendapati gambar mata Maria seolah-olah bersinar setiap kali dia merenungnya.

Ketika itu, dia merasakan Maria terlalu baik dan dia menurut segala kemahuannya termasuk berhenti kerja.

"Bagaimanapun setelah berubat, baru saya tahu bahawa saya bukan sahaja terkena sihir tetapi disantau oleh Maria,'' ceritanya.

Menurutnya, Shamsuri memberitahunya bahawa Maria telah meletakkan abu mayat di dalam makanannya."



Bertawakkal:

No comments:

Mom Bloggers Planet

Where Moms Unite

~ Shinjiru Malaysia ~