---> Ads With NuffNang <---

+++ Member of Society +++

s!t! NuR @sY!QiN


---> Ads With Nuffnang <---

Friday, October 21, 2011

War of The Moods...

These day mood berubah-berubah...tapi yang pastinya mood sekarang nie rase nak tendang orang.
Semuanya berpunca dari 2 ORANG yang besar kepala yang SUKE CREATE HAVOC...bende kecik nak dibesar2kan...agak2nya kalo ade reporter...satu dunia boleh tau...
KKSD ====> "KECOH-KEPOH SATU DUNIA" at TV 100...

Fikiran kami2 kat sini satu jer...
Yelah bak kata member: kami ni "GRUP ORANG TERANIAYA"...xde sape nak amik kesah pon...
Relax lah kan...kami ni kan BODOH..tu sebab kami SENYAP...
Dorang kan PANDAI..tu sebab dorang BISING...
TAPI sebenarnya dorang bising tu, dorang xsedar...MEMBUKA KEBODOHAN diri SENDIRI...

Yang tak patutnya ORANG YANG TAK BERKENAAN pon boleh SESUKA HATI masuk campur...BESAR sangat ker KUASA ko kat sini??? keje ko sendiri pun tak terjaga...SEBOK jaga hal orang.

Kalo pasal keje..ko nak kepoh ker kecoh ker...ape ker ko nak wat...aku boleh terima KALO KESALAHAN aku...
TAPI kalo dah TOUCH PERSONAL & BUKAN KESALAHAN aku...
SORRY TO SAY lah...ko BOLEH BERAMBUS!
Silap orang lah ko nak MAKI...

Cakap lah DEPAN2 kalo BERANI...ni CAKAP BELAKANG2..Ape hal?
ko ingat AKU BODOH...tak tau HAK AKU sebagai PEKERJA???

KALO DEPAN..ko plak yang SENYAP...
BELAKANG...tunjuk HERO...PIIIIRAH!

Yang sorang lagi..SUKE SANGAT PUSING cerite...
Ko ingat apa..DUNIA NI KO PUNYE?
MACAM BAGUSS!
EGO tembok konkrit PASAK BUMI...tapi tak kemana pun..
Seeloknya ko dengan YANG SKE MENUNJUK tu kawen jer..SAMA PADAN & SESWAI lah sangat2...

TUHAN tu MAHA ADIL & SAKSAMA...

Hari ni ko aniaya kami...sok lusa...sape tau.
Mungkin bukan dengan kami...
Mungkin dengan orang lain.
Baru ko tau LANGIT tu TINGGI atau RENDAH...

Sedarlah..tak kemana pun ego ko tu...hari2 ko BERURUSAN dengan orang2 "BODOH" nie...

Bukannya susah ===> TAK FAHAM...TANYA...
Tapi tanya tu ada lah ADAB...nak belajar, TAPI tengking2 orang..PATUT kah?
memang lah PATUT dibalas dengan tengkingan.

BELAJAR tinggi2..BODOH bertingkat-tingkat.
Harap BANGUNAN belajar jer TINGGI, tapi BANGANG!

P/S:
Sorry lah Guys..EMOTIONAL sket...
Jarang nak EMO cenggini...tapi ni MEMANG DAH MELAMPAU...TAK TERTANGGUNG lagi dah...

Yang SaK!t hAt!:

Thursday, October 13, 2011

Bicara Agama: Hasad Dengki Bicara Iblis

Assalammualaikum...
Ni nak share 1 artikel yang aku baca...semoga dapat dijadikan pentunjuk & pedoman kepada kita semua...
Bak kata Professor Ezi: "Renung-renungkan...selamat Beramal"

"TUGAS seorang pengintip adalah mencari rahsia atau maklumat yang berharga untuk disalurkan kepada pihak-pihak tertentu. Sebagai imbal balik, si pengintip akan memperolehi manfaat tertentu untuk kepentingan hidupnya.



Demikianlah analogi mudah yang kita boleh tempelkan kepada mereka yang suka mencari kesalahan orang lain. Sikap ini sebenarnya terhasil dari sifat hasad dengki yang tidak berkesudahan.


Tanda mudah untuk mengesan penyakit ini adalah seseorang itu merasa susah hati apabila melihat kesenangan yang dinikmati oleh orang lain sebaliknya seronok apabila melihat orang lain mendapat kesusahan.


Hasad adalah kalimah bahasa Arab yang bermaksud dengki. Dalam laras bahasa Melayu, kedua-dua kalimah Arab dan Melayu ini digabungkan, mungkin sebagai kata penguat kepada kalimah pertama.


Orang yang mempunyai perasaan hasad dengki sentiasa berada dalam keadaan resah serta gelisah. Antaranya disebabkan tidak senang dengan kejayaan orang lain yang maju terus kehadapan. Penyakit ini umpama satu virus bahaya yang telah merebak ke seluruh hati-hati sehingga sukar diubati.


Benarlah apa yang dinyatakan oleh Nabi SAW: “Akan menjalar kepada kamu penyakit umat-umat yang terdahulu; hasad dan benci-membenci. Itu sebenarnya pencukur. Aku tidak menyatakan pencukur rambut, tetapi ia mencukur agama”. (riwayat At-Tirmidzi).


Hasad hukumnya haram dan termasuk dalam kategori dosa-dosa besar. Orang yang memiliki sifat ini dikira memiliki akhlak yang tercela. Malah sifat hasad dengki ini merupakan salah satu sifat iblis.


Sifat hasad dengki bukan sahaja boleh membahayakan fizikal malah lebih bahaya daripada itu ia boleh merosakkan agama.


Allah berfirman: Jika kamu memperoleh kebaikan, nescaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira kerananya. (ali-‘Imran: 120).


Lantaran sifat hasad dengki ini kesannya sangat buruk maka Allah memerintahkan kita berlindung daripada keburukannya sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Dan dari kejahatan pendengki apabila ia dengki. (al-Falaq: 5).


Rasulullah juga memperingatkan dalam hadis yang bermaksud: “Hati-hatilah kamu daripada hasad dengki kerana hasad dengki itu akan memakan semua amal kebaikan sebagaimana api memakan kayu kering atau rumput kering”. (riwayat Imam Abu Daud).


Dalam hadis yang lain Rasulullah juga melarang sebagaimana sabdanya yang bermaksud: Janganlah kalian saling dengki (riwayat Muslim)


Dalam institusi keluarga, perasaan hasad dengki mungkin boleh berlaku di kalangan adik-beradik, ipar-duai dan sebagainya. Ia akhirnya menyebabkan hubungan kekeluargaan menjadi renggang dan semakin jauh.


Pejabat atau tempat kerja juga salah satu tempat berleluasanya penyakit hasad dengki ini. Hal ini dapat diperhatikan apabila menjelang musim kenaikan pangkat, perolehan bonus dan sebagainya.


Perasaan ini muncul apabila kita membandingkan kejayaan orang lain dengan kejayaan atau kegagalan yang ada pada diri kita. Lebih buruk lagi, hasad dengki biasanya datang bersama dengan perancangan untuk menjatuhkan orang tersebut.


Sepatutnya, dalam hal ini, kita perlu melihat kejayaan orang lain sebagai pemangkin untuk kita tingkatkan usaha dan prestasi bagi bersaing secara sihat dengannya.


Namun, mereka yang ditimpa penyakit hasad dengki ini merasakan kejayaan orang lain itu sebagai ancaman terhadap dirinya dan sebagai penghalang kepadanya untuk maju ke hadapan.


Cara yang paling mudah memuaskan hatinya adalah dengan mencari kesalahan orang lain untuk mencalar reputasinya di kalangan rakan-rakan sepejabat mahupun majikan.


Suasana ini akan berlanjutan sehinggalah ada yang sanggup menuduh rakan-rakan sekerja dengan tuduhan melampau serta ada yang sanggup untuk melemparkan fitnah semata-mata hasad dengki dengan kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT kepada orang lain.


Semuanya adalah untuk memastikan kedudukannya tidak tergugat sekali gus menjamin laluannya untuk berada di kemuncak terbuka luas."


Sumber: Utusan Malaysia - Arkib Bicara Agama - 12hb Oktober 2011 (Rabu)


Muhasabah Diri:

Mom Bloggers Planet

Where Moms Unite

~ Shinjiru Malaysia ~