---> Ads With NuffNang <---

+++ Member of Society +++

s!t! NuR @sY!QiN


---> Ads With Nuffnang <---

Thursday, May 2, 2013

Water World i-City Shah Alam

Assalammualaikum...

Hujung bulan April sehingga hujung bulan May adalah merupakan bulan jalan-jalan bagi makcik sekeluarga...family trip keluarga sebelah en.Hubby.

Misi kali ini adalah mandi sampai kecut & sunburn pulak....hahahaha
Destinasinya adalah Water World i-City Shah Alam.

Kali nie kami bermalam di HomeStay En.Apan & Pn.Ruby...hahahaa itu rumah adik ipar & biras mokcik lah...dorang dok kat flat yang bersebelahan i-City Water World...so jalan kaki pon sampai darrrr. ;D

Sehari awal kami dah booking tiket online...yang dikenali sebagai "i-ticket".
Kalo sesapa nak pergi, disarankan booking aje ticket online coz memang jauuuuuhhhh lagi murah dari beli tiket di kaunter.

Kenapa? Kenapa? Sebab....

Tak tau lah makcik kenapa...hehehehehee

Tapi yang pasti, memang lagi murah & tidak perlu beratur panjang.

Cube bandingkan ek...tiket online berharga sekitar RM10 / RM15 / RM20 (bergantung pada hari yang korang pilih lah...boleh check kat online) yang dibandingkan di kaunter RM40 untuk seorang.
Maximum per booking adalah untuk 10 pax/orang. Minimum 1 pax/orang.
Kalo korang pakat reramai pegi lebih dari 10 orang, boleh lah buat beberapa kali.

So, pikir-fikir lah sendiri ek kenapa murah online lagi...hihihihi ;p

Cume tiket online, korang DIWAJIBKAN print-out booking & payment slip ya!
Coz korang kene bawak 2 bende nie ke kaunter untuk tebus "jam tangan" untuk masuk ke kawasan WaterWorld.
Sampai di kaunter, "ketua" booked tiket kene tulis nama, ic no., contact no. & tandatangan di atas printed copy korang tu bagi menebus "jam tangan" masuk tu.

"Jam tangan" tu mokcik tak tau apa nak dipanggilkan...panggil watch sebab memang sebijik rupe watch...and berwarna kuning...Yang bezanya takde jarum masa & nomornya.
Kegunaanya adalah di"scan" pada entrance sebagai pas laluan masuk.

Then, dorang jugak akan bagi korang maybe 1 atau 2 watch yang bertanda pangkah untuk top-up bagi membeli makanan/pelampung/cenderahati kat dalam tu. Duit tidak akan digunakan sebagai pertukaran KECUALI top-up amount watch korang tu.

Di dalam ada locker untuk simpan barang...dan penguncinya pulak pon merupakan watch yang berwarna merah...konsep scan & unlock...hahahah canggih tak!? ;)

So, dah tak payah risau nak selit kunci locker kat mana-mana...

Terdapat juga kemudahan lain seperti:
1) Surau bagi pengunjung beragama Islam,
2) Premis makanan & ruang rehat
3) Tandas mandi / bilas

Apa yang seronok dalam tu ialah:
1) Kolam Terapi Air
-- makcik yang pepandai bagi nama tu coz kolam tu ade 3 bahagian yang ibarat mesin pengurut.
-- Bahagian pertama digelarkan Giant Shower coz mengeluarkan air shower yang mempunyai tekanan yang kuat...bile kene bahagian badan belakang ibarat ditumbuk2 oleh tukang urut.
-- Bahagian kedua ialah sesi mengurut pinggang & keting a.k.a betis coz pancutan air di bahagian tersebut apabila duduk di batu tangga kolam tersebut.
-- Bahagian ketiga ialah ibarat kerusi mengurut "rest N go" yang korang masuk duit RM5 kat shopping kompleks tu...air akan dipancut le seluruh bahagian belakang badan iaitu dari bahagian atas sehinggalah ke bahagian kaki...

2) Kolam kanak-kanak bertemakan Aladdin
-- Macam biasa ada slide/gelongsor
-- Ada bucket besar yang bile dipenuhi air akan sendirinya tertuang

3) Tornado Slide
-- Paling adventure sekali
-- sesape nak terase terrrseetooop napas & nak wat senyuman paling ketatttt sekali, boley pegi mencuba..hahahahahaha

4) Water Slide
-- alah gelongsor meluncur gune pelampung besau tu

5) Sunny beach
-- berombak ala2 tepian pantai

And....banyak lagi lah..tak tertulis makcik kat sini ;)

Disarankan pegi sendiri & nikmati sendiri ek...

Pendek kata; sampai sunburn lah makcik anak-beranak mandi kat situ.
Terasa lah seperti berada di tepian pantai.
Cume di lautan chlorine instead of lautan masin....hahhaahhaaa

No comments:

Mom Bloggers Planet

Where Moms Unite

~ Shinjiru Malaysia ~