---> Ads With NuffNang <---

+++ Member of Society +++

s!t! NuR @sY!QiN


---> Ads With Nuffnang <---

Friday, January 20, 2012

Ade Cik T lah...

Assalammualaikum...

Hari ni aku nak bercerita tentang Cik T yang dok menziarahi opis aku baru-baru nie.

Sebelum nie cume Cik Li jer...sekarang nie Cik Li dah takde. Ganti dengan Cik T plak.


Ape lah bende alah tu Cik Li & Cik T tu...hohohoho
Cik Li tu merujuk kepada Cik Lipas...yang Cik T tu..macam biase lah Cik Tikus.


Tapi Cik T nie bukan spesis yang besar gedabak tu.
Ni spesis yang comei-comei ala-ala hamster or lab rat.
Alah spesis Tikus Rattus...
 Credit to: Google for Image Sourcing

Buat mase nie Cik T tu takde ganggu sape-sape...cume dok mengsagat a.k.a gigit dokumen-dokumen dalam file jer lah.


Officemate aku plak start mengumpan Cik T tu dengan letak roti.
Konon2 nak take a pic lah...

Kena panggil pest-control lepas nie sebab kalo nak gune racun kang, ntah mana matinya.  Tetiba plak kang bau "wangi" yang menusuk & semerbak satu opis lah plak. Hikhikhik...

So tengok lah nanti hari-hari mendatang, mesti dah gemok Cik T tu dok makan umpan officemate aku bagi...hahahahaha

Sekian.


Cik T gak...tapi bukan Tikus...hihihi:

Thursday, January 19, 2012

Perhatian! Mak Bapak...

Assalammualaikum...

Sebenarnya cerita nie nak share semalam...tapi sebab mood swinging & otak blank. So postponed lah 1 hari.

Kenapa tajuk camtu? gempak sangat ker?

Ha! Ini sebenarnya nak beri sedikit peringatan sebagai seorang ibu. Tanggungjawab makbapak nie besar sangat terutama dari segi keselamatan anak-anak.
Bukan nak membebel tapi nak share satu cerita yang menyentap perasaan sebagai seorang ibu pada petang Selasa - 17/01/2012.

Kalo dibaca, takdelah apa-apa sangat kot.
Tapi boleh lah nak buat orang berfikir.

Petang Selasa lalu, waktu balik keje. Seperti biase menyinggah ke kedai runcit nak beli bahan-bahan fresh untuk masak dinner. Tengah syiok parking, keluar dari kereta. Musykil pulak bila dengar enjin kereta sebelah masih hidup.
So, dengan perasaan was-was tu...tinjau lah.
Rupanya, ade anak sedang nyenyak tido di seat sebelah bahagian pemandu.
Dengan tiada sesiapa menemani si kecil. Si kecil tidur dengan lena sekali.

Tapi...malangnya...pintu tidak berkunci. Tingkap ditutup rapat & air-cond terpasang.

Bayangkan lah...bayangkan saje tau..bukan mendoakan.
Tetiba ade pencuri kereta. Kan dah naya budak tu jer. Ntah ape pulak nasib budak tu nanti.
Takpun, tetiba ade keracunan air-cond...macam mana?
Paling kurang pun, orang nak samun barang dalam kereta. Mungkin budak tu terjaga & terkejut. Silap2 kena pukul.
Banyak kemungkinan boleh berlaku.
Bukan kita minta, tapi mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

Banyak kes dah pernah berlaku sebelum nie, tapi masih ada lagi ibubapa yang kureng prihatin.
Alasan: "Anak tido...kesian nak kejutkan."
Tak pun, alasan: "alah, takde apa2 lah. Sekejap jer pon."

Tapi cube fikirkan lah...
Apa-apa yang nak berlaku, dalam sekelip mata pun boleh.
Kalo anak tido tu, dukung jer lah. Tak salah pun. Sekejap jer kan!?

Nak pulak kereta tu bukan di parking berhadapan dengan kedai runcit tu.
Tapi di seberang jalan. Bayangkan lah!???
Hish!!! takut jer...

Mohon lah pada semua ibubapa...sila jangan abaikan keselamatan anak anda.

P/S:
Yang dok tinggalkan anak tu pada Selasa lalu tu bukan seorang ibu..tapi seorang bapa.

Mungkin dia terleka sekejap lah kot tentang safety anak die tu.

So all the parents outside there...please take a very good care of your loved ones..not love once.

Get what i mean?
Think of it...

Sayang Semua:

Wednesday, January 18, 2012

Speechless Wednesday Nite...

Assalammualaikum...
Hari ni mood swinging sket nak bercerita sebab batuk+selsema = hidung diblocked dek mukus...hahahaha

So pagi tadi, Cik Qiqin pon tak bersekolah sebab demam+badan panas+batuk = pening kepala. Bile dikejut bangun pagi, Cik Qiqin kata:
"Ummi, Iqin taknak sekolah...taknak mandi...taknak dok dengan nenek. Nak dok dengan ummi jer."

Hmm...kalo die dah kata camtu. Itu tandanya, dia memang tak sehat & taknak dengan orang. Aku pon tak buleh nak amik cuti sebab petang tadi ade visitor from India. So, dengan sepenuh hati memujuk Cik Qiqin agar dok dengan nenek.

Umpannya...hehehehe KFC - Chicken Porridge (Breakfast Meal). Itu menu kesukaan Cik Qiqin bile demam.
Then buat agreement camni:
"Iqin, ummi kene keje. Nanti ummi belikan Iqin bubur KFC ek! Then Iqin dok umah nenek. Petang kite gi jumpe doktor tau."

Akhirnya, persetujuan dicapai. Alhamdulillah!
Memula cembeng gak. Tapi dah dapat KFC - Chicken Porridge, ok lah dia.

Biasa lah kan budak2...ada time manja dia & nak sepenuh perhatian bila sakit.

So, hari nie cume hantar Cik Dina (Sepupu Iqin) jer lah gi sekolah.
Cik Dina pon dok tanya2 kenape Iqin tak sekolah.
Jawapan: Demam.

Sekian sahaja cerita hari ni...makan obat pasni nie...then ZzzZzzzZzzzz....

Hukhukhukhuk:

Tuesday, January 17, 2012

Abes Ranap Kete Aku...

Assalammualaikum...
Bace jer tajuk...rasenya korang dah dh dapat tau ape aku nak citer arini.

Sebenarnya takde lah ranap teruk sangat. Tapi kire ranap lah jugak. Bukan takat ranap kete tapi ranap duit jugak. Huhuhuhu...
Ranap tu ape ek? hikhikhik tetiba nak jadi Dewan Bahasa lah plak. Ranap tu boleh dikatakan ala2 adek beradik musnah atau rosak lah.

Ape yang ranap? bumper kereta kesayangan aku ler & body site lampu belakang.
Bukan nak bangga a.k.a riak...tapi ALHAMDULILLAH selama 7 tahun aku dengan Kelisa nie, ALHAMDULILLAH aku tak pernah accident ataupun langgar apa2 objek.


Tapi...kelisa aku tu yang "offer" body die kene langgar dengan pemandu lain.
Ibarat die kata:"langgar lah saya...langgar lah saya!" hahahaha
Boleh pulak aku buat lawak dalam sedey sedey nie...


Meh nak mengimbau kenangan al-kesah Kelisa NBT nie.
Pada tahun pertama keluar 2005 - baru lepas 2-3 hari harum semerbak kluar dari kedai (eEeceh...) kete tu dipandu oleh kakak aku, bawak gi keje.
Sebab aku nie zaman muda-mudi (rase tua lah plak...hihi) suke naik motor...sebab dari jadik student dulu sampai lah dah keje, aku sangat2 suke naik motor...senang.
Beli kete tu pun sebab standby, mana tau nak gi dating ker...hikhikhik...(gediks).


Sambung balik..kang lari topik plak.
So suatu pagi hari yg indah, kakak aku drive nak gi keje.
Screechh! Terrrlanggar plak tong drum minyak yang besar yang dok tepi pagar rumah. Tergesel lah kat pintu sebelah pemandu...sampai sekarang masih ade lagi "kesan" peninggalan sejarah tu.


Nak marah? sakit hati? tipu lah kata takde kan...tapi tak lama. Takkan lah sebab tu adik beradik nak gaduh kan. Sikit2 lama-lama lupe lah...bile dok ingat2 balik..dua2 dok gelak2.
Bak kata kakak aku...kenangan terinnndahh...zasssss!


02nd time, pak mertua aku plak langgar bonet belakang kete Kelisa aku tu pada tahun 2008. Mase tu aku dalam pantang anak pertama.
Pak mertua tengah syiok reverse sampai tak nampak kelisa aku tu dok comei2 parking kat belakang.
Bukk! kemek sket kat bonet belakang dekat dengan tempat cucuh kunci tu.
Takpelah..redha...


Then, 03rd time plak...nie tahun 2012. Pun pasal syiok reverse punyer pasal lah gak.
Malam semalam (16/01/2012 - 08:42 PM)...bontot sebelah kanan kelisa aku kene gesel dengan kereta Proton WIRA milik Student Nottingham - Korean Student...


Krapp!!! dengar jer..aku terus berlari ibarat pelari pecut (wahahahaha) dari bilik terus ke depan.
Tengok budak korea tu dah tegak jer kat belakang kereta aku.
Adoiyai! Nie mesti kene...


So inilah hasil "Krappp!"nyer:


Hasilnya = remuk sket kat tepi lampu belakang...then bumper terkopak & deep scratch..bak kata En.Hubby: Maybe klip / pin dalam dah rosak.


So kalo nak repair bumper tu..memang kene repair 1 set. Then kalo yang remuk tu..kene ketuk dari dalam lah...huhuhuhuhu melayang $$$$$$$$$


Budak Korea tu lagi plak buleh buat lawak antarabangsa...
"Ohh! I am so sorry..I didn't see you car. This is my time accident since 6 years in Malaysia. Do you have my number? Opps! Of course you don't have..."


Mau pulak aku cepuk budak nie...
Tapi takpelah...mungkin die gugup agaknya.
Selamat lah die dok depan rumah aku...jiran aku semua orang over-sea (Student Nottingham).
Cume aku jer yang bukan over-sea...hahahahah


So kesimpulan yang bersimpulnya...repair dulu, then claim dengan budak Korea depan rumah aku tu...HoohohoooooHorrLick!


Urat dah simpul:

Tuesday, January 10, 2012

Hari ke-5 Sekolah...

Assalammualaikum...

Hari ni nak bercerita tentang hari ke-5 persekolahan Cik Qiqin.

Mungkin dah hari-hari bersemangat bangun pagi untuk ke sekolah...hari ni ada mood swing sket.

Penat lah agaknya tu.

Pagi-pagi lagi mood swing dah timbul...nangis & cembeng (ala..style mulut senget ke bawah tu :( ..hihiihi ). Nak dimandikan, digosok gigi kan, dipakaikan kasut...then nak bawak soft-toy monyet kesayangan pulak ke sekolah.

Siap bawak masuk dalam kereta sekali. Tunjuk dengan sepupu die (Cik Dina). Soft-toy tu dibelikan oleh ayah dia sewaktu kami bercuti ke Sabah dulu.

Sampai je kat sekolah...bile ditegah dek cikgu & aku supaya tak bring-along soft-toy tu...Cik Qiqin terus merajuk tak nak sekolah & tak nak turun dari kereta...
adoiyai!!! puas pujuk...hohohoho

Akhirnya, mau gak dia turun setelah didukung oleh aku.
Nasib baik cikgu dia jenis lemah-lembut & penyabar...so pas dukung bagi cikgu plak.

Tapi muke tetap sedey jer...hikhikhik

Agak-agak lepas warm-up sket dengan kengkawan...ok lah kot mood swinging dia tu... (^^,)

Puas pujuk nie:

Monday, January 9, 2012

Desktop Cik Qiqin

Assalammualaikum...

Memang dah lama set niat nak belikan alat elektronik bantuan pembelajaran untuk Cik Qiqin. Cume tunggu mase yang seswai je untuk menunaikannya.

So, last Sunday...we all (aku+En.Hubby+Cik Qiqin) jejalan ke Mid Valley then singgah ke Toys "R" Us.
Dah tiba masanya untuk menunaikan hajat nak belikan mainan elektronic pembelajaran untuk Cik Qiqin.

Yelah kan..dia dah sekolah.
Sebelum sekolah, asyik hafal huruf & nombor (versi Bahasa, English & Jawa).
So sekarang ni dah masenye untuk die kenal huruf & nombor plak.

Bukan sebelum nie takde ajar, cume Cik Qiqin nie jenis cepat jemu & kadang-kadang mudah keliru sebab bentuk nombor & huruf tu selalu dicampuradukkan.

Akhirnya, dari nak beli laptop for kids...tukar sket belikan desktop yang siap dgn tetikusnya..hihihi
Baru nampak mcm komputer betul..hahaha kire menarik minat die lah.

Memula Cik Qiqin nie merajuk jugak lah kat kedai tu sebab desktop tu warna biru...bukan pink.
Hihihiihi faveret warna dia pink.

Akhirnya, bile test bagi die tengok kat situ. Baru lah die excited & persetujuan dicapai...hahahaa

Inilah die desktopnya...bolehlah digunapakai untuk budak umur 4 tahun...
Image Source: Google Image --- memang serupa mcm desktop Cik Qiqin.

Summary:

* 30 interactive learning activities, including language, math, logic, games, keyboard typing and music.
 * large LCD screen with fun animations
 * adjustable-height keyboard
 * auto shut-off feature
 Desktop computer uses 3 "AA" batteries.

Harga?...hihihihi

Nak beli desktop jugak:




Friday, January 6, 2012

Rutin Harian - Dah Berubah..

Assalammualaikum...

Sekarang rutin harian aku & Cik Qiqin dah berubah sejak Cik Qiqin masuk sekolah.

Sebelum nie, kami (mak & anak) dibenarkan sesuka hati untuk:
1) Tido Lewat (sebok main game & tengok tv).
Ummi main game kat FB, Cik Qiqin tgk tv...hihihi

2) Main game & GG die (soft-toy giraffe versi kecil & besau). Ni applicable aktiviti utk Cik Qiqin yang berimaginasi tinggi.

3) Tengok TV sepanjang mase (drama & channel Astro Ceria) -- citer faveret Cik Qiqin: Detective Conan, Hikayat Putera Shazlan, then some Malay Dramas.

4) Bangun lewat (kebiasaan pukul 10.00 - 11.00 AM baru celik mata). Ni pun applicable utk Cik Qiqin...
Ummi gi keje antar Cik Qiqin ke rumah pengasuh pon, die buleh sambung tido lagi.

5) Tunggu ayah balik keje smpai tengah malam (nak borak dengan ayah).
Cik Qiqin suke bercerite dengan ayah ape aktiviti harian die.

6) Cik Qiqin susah nak mandi pagi..katanya sejukkk..hohoho tak buleh dielakkan. Suke nangis time suruh mandi.

So, sejak Cik Qiqin dah start bersekolah ni...aktiviti a.k.a rutin kat atas tu kene berubah.
Demi kebaikan bersama (eEeceehh...hihihi)

Sekarang nie, kene latih Cik Qiqin untuk rutin baru:
1) Bangun awal --- siap g sekolah.
2) Limit time main & tengok TV...disiplin...disiplin...
3) Tido awal...aktiviti up to 10.00 PM sahaja.
4) Kalo nak borak dengan ayah, kalo ayah balik lewat...call-up jerr...
5) Mandi pagi...tetap air paip..takde water-heater. Masyukkkk sejuk...baru lah segar..hihihi

Bagi aku, sama jer kot!?
Hahahaha mungkin kene tukar sket jer...kurengkan main game kat FB.
Lagipun, walaupun tido lewat macam mana pun..aku tetap kene bangun awal sebab ada aktiviti pagi (rutin rumah) aku kene siapkan. (Hahahaha ayat cover-diri nie).

Apepun, ini untuk kebaikan sumer...
So no cry cry early morning...hihihihi

Ummi:

Thursday, January 5, 2012

02nd Day Cik Qiqin @ School

Assalammualaikum...

Semalam riuh mulut kecil Cik Qiqin bercerita tentang pengalaman di sekolah barunya. Belajar Alif Ba Ta...kemudian menyanyi...exercise...macam-macam lagi lah...seronok jer dengar Cik Qiqin bercerita dengan ayat tunggang-terbalik...hahahaha

Today is the 02nd day Cik Qiqin menjejak kaki ke sekolah. Bezanya hari ni Cik Qiqin siap pakai uniform yg pihak sekolah bagi.

Oleh sebab uniform baru dapat semalam, ummi kene meng"adjust" sket uniform baru Cik Qiqin...hahahaha walaupun size "S" tapi tetap labuh+besar bagi Cik Qiqin yang version comei. (^^,)

Pagi tadi Cik Qiqin bersiap sendiri dengan uniform barunya. Seronok jer tengok dia dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru.

Bangga pun ade jugak sebab dengan umur+badan yang kecik tu, seolah-olah itu bukan penghalang bagi Cik Qiqin untuk berdikari.
Ini lah wajah ceria Cik Qiqin yang bersemangat nak gi sekolah pagi tadi...


Semoga SEMANGAT BELAJAR Cik Qiqin berterusan... Amin!

Ummi:

Wednesday, January 4, 2012

01st Day @ Skool...

Assalammualaikum & Salam Tahun Baru 2012 buat semua...(^^,)


Lama dah tinggalkan blog ni xupdate2...bile aktif update, aktif sgt.
Tapi bile  tak aktif...senyap jer..hihihi


So dimulakan dengan tajuk post tahun baru 2012 nie pasal Cik Qiqin dah masuk sekolah. Sekolah Tadika PASTI As-Syakirin untuk permulaan asas budak-budak umur 4 tahun.


Cik Qiqin sangat excited bile dengar nak ke sekolah.
Siap mulut dia membebel...nanti nak belajar Quran, nak ngaji..nak main dengan kawan...macam-macam lagi ler.

Pagi2 hari ni dia dah bangun, siap mandi & berus gigi.
Then pakai baju kurung & tudung yang digandingkan dengan kasut hitam polkadotnya. 
Sungguh ayu jer cik adik manis nie.
Ini lah gaya Cik Qiqin yg siapsedia nak g sekolah.
Uniform tak dapat lagi sebab takde size Cik Qiqin.

Ummi yang dok risau pesan macam2 kat Cik Qiqin.
Tapi Cik Qiqin steady jer. Macam dah bersedia & boleh berdikari.

Tapi 1 jer soalan yang Ummi tak boleh nak tahan gelak dengan Cik Qiqin.
Ummi cakap kat dia: "kalo nak buang air besar...bagitau cikgu tau. Jangan diam jer."
Cik Qiqin tanya: "Nanti Iqin tanya, cikgu marah nanti. Macam mana?"
Ummi: "Takde cikgu nak marah derr...kalo tak cakap baru cikgu marah."
Cik Qiqin: "ok".
 
Waktu hantar Cik Qiqin ke Tadika tu, dia tak menangis & boleh berkomunikasi dengan baik dengan cikgu dia. Ummi je dok risau..hahahahhaa
 
Sewaktu ummi lambai nak gi keje...Cik Qiqin dengan senang hati kata: "Bye..bye..Ummi..See you!"
 
Semangat dia! Tu dia...
 
Semoga semangat tu berterusan...Ummi sentiasa doakan kejayaan anak-anak ummi dunia & Akhirat...walaupun dalam usia yang sangat muda.
 
Ummi:

Mom Bloggers Planet

Where Moms Unite

~ Shinjiru Malaysia ~