---> Ads With NuffNang <---

+++ Member of Society +++

s!t! NuR @sY!QiN


---> Ads With Nuffnang <---

Wednesday, January 13, 2010

c Pucuk Muda - 31st Aug 2005

Manusia…Orang…pelbagai nama yang tertentu diberikan..
Tapi adakah ragamnya serupa…sama..atau sebaliknya…


Di dunia yang penuh dugaan yang nyata dan tersirat terselit sekeping hati seorang manusia yang tabah..yang cekal serta gigih membangunkan usaha jati diri yang telah hancur dipukul badai ombak dan arus fahaman serta delegasi kemodenan dan penjajahan…

Tapi…masih ada lagi namunnya…umur yang cukup muda bak pucuk tumbuh yang tiada ketentuan keelokkan dan kemolekkannya…
Pucuk yang baru amat diminati dan digilai sang kumbang serta makhluk perosak yang lain…
Tahankah ia atau akan musnah jua suatu hari nanti?


Ketentuannya bergantung pada kekuatan akarnya dan semangatnya pohonnya yang jitu…
Jika ia cekal dan tabah serta punyai semangat yang tinggi untuk menepis segala cabaran dan mengharungi segala onak yang mendatang…maka eloklah ia…terus tumbuh mengejar cahaya sang suria yang memberi kenikmatan dan panduan meneruskan kehidupan…


Tapi…jika sebaliknya…jika ianya lemah dan tidak berdaya serta hanyut dengan dugaan…mengalah dengan mudah tanpa usaha yang membangun…maka musnahlah..hancurlah…matilah ia di tempat yang memuncak itu…layulah ia yang akhirnya sang suria mengeringkan dan biar ia rapuh di dahan sendiri…

Fikirkanlah…pucuk itu ibarat diriku sendiri yang masih bergelumang dengan persoalan yang masih tiada jawapannya…diriku masih tergapai-gapai dalam mencari jawapan yang ditanya oleh diriku sendiri…siapa yang harus memberikan jawapan…haruskah diriku mencarinya dengan sendiri?
kerana persoalan itu datang dari benak ku sendiri…

Diriku ibarat pucuk baru yang kadang kuat dan kadang lemah…

Sudah ku jumpa sang suria namun masih belum ku ketahui samada sang suria itu kawanku atau lawanku…
Sudah ku jumpa kekuatan namun disebaliknya aku masih lemah…
Sudah jua ku jumpa semangat namun semangat itu belum cukup tabah…

Dimanakah petunjuk ku???
Dimanakah arusku???
Dimanakah delegasiku???
Dan…dimanakah pelepasan ku????
Hanya aku sahaja yang mampu menjawab segala persoalan….

No comments:

Mom Bloggers Planet

Where Moms Unite

~ Shinjiru Malaysia ~