---> Ads With NuffNang <---

+++ Member of Society +++

s!t! NuR @sY!QiN


---> Ads With Nuffnang <---

Tuesday, February 7, 2012

Spaghetti Sauce - KIMBALL Vs PREGO.

Assalammualaikum...
Rata-rata rakyat Malaysia ramai yang suka makan spaghetti kan? Termasuklah aku... nak makan selalu kat kedai..hohoho boleh buat poket kering...hahahahah

So, berjinak-jinak untuk belajar masak spaghetti.
Tapi sekarang nie dah tak susah...semua dah tersedia rencahnya. Cuma kita nak kene sediakan ongkos nya sahaja. Hahahaha...

Sebelum-sebelum nie..kita hanya tau jenama Prego yang popular sebagai spaghetti sauce kan? Tak tau lah kalo korang ada gune jenama-jenama lain plak or home-made spaghetti sauce.
Sebab kebiasaannya aku gune home-made style jer...mungkin lah tak sesedap Prego or jenama lain...tapi boleh lah sebab tekak sendiri nak makan...coz aku sorang jer peminat spaghetti kat rumah tu.
En.Hubby kureng sket makan makanan italiano style nie...tak boleh nak telan katanya...
Cik Qiqin plak...suke makan mee spaghetti jer tanpa kuah.

Tapi pabila kemalasan nak wat rencah sendiri...nak tak nak gune jugak sos instant nie. Hikhikhik so aku try-out Kimball - Spaghetti Sos...

Dibandingkan dengan Prego, harga Kimball Spaghetti Sauce nie jauh lebih murah.
Halal pun halal gak.


So, sekarang nie...senang-senang jer lah nak masak.
Rase nak makan, curah jer.
Nak sedap lagi, masukkan daging kisar & cendawan butang yang dipotong nipis / dadukan kecik2.
Nak masam lagi? apelagi, campur lah sikit puri tomato.
Senang kan?

Try lah!

Saya suka makan Spaghetti:

Monday, February 6, 2012

Penutupan Ampang Look-Up Point.

Assalammualaikum...
Melepas kami sekeluarga nak naik Bukit Ampang yang diwar-warkan sebagai tempat yang baeeek nak tengok keindahan kota Metropolitan Kuala Lumpur di waktu malam.


Selama ni cume dok dengar cerita kawan-kawan yang pernah pergi. Tempat lepak yang best & seronok sebab keindahan alam di malam hari...selain menikmati keindahan Kuala Lumpur...tidak dilupakan juge "keindahan" makanannya...hikhikhik gomok den!


Baru planning dengan En.Hubby nak gi situ lepas kenduri kawen member Ahad lalu...


Tapi, malangnya...hukhukhuk
MPKj (Majlis Perbandaran Kajang) telah memutuskan untuk menutup kawasan Ampang Look-Up Point kerana:
1) Pihak pengusaha menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian cerun yang melampau (extensive construction).
2) Boleh memberi ancaman kepada keselamatan pengunjung.
3) Boleh menyebabkan tanah runtuh.
4) Sebahagian pengusaha tidak mendapatkan kelulusan beroperasi.
5) Tiada Sijil Layak Menduduk (CF).
6) Pengusaha premis gagal mengemukan pelan pengubahsuaian bangunan.


** Selebihnya...boleh korang rujuk disini ek: "Notis MPKj - Penutupan ALOP"


So, tengok2 dalam google lah...ade sorang blogger nie ade nice pictures to share...


Thanks & credit to VKeong: "Ampang Look-Up Point"
"Hi VKeong, I share your blogs & information ya!..."


Thanks!


Melepas aku:

Mom Bloggers Planet

Where Moms Unite

~ Shinjiru Malaysia ~